Bab 36
Zuhrin mengacah Nurzaiham dan Nurzaihani.
Putera-puterinya ketawa riang. Nurin yang sedang melipat kain juga rasa bahagia
melihat suami dan anak-anak bergembira.
“Awak nak minum?” Pertanyaan Nurin membuahkan senyuman di
bibir Zuhrin.
Nurin terpesona melihat senyuman itu.
“Awak nak minum apa? Biar saya buatkan.” Zuhrin
menawarkan diri.
Nurin mengerutkan dahinya.
“Tak apalah. Awak kan tengah lipat kain tu, saya buatkan
jus belimbing ya.” Nurin tersenyum sambil mengangguk.
“Terima kasih. Ni yang buat saya bertambah sayang dekat awak
ni.” Jawapan Nurin di balas dengan ciuman di pipi kiri oleh Zuhrin.
Zuhrin berlalu ke dapur dan kembali dengan dua gelas jus
belimbing kesukaan mereka berdua. Zuhrin duduk di sisi Nurin dan mengambil
beberapa helai kain untuk dilipat. Nurin mengambil kain-kain di tangan Zuhrin.
“Biar saya buat. Awak rehatlah, main dengan anak ka. Kan
awak dah penat, seharian di pejabat.” Nurin suka melihat Zuhrin bermain dengan
anak-anak mereka.
“Tak penat manalah. Awak lagi penat, dari pagi ke malam
tak henti-henti kerja. Badan awak pun makin hari makin susut. Awak susah hati
ke kahwin dengan saya?” Usik Zuhrin namun tetap ada kebimbangan di hatinya
apabila melihat Nurin yang makin susut.
“Mana boleh susah hati kahwin dengan awak. Bahagia ada
la.” Nurin ikhlas mengakuinya.
Walaupun sibuk menguruskan anak-anak dan perniagaan,
kebahagiaan rumahtangganya sentiasa memberikannya semangat dan kekuatan.
“Terima kasih. Sebab awak selalu ada di sisi saya.” Zuhrin
menggenggam tangan Nurin.
“Sebab awak juga selalu di sisi saya.” Nurin membalas
lembut.
“Awak dah sedia nak hadapi kenyataan hidup kita?” Zuhrin
sendiri takut, namun dia tahu dia tak dapat bersembunyi selama-lamanya.
“Saya takut. Macam ada yang tak kena antara mak awak
dengan mama.” Terdengar keluhan halus Zuhrin.
“Siapa sangka kita sebenarnya sepupu kan?” Nurin
merebahkan badannya dan meletakkan kepalanya di ribaan Zuhrin.
Zuhrin membelai pipi isterinya, lembut.
“Nasib baik sepupu, kalau mahram kan ke naya.” Dalam
gurauan ada kebenaran kata-kata Zuhrin itu.
“Saya ada satu lagi rahsia nak bagitau awak.” Nurin
mendongakkan kepalanya, mencari wajah Zuhrin.
“Rahsia?”
Zuhrin menganggukkan kepalanya.
“Saya pernah bagitau kat awak kan, mak saya dah ada
pilihan untuk saya.” Nurin pula menganggukkan kepalanya.
“Kami dah bertunang yang sebenarnya. Hubungan kami bukan
atas dasar cinta, tapi kerana pilihan keluarga. Saya tak pernah mencintai dia,
sebab dari kecil saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.” Nurin cuba
mengawal emosi.
“Saya minta maaf, sebab rahsiakan perkara sebesar ni
daripada awak.” Nurin menggenggam jari-jari Zuhrin.
“Saya mencari ruang untuk berterus-terang dengan keluarga
kita dan sekaligus putuskan pertunangan saya dengan Iffah secara rasmi.”
“Secara rasmi?” Nurin bertanya sambil matanya memandang
ke arah anak-anak.
“Saya dah putuskan pertunangan dengan Iffah. Saya
berterus-terang dengan dia, saya kahwin dan dah ada anak pun. Saya bagitau dia,
saya hanya cintakan awak dan anak-anak.” Zuhrin mengucup dahi Nurin, lembut.
“Macamana awak nak bagitau? Saya takut la awak. Saya
minta maaf, tapi saya dapat rasa mak awak macam susah nak terima. Saya rasa ada
sejarah yang saya tak tau.” Kata-kata Nurin disambut dengan dengan renungan
resah daripada Zuhrin.
“Menurut kata Mak Long, mak marah dengan arwah mama papa
sebab arwah papa dulu tunang mak saya. Macam yang awak tau, mama awak kembar
mak saya. Depa terlalu rapat tapi mak saya tak tau mama dengan papa dah
bercinta. Papa ditunangkan dengan mak dan ayah saya ditunangkan dengan mama.”
Nurin mengeluh.
‘Macam berat ja.’
“Lebih kurang seminggu sebelum nikah, mama dengan papa
kahwin lari dan tak pernah balik lagi sampailah depa meninggal. Jemputan dah
dipanggil, so mak dengan ayah terpaksa dikahwinkan sebab nak menutup malu. Tapi
orang tanya la juga sebab dalam kad kenduri untuk dua pasang. Apa yang saya
tau, mak saya tak pernah maafkan mama sebab rampas tunang dia dan terpaksa
berkahwin dengan orang yang dia tak cintai. Tapi mak terlupa yang orang yang
dia cintai juga mencintai orang lain. Saya kesiankan ayah sebenarnya. Ayah terlalu
sayangkan mak, tapi saya tak rasa mak nampak semua tu sebab terlindung dek rasa
terpaksa dan benci.” Panjang lebar Zuhrin menerangkan kepada Nurin.
Zuhrin rasa Nurin berhak untuk mengetahui kebenaran yang
perlu mereka hadapi.
Nurin mengeluh perlahan.
“Saya rasa hubungan kita bukan sahaja akan timbulkan
kemarahan mak awak, tapi dendam lama semakin menyala. Saya bersalah kepada
awak. Semua ni idea saya.” Nurin rasa bersalah.
Zuhrin menggelengkan kepalanya.
“Tidak, sayang. Semua yang terjadi telah ditetapkan.
Jodoh kita telah diaturkan. Suka ataupun tidak, kita memang telah dijodohkan
bersama. Apa yang penting, kita menghargai kebahagiaan yang telah dikurniakan
kepada kita.” Zuhrin memberi semangat.
“Apa yang penting, kita akan tempuhi bersama segala susah
dan senang.” Tangan mereka saling menggenggam.
“Demi kebahagiaan kita dan anak-anak.” Nurin menyambung.
Zuhrin mengucup pipi kanan Nurin, tangan mereka masih
saling menggenggam.
“Saya harap mak akan memaafkan kita, walaupun susah. Saya
harap Iffah dan keluarga juga akan memaafkan saya. Saya tak mampu
membahagi-bahagikan kasih saya kepada orang lain. Kasih saya terbahagi kepada
awak dan anak-anak kerana awak dan anak-anaklah dunia saya. Nyawa saya.” Nurin
mengukir senyum.
“Pernah terfikir betapa gilanya hubungan kita, tapi saya
bersyukur kerana kegilaan ini telah memberikan saya satu kebahagiaan yang tak
boleh ditukar ganti.” Nurin sendiri sukar untuk mempercayai kegilaan mereka
ketika itu.
Kegilaan yang sekali-sekala mengundang tawa sendirian
tika terkenang memori lalu.
“Awak…” Nurin memanggil dengan nada manja.
Zuhrin mengerutkan dahinya.
“Kita expand business nak?” Cadangan Nurin menambahkan
kerutan dahinya.
“Sempat ke awak nak uruskan?” Zuhrin risau dengan
kesihatan isterinya kerana kesibukan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan
kini sibuk dengan putera-puterinya yang lasak.
“Bukan saya, tapi awak.” Zuhrin menggelengkan kepalanya.
Dia tak faham.
“Forget about
our status now. Apapun mak ayah awak juga
mak ayah saya. Saya kesian tengok depa meniaga di pasar-pasar malam. Kita ada
kemampuan, kenapa kita tak keluarkan modal dan bukakan satu restoran sebagai
satu restoran keluarga.” Cadangan Nurin sememangnya pernah difikirkan, tapi
bukanlah sekarang.
“Mak dengan ayah bukannya muda lagi. Kesian depa dok angkat
barang ke sana-sini. Kalau ada restoran, tak la teruk sangat.” Zuhrin hanya
termampu untuk mengangguk, mengakui kata-kata isterinya.
“Awak bincanglah dulu. Saya akan keluarkan modal tapi
saya rasa depa tak perlu tahu tentang hal ni. Katakan saja, melalui pinjaman
misalnya.” Nurin sebenarnya mengharapkan kemaafan daripada kedua mertuanya,
semoga usahanya akan diberkati.
Zuhrin
hilang kata-kata.
0 comments:
Post a Comment