Bab 18
Harapannya untuk teruskan hidup dengan tenang di hari-hari terakhir penggantungan sekolahnya bagaikan berkecai apabila mak menyerahkan baju kurung cantik bersulam berwarna pic.
“Rayakan jauh lagi? Baju ni nak buat apa?” Qistina sangat-sangat keliru.
Tanpa sebarang makluman, rumahnya dipenuhi dengan saudara terdekat. Bagaikan ada kenduri. Kalau ada kenduri, kenapa dia tidak dimaklumkan.
“Mak dan ayah, dah setuju dengan parents Adam untuk tunangkan hangpa dua dulu. Lepas SPM, kita akan langsungkan.” Jawapannya yang merentap semua cita-cita dan harapannya.
“Keputusan kami, muktamad.” Kata-kata ayah bagaikan hukuman mati kepadanya tanpa membenarkan dia berkata walaupun sepatah.
Bertunang seawal usia tujuh belas tahun dan bakal berkahwin seawal lapan belas tahun?
‛Am I crazy? Am I dreaming?’ Qistina terkedu dan bingung.
Rupa-rupanya, sebaik sahaja mereka digantung sekolah ayah Adam telah menghubungi ayah dan mak untuk menyatukan mereka. Bukan saja untuk menebus malu tapi juga kerana mahu mencegah sesuatu yang lebih buruk. Kata mereka, darah muda sukar mahu dikekang.
Semua persiapan telah dilakukan tanpa pengetahuannya untuk mengelakkannya memberontak ataupun melakukan sesuatu diluar jangkaan.
Dia pasti akan memberontak jika mengetahuinya dengan lebih awal. Segalanya bagaikan tidak munasabah baginya.
‛Come on...this is end of 1990’s...not 1960’s...!’ Namun siapa yang akan mendengar bantahan seorang budak nakal yang telah dilabelkan sebagai bersalah kerana ditangkap basah?
Tegakah dia memalukan kedua orang tuanya lagi? Dia bukannya bakal ditunangkan dengan orang yang tak dikenali, tapi dengan orang yang dia cintai. Qistina cuba berfikir secara rasional, walaupun dia tetap merasakan keputusan orang tuanya tidak rasional.
Qistina hanya mampu melihat tanpa perasaan, bonda Adam menyarungkan cinta emas putih bertahtah berlian sebiji ke jarinya. Dia tak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya yang bercelaru. Bonda Adam pula kelihatan gembira. Perlukah dia gembira? Qistina tiada jawapannya.
Dia melihat hantaran yang dihantar tanpa perasaan, dan dia juga tidak pernah melihat gubahan hantaran dari pihaknya. Semuanya disiapkan oleh kakak dan ibu-ibu saudaranya yang dekat.
Sebaik tamat dua minggu mereka kembali ke SEMENTAS. Suasana masih hambar, mereka bertiga juga bagaikan masih berkabung. Qistina banyak menghabiskan masa dengan Nabila untuk mengejar pelajaran yang tertinggal. Lisa juga banyak membantunya untuk subjek-subjek utama seperti matematik tambahan kerana Qistina agak lemah dalam subjek itu walaupun dia cemerlang dalam subjek Matematik.
Selepas majlis pertunangan mereka, hanya sekali mereka berhubung itupun melalui kad yang diletakkannya di meja Adam dengan bantuan Lisa. Hanya Lisa yang mengetahui rahsia hubungan mereka.
Qistina pohon mereka untuk tidak berhubung buat sementara dan meminta Adam untuk tidak menghebohkan pertunangan mereka. Baginya, cukup-cukuplah kontroversi yang telah dilaluinya. Bersama Adam sudah membuatnya di benci para pelajar perempuan yang lain yang meminati Adam dan juga tak terkecuali beberapa orang guru kerana dikatakan penyebab Adam menjadi nakal.
Semua kesalahan yang dilakukan bersama, dihenyak ke bahunya seorang. Dialah punca, dialah penyebab Adam jadi begitu.
Qistina bagaikan tidak sabar untuk menghabiskan tingkatan lima dan memulakan hidup baru yang jauh daripada teman-teman yang mengenali dan mengetahui kisah hitam hidup mereka. Baginya, kisah itu bagaikan kisah hitam yang membadinya sepanjang dia di SEMENTAS.
Nasib Syiera dan Niza lebih baik walaupun mereka ditangkap bersama kerana kesalahan yang sama. Qistina bingung dan hanya mahu menumpukan perhatian terhadap peperiksaan besar yang bakal ditempuhinya.
0 comments:
Post a Comment