Agak lambat selepas bab 8. Aku baru agak nk lega dr sakit mata. Sakitnya mcm dah ok tapi mata kiri aku masih blur. Tak pasti sama ada selaput mata kiri masih ada.
Sok gonna check again.
So enjoy it....^_^
Bab 9
“Assalamualaikum, sayang.” Sapaan daripada Zuhrin mengujakan Nurin yang kerinduan.
Nurin tersenyum sendiri, membayangkan Zuhrin di sisinya.
“Waalaikumsalam. Awak sihat?” Walaupun saban hari mereka bertanya khabar melalui YM dan sms, seakan belum cukup untuk meleraikan rindu mereka.
“Untuk awak, saya akan sentiasa sihat. Saya harap, awak pun sihat juga. Jangan asyik kerja saja sampai tak makan.” Nasihat Zuhrin, Nurin yang dikenali sememangnya seorang yang sangat kuat bekerja.
Nurin tersenyum manis. Dia menyusun kertas-kertas kerja di atas katil yang dihadapnya sebelum Zuhrin menyapa.
“Awak tak sibuk?” Nurin membayangkan Zuhrin masih terkejar-kejar ke kuliah, meyiapkan tugasan dan bekerja sambilan.
Nurin terharu apabila Zuhrin mengirimkannya duit belanja, walaupun jumlahnya tidak seberapa namun ingatan dan tanggungjawab yang Zuhrin tunjukkan amat mengharukan Nurin.
“Sekarang, saya kurang sibuk. Saya ada berita baik untuk awak.” Zuhrin seakan ceria.
‘Tak ada yang gembira daripada awak berada di sisi saya.’ Nurin bermonolog sendiri.
Kedinginan penghawa dingin agak terasa apabila dia hanya mengenakan dress labuh tanpa lengan.
“Apa dia?” Nurin agak teruja.
“Saya dah tak kerja di kedai buku lagi. Saya dah jadi model sambilan, saya nak kumpul duit dan balik jumpa awak cuti semester nanti.”
Nurin menyambut berita itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Dia akui, paras Zuhrin memungkinkan suaminya sebagai model. Namun dia risau, Zuhrin disambar orang.
“Awak tak suka?” Zuhrin seakan dapat membaca hatinya.
“Tak…tak...saya okay.” Cepat-cepat Nurin membalas.
Zuhrin dapat merasakan ada yang tak kena.
‘Dia tak suka aku jadi model sambilan ke?’ Zuhrin berfikir sendiri.
Nurin terpandangkan foto mereka yang ditangkap di studio sewaktu di Adelaide dulu. Foto itu dibingkaikan dan digantung di dinding bilik. Dia bagaikan tak layak untuk berada dalam pelukan Zuhrin. Dia terasa rendah diri jika paras mereka dibandingkan.
“Awak percayakan saya, kan?” Zuhrin dapat merasakan getaran di hati Nurin.
Nurin menyeka airmatanya, dia tak tahu kenapa dia tiba-tiba sebak.
“Tentu saya percaya, awak suami saya.” Nurin cuba mengukir senyum, walaupun dia tahu Zuhrin tak dapat melihatnya.
Senyuman yang diukir bagaikan menipu diri sendiri.
“Jangan fikir banyak, insya-Allah saya takkan berubah. Saya hanya nak genggam tangan tok kadi sekali saja. Saya hanya nak berikan yang terbaik untuk kita. Saya mengharapkan kita akan bahagia bersama buat selamanya, jika ada dugaan yang melintang kita akan laluinya bersama. Saya cintakan awak dan saya akan terus mencintai awak.” Zuhrin mahu Nurin menerima keputusannya seadanya.
“Demi awak, demi cinta kita, saya nak awak tahu yang saya tak pernah buat keputusan sebesar ini tanpa pengetahuan keluarga saya. Bukan saya mengungkit kisah kita, cuma saya nak awak tahu betapa saya mencintai awak.” Pujukan Zuhrin berbekas di hatinya.
Demi kerana dia, suaminya sanggup membelakangkan keluarganya sendiri yang memilih untuk hidup bersamanya. Nurin kembali tersenyum.
“Baiklah, saya tunggu awak balik.” Nurin cuba menceriakan kembali suasana.
“ Saya rindukan awak. Selalu.” Zuhrin amat merindui Nurin.
Wajah manis Nurin tidak mampu dihilangkan dari matanya. Demi Nurin, dia semakin semangat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang. Benarlah kata orang, rezeki kita makin dipermudahkan apabila kita berniat baik. Zuhrin mengakuinya saat ini.
Obsession with Maroon
2 years ago
0 comments:
Post a Comment