Total Pageviews

Terlanjur Cinta -36-

Tuesday, December 20, 2011

| | | 0 comments

Bab 36


Zuhrin mengacah Nurzaiham dan Nurzaihani. Putera-puterinya ketawa riang. Nurin yang sedang melipat kain juga rasa bahagia melihat suami dan anak-anak bergembira.
“Awak nak minum?” Pertanyaan Nurin membuahkan senyuman di bibir Zuhrin.
Nurin terpesona melihat senyuman itu.
“Awak nak minum apa? Biar saya buatkan.” Zuhrin menawarkan diri.
Nurin mengerutkan dahinya.
“Tak apalah. Awak kan tengah lipat kain tu, saya buatkan jus belimbing ya.” Nurin tersenyum sambil mengangguk.
“Terima kasih. Ni yang buat saya bertambah sayang dekat awak ni.” Jawapan Nurin di balas dengan ciuman di pipi kiri oleh Zuhrin.
Zuhrin berlalu ke dapur dan kembali dengan dua gelas jus belimbing kesukaan mereka berdua. Zuhrin duduk di sisi Nurin dan mengambil beberapa helai kain untuk dilipat. Nurin mengambil kain-kain di tangan Zuhrin.
“Biar saya buat. Awak rehatlah, main dengan anak ka. Kan awak dah penat, seharian di pejabat.” Nurin suka melihat Zuhrin bermain dengan anak-anak mereka.
“Tak penat manalah. Awak lagi penat, dari pagi ke malam tak henti-henti kerja. Badan awak pun makin hari makin susut. Awak susah hati ke kahwin dengan saya?” Usik Zuhrin namun tetap ada kebimbangan di hatinya apabila melihat Nurin yang makin susut.
“Mana boleh susah hati kahwin dengan awak. Bahagia ada la.” Nurin ikhlas mengakuinya.
Walaupun sibuk menguruskan anak-anak dan perniagaan, kebahagiaan rumahtangganya sentiasa memberikannya semangat dan kekuatan.
“Terima kasih. Sebab awak selalu ada di sisi saya.” Zuhrin menggenggam tangan Nurin.
“Sebab awak juga selalu di sisi saya.” Nurin membalas lembut.
“Awak dah sedia nak hadapi kenyataan hidup kita?” Zuhrin sendiri takut, namun dia tahu dia tak dapat bersembunyi selama-lamanya.
“Saya takut. Macam ada yang tak kena antara mak awak dengan mama.” Terdengar keluhan halus Zuhrin.
“Siapa sangka kita sebenarnya sepupu kan?” Nurin merebahkan badannya dan meletakkan kepalanya di ribaan Zuhrin.
Zuhrin membelai pipi isterinya, lembut.
“Nasib baik sepupu, kalau mahram kan ke naya.” Dalam gurauan ada kebenaran kata-kata Zuhrin itu.
“Saya ada satu lagi rahsia nak bagitau awak.” Nurin mendongakkan kepalanya, mencari wajah Zuhrin.
“Rahsia?”
Zuhrin menganggukkan kepalanya.
“Saya pernah bagitau kat awak kan, mak saya dah ada pilihan untuk saya.” Nurin pula menganggukkan kepalanya.
“Kami dah bertunang yang sebenarnya. Hubungan kami bukan atas dasar cinta, tapi kerana pilihan keluarga. Saya tak pernah mencintai dia, sebab dari kecil saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.” Nurin cuba mengawal emosi.
“Saya minta maaf, sebab rahsiakan perkara sebesar ni daripada awak.” Nurin menggenggam jari-jari Zuhrin.
“Saya mencari ruang untuk berterus-terang dengan keluarga kita dan sekaligus putuskan pertunangan saya dengan Iffah secara rasmi.”
“Secara rasmi?” Nurin bertanya sambil matanya memandang ke arah anak-anak.
“Saya dah putuskan pertunangan dengan Iffah. Saya berterus-terang dengan dia, saya kahwin dan dah ada anak pun. Saya bagitau dia, saya hanya cintakan awak dan anak-anak.” Zuhrin mengucup dahi Nurin, lembut.
“Macamana awak nak bagitau? Saya takut la awak. Saya minta maaf, tapi saya dapat rasa mak awak macam susah nak terima. Saya rasa ada sejarah yang saya tak tau.” Kata-kata Nurin disambut dengan dengan renungan resah daripada Zuhrin.
“Menurut kata Mak Long, mak marah dengan arwah mama papa sebab arwah papa dulu tunang mak saya. Macam yang awak tau, mama awak kembar mak saya. Depa terlalu rapat tapi mak saya tak tau mama dengan papa dah bercinta. Papa ditunangkan dengan mak dan ayah saya ditunangkan dengan mama.”
Nurin mengeluh.
‘Macam berat ja.’
“Lebih kurang seminggu sebelum nikah, mama dengan papa kahwin lari dan tak pernah balik lagi sampailah depa meninggal. Jemputan dah dipanggil, so mak dengan ayah terpaksa dikahwinkan sebab nak menutup malu. Tapi orang tanya la juga sebab dalam kad kenduri untuk dua pasang. Apa yang saya tau, mak saya tak pernah maafkan mama sebab rampas tunang dia dan terpaksa berkahwin dengan orang yang dia tak cintai. Tapi mak terlupa yang orang yang dia cintai juga mencintai orang lain. Saya kesiankan ayah sebenarnya. Ayah terlalu sayangkan mak, tapi saya tak rasa mak nampak semua tu sebab terlindung dek rasa terpaksa dan benci.” Panjang lebar Zuhrin menerangkan kepada Nurin.
Zuhrin rasa Nurin berhak untuk mengetahui kebenaran yang perlu mereka hadapi.
Nurin mengeluh perlahan.
“Saya rasa hubungan kita bukan sahaja akan timbulkan kemarahan mak awak, tapi dendam lama semakin menyala. Saya bersalah kepada awak. Semua ni idea saya.” Nurin rasa bersalah.
Zuhrin menggelengkan kepalanya.
“Tidak, sayang. Semua yang terjadi telah ditetapkan. Jodoh kita telah diaturkan. Suka ataupun tidak, kita memang telah dijodohkan bersama. Apa yang penting, kita menghargai kebahagiaan yang telah dikurniakan kepada kita.” Zuhrin memberi semangat.
“Apa yang penting, kita akan tempuhi bersama segala susah dan senang.” Tangan mereka saling menggenggam.
“Demi kebahagiaan kita dan anak-anak.” Nurin menyambung.
Zuhrin mengucup pipi kanan Nurin, tangan mereka masih saling menggenggam.
“Saya harap mak akan memaafkan kita, walaupun susah. Saya harap Iffah dan keluarga juga akan memaafkan saya. Saya tak mampu membahagi-bahagikan kasih saya kepada orang lain. Kasih saya terbahagi kepada awak dan anak-anak kerana awak dan anak-anaklah dunia saya. Nyawa saya.” Nurin mengukir senyum.
“Pernah terfikir betapa gilanya hubungan kita, tapi saya bersyukur kerana kegilaan ini telah memberikan saya satu kebahagiaan yang tak boleh ditukar ganti.” Nurin sendiri sukar untuk mempercayai kegilaan mereka ketika itu.
Kegilaan yang sekali-sekala mengundang tawa sendirian tika terkenang memori lalu.
“Awak…” Nurin memanggil dengan nada manja.
Zuhrin mengerutkan dahinya.
“Kita expand business nak?” Cadangan Nurin menambahkan kerutan dahinya.
“Sempat ke awak nak uruskan?” Zuhrin risau dengan kesihatan isterinya kerana kesibukan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan kini sibuk dengan putera-puterinya yang lasak.
“Bukan saya, tapi awak.” Zuhrin menggelengkan kepalanya.
Dia tak faham.
“Forget about our status now. Apapun mak ayah awak juga mak ayah saya. Saya kesian tengok depa meniaga di pasar-pasar malam. Kita ada kemampuan, kenapa kita tak keluarkan modal dan bukakan satu restoran sebagai satu restoran keluarga.” Cadangan Nurin sememangnya pernah difikirkan, tapi bukanlah sekarang.
“Mak dengan ayah bukannya muda lagi. Kesian depa dok angkat barang ke sana-sini. Kalau ada restoran, tak la teruk sangat.” Zuhrin hanya termampu untuk mengangguk, mengakui kata-kata isterinya.
“Awak bincanglah dulu. Saya akan keluarkan modal tapi saya rasa depa tak perlu tahu tentang hal ni. Katakan saja, melalui pinjaman misalnya.” Nurin sebenarnya mengharapkan kemaafan daripada kedua mertuanya, semoga usahanya akan diberkati.
Zuhrin hilang kata-kata.

Followers