Total Pageviews

Terlanjur Cinta -31-

Wednesday, April 20, 2011

| | |


Bab 31
Zuhrin bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Jam baru menunjukkan pukul tiga pagi dan paginya dikejutkan dengan panggilan telefon.
Kata Kak Ina, Nurin dah sakit nak bersalin, air ketubannya dah pecah.
“Aku ni mimpi ka?” Zuhrin bertanya kepada dirinya sendiri.
Di capainya telefon, didailnya semula nombor telefon Kak Ina.
“Assalamualaikum, Kak Ina. Betoi ka tadi Kak Ina call bagitau Nurin nak bersalin?” Terpa Zuhrin sebaik sahaja mendengar telefon dijawab.
“Ya Allah, Zuhrin. Cepatlah balik, betoi aih...hang tak mimpi. Nurin sakit ni, Kak Ina tak tau nak buat apa.” Suara Kak Ina sedikit tinggi apabila mendengar soalan Zuhrin.
Bukan niat Ina mahu meninggikan suara kepada suami majikannya, namun dek kerana gementara, takut dan situasi yang tak pernah dilaluinya buatkan dirinya hilang kawalan.
Sebaik mendengar kata-kata Kak Ina, Zuhrin terus mencapai kunci keretanya. Kalau boleh terbang, ingin saja dia terbang ke sisi isterinya yang sedang bergelut dengan kesakitan.
Pergerakan Zuhrin mengejutkan mak dari tidur.
“Ayen nak pi mana pagi-pagi ni?” Mak hairan melihat Zuhrin dah siap berpakaian.
Zuhrin sangat terperanjat dengan kehadiran mak, sebolehnya dia memang tak mahu mak terjaga.
“Er....Ayen dapat call ada emergency. Ayen kena pi settle emergency tu. Ayen mintak maaf ya mak sebab kelam kabut sampai mak terjaga.” Sesungguhnya dia tersangat rasa bersalah kerana sekali lagi dia terpaksa berbohong.
“Takpalah kalau lagu tu, tapi Ayen jangan bawak kereta laju-laju.” Sambil Zuhrin menyalami tangan mak, mak sempat menitipkan pesan.
Zuhrin memeluk erat mak.
“Ayen sayang sangat kat mak. Maafkan Ayen ya mak.” Mak tersenyum lembut sambil menganggukkan kepalanya.
Zuhrin bergegas kembali ke rumahnya. Nasib baiklah rumah mak dengan rumah kelamin mereka hanyalah dua puluh minit jaraknya. Itupun dia rasanya sangat jauh. Zuhrin bagaikan menyesal meninggalkan Zuhrin selepas Zuhur tadi, selepas Nurin mendesaknya untuk pulang ke rumah mak dan bermalam apabila mak menyatakan kerinduannya.
Sebenarnya sejak dari selepas Asar lagi Nurin sudah turun tanda. Tanda ialah apabila terdapat mukus ataupun lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah tanda yang paling awal dan paling lazim berlaku.
Tak lama selepas itu, air ketubannya pula pecah. Tekanan disebabkan oleh pengecutan ataupun kontraksi rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.
Namun syukurlah, air ketuban yang keluar hanya secara lelehan dan tidak berwarna membuatkan Nurin hanya mendiam di dalam bilik.
Namun apabila kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut), Nurin tak mampu bertahan lagi. Nasib baiklah Ina dan Seri hanya berbual-bual sambil menonton televisyen di ruang rehat tingkat atas. Mendengar suara Nurin yang kesakitan buatkan mereka terus menghubungi Zuhrin.
Kesakitan itu datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat.
Nurin merasakan masanya hampir tiba. Kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Apabila kesakitan ini tidak hilang apabila Nurin cuba berehat atau berjalan-jalan. Nurin cuba untuk tidak panik kerana tidak mahu menambahkan kepanikan Ina dan Seri yang melebihinya.
Selalunya, proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam).
Sebaik Zuhrin sampai, dia terus bergegas ke kamar utama dan berhati-hati mendukung isterinya yang sedang kesakitan. Berhati-hati Zuhrin menuruni tangga, bimbang tersilap langkah. Nasib baiklah semua kelengkapan untuk dibawa ke hospital sudah Nurin siapkan sebaik kandungan mencecah sembilan bulan, bimbang kelahiran lebih awal ataupun terlupa mengenainya.
Beg yang berisi beberapa kelengkapan dirinya dan anak-anak yang bakal lahir dijinjing kemas oleh Seri dan Ina pula masih kelihatan panik.
Mereka mendaftar masuk ke hospital bersalin di Taman Patani Jaya yang jauhnya hampir setengah jam tapi oleh kerana mereka bergegas seawal empat pagi, perjalanan hanya menjadi lima belas minit.
Nurin ditolak masuk ke bilik bersalin sebaik sahaja sampai. Zuhrin tak sanggup berpisah dengan isterinya. Dia tak mahu melepaskan saat-saat indah bergelar bapa. Hampir sejam setengah berada di dalam bilik bersalin, Zuhrin keluar dengan senyuman.
Ina dan Seri yang berdebar-debar lega melihat senyuman Zuhrin.
“Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hidup kami dah lengkap kak.” Zuhrin masih bagaikan tidaak percaya, melihat dan melalui bersama pengalaman Nurin melahirkan kembar sulung mereka.
Sepasang cahayamata comel yang dilahirkan secara normal. Namun, Zuhrin insaf apabila melihat kesakitan dan kepayahan yang Nurin lalui sebelum kembarnya keluar. Pengalaman yang makin mencambahkan rasa kasihnya kepada Nurin.
Zuhrin mengazan dan mengiqamatkan anak-anaknya. Air matanya berlinang, tak terucap syukurnya atas nikmat dan kurniaan Allah kepadanya. Dia berazam untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya.
 

0 comments:

Followers