Total Pageviews

Terlanjur Cinta -11-

Tuesday, August 24, 2010

| | |
post pendek ja hr ni....

Bab 11


“Kadang-kadang aku fikir kau ni dah gila, tapi kadang-kadang aku cemburu pula kat kau.” Hanif termengah-mengah.

Zuhrin menoleh ke arah Hanif yang berlari di sebelah kanannya.

“Akupun fikir macam tu juga.” Sampuk Razman di sebelah kiri Zuhrin.

Zuhrin memperlahankan lariannya dan kemudian membuat beberapa senaman ringan. Perbuatannya diikuti oleh teman-teman baiknya.

“Sebab aku dah kahwin?” Sergah Zuhrin kepada teman-teman, seketika kemudian dia ketawa sendiri.

“Memang aku dah gila. Aku tolak tepi semua kemungkinan dan risiko. Tapi, sekarang aku tak peduli lagi. Apa yang aku tau, aku bahagia. Aku tau aku buat keputusan yang betul.” Zuhrin tersenyum sendiri.

Razman dan Hanif menepuk bahu Zuhrin.

“Walaupun kau yang paling muda, tapi tekad kau…pergh...buat kami kagum.” Razman yang tua dua tahun daripada Zuhrin memberi semangat.

Hanif menganggukkan kepalanya.

“Tapi, pernah tak terlintas pada kau…tentang siapa dia, latarbelakang dia atau apa saja la tentang dia.” Hanif sebenarnya tak faham dengan apa yang Zuhrin dan isterinya fikirkan.

“Bukan tak terlintas. Tapi buat masa la, aku tak mau fikir. Aku tak mau sia-siakan masa bahagia kami dengan masalah yang bukan-bukan. Buat masa la, aku hanya nak tumpukan perhatian pada study dan grad cepat-cepat. So bolehlah aku cepat-cepat balik Malaysia.” Tegas Zuhrin.

“Parents kau?” Soalan Razman menyentakkan Zuhrin.

“Aku belum bersedia. Mungkin bila aku dah balik Malaysia lepas grad nanti, aku akan fikirkan macamana atau bagaimana, tapi aku dapat rasakan mak aku mesti sedih sebab dia beria-ia nak jodohkan aku dengan anak kawan baik dia.” Keceriaan Zuhrin lenyap.

Dia takut andai perbuatannya ini akan menyebabkan dia kehilangan pelukan kasih seorang ibu. Dia takut menjadi anak yang derhaka.

Terdengar Razman dan Hanif yang juga teman serumahnya mengeluh.

“Apa yang buatkan kau buat kerja gila ni?”

“Cinta.” Hanya sepatah saja jawapan Zuhrin buat soalan Hanif yang sebaya Razman.

Dua temannya garu kepala.

“Aku tak peduli siapa dia, apa dia buat…aku cuma cintakan dia dan aku rasa aku tak salah sebab kami hanya nak satu hubungan yang halal. Dan kami bahagia macam ni.” Razman menepuk dahi mendengar jawapan Zuhrin.

Parah, parah…kata hati mereka berdua kepada Zuhrin.

Namun mereka akui, Nurin memiliki keperibadian yang tinggi kerana apabila tinggal di rumah mereka selama dua minggu. Nurin sering menjaga tertibnya semasa bergaul dengan mereka dan tak pernah sekalipun mereka terlihat aurat Nurin, dan kehadiran Nurin kelihatan semakin mematangkan Zuhrin yang kini kelihatan makin bertanggungjawab dalam segala hal.

Zuhrin pula sanggup bekerja keras untuk mencari duit dan dalam masa yang sama meneruskan pengajiannya dengan cemerlang. Tiada lagi masa untuknya berpoya-poya, sehinggakan cuti semester yang bakal bermula juga dia memilih untuk kembali Malaysia daripada bersama Razman dan Hanif menjelajah bumi Koala itu seperti musim-musim cuti yang lalu.

Mereka bertiga berjalan, sambil terus menikmati matahari pagi yang menyegarkan.

‘Aku tau, langkah aku sekarang sumbang. Sumbang kerana membelakangkan insan-insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi, aku cuma mencari keberkatan dan yang terbaik untuk hidup aku. Moga mereka dapat memahami dan memaafkan aku.’ Zuhrin meneruskan langkah tanpa mahu memikirkan lagi apa yang bakal terjadi.

Tekadnya, dia akan berdepan dengan segala cabaran dan dugaan yang merintangi hubungannya dengan Nurin kerana itu pilihannya. Dia tak sanggup mengkhianati cinta yang sedang dibajainya bersama Nurin.

Zuhrin tidak sabar menanti lima hari lagi untuk terbang kembali ke Malaysia, menemui kekasih hati yang amat dirindui. Cuma dia ralat kerana tak boleh menemui keluarganya dan melepaskan kerinduannya, dek kerana rahsia sebesar ini.

0 comments:

Followers