Bab 27
Zuhrin hanya tinggal singlet dengan seluar dengan seluar jean biru lusuh yang dilipat sehingga ke paras betis. Tangannya ligat mengipas bara api, ikan keli yang tersusun cantik di atas pemanggang.
Sejak tiga jam tadi, itulah kerjanya untuk kenduri kesyukuran kali ni, pak long telah menaja ikan keli dari kolamnya untuk dibakar. Bukanlah kenduri besar, Cuma sekadar makan-makan bersama kaum keluarganya yang besar.
Air asam untuk ikan keli dah mak siapkan. Kecur liurnya apabila teringatkan keenakan ikan keli dicicah air asam resepi mak.
“Yang hang dok telan ayaq liuq ni pasai apa?” Sergah Pak Tam.
Zuhrin hanya tersengih.
“Orang tanya dia sengih pulak!” Pak Tam garu kepala yang tidak gatal.
“Mana tak telan ayaq liuq, dok teringat ikan keli ni cicah ayaq asam. Pergh...terangkat.” Zuhrin menuturkannya dengan penuh perasaan.
Pak Tam dan Pak Su ketawa melihat reaksi Zuhrin yang agak keanak-anakkan.
“Perangai macam budak-budak.” Tegur Tok yang kebetulan singgah melihat nasib ikan keli di tangan Zuhrin.
“Sayur keladi dah siap, ayam masak kicap dah siap, gulai ikan termenung dah siap, ayaq asam pun dah siap. Bilanya ikan keli hang ni nak siap?” Zuhrin hanya tersenyum mendengar soalan tok dalam nada sindiran.
“Sat lagi siap la ni. On time, tok jangan risau.” Zuhrin memberi jaminan.
Tok hanya menggelengkan kepala.
“Mak tok sah risau, pandaila budak ni setelkan qeja dia.” Balas Pak Su kepada Tok.
“Mana ada budak, dah nak jadik pak budak dah.” Zuhrin menekup mulut apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya.
Semua mata memandangnya bagaikan memohon penjelasan.
“Apa?” Zuhrin buat tak faham dan meneruskan pembakaran dengan muka tanpa riak, tapi debaran di dalam hati hanya Allah yang tahu.
“Mak, cucu mak dah sampai.” Kedatangan Maksu menyelamatkan Zuhrin.
“Cucu?” Zuhrin bertanya sendiri.
“Oooo....Ayen tak dak berapa taon ya tok dah tukaq cucu feberet no. Ayen nak merajuk la macam ni.” Ugut Zuhrin dalam gurauan.
“Dah...toksah dok buat drama swasta kat sini. Cepat perabih ikan tu, kita nak makan dah ni.” Tok malas nak melayan rajukkan Zuhrin yang dibuat-buat.
“Padan muka hang.” tambah Paksu.
Zuhrin menggaru kepalanya yang tidak gatal dan meneruskan kerjanya.
Setengah jam kemudian, semuanya selesai. Zuhrin dengan bantuan Pak Tam dan Paksu membawa semua ikan keli bakarnya ke depan untuk dihidangkan bersama laukpauk yang lain.
Zuhrin menelan air liurnya yang tiba-tiba dirasakan sangat pahit dan berpasir. Jantungnya berdegup pantas. Zuhrin memegang dada, seakan memegang jantung agar jangan jatuh dari tangkainya.
Mata bertentang mata, dia bagaikan mahu pitam.
“Hang pasai apa?” Tok heran apabila melihat Zuhrin yang tiba-tiba pucat.
“Ya Allah, budak ni pasai apa? Macam kena sampuk ja.” Percikan air ke muka Zuhrin oleh Paksu membawanya kembali ke alam nyata.
“Awat hang tengok dia lagu tu?” Tanya Paksu.
“Jangan berkenan, hang tengok perut tu dah tujuh bulan dah. Jangan buat pasai.” Tegas Paksu memberi amaran.
“Lupa pulak tok nak kenaikan.”
Tok menarik Zuhrin untuk menuruti langkahnya.
“Ayen, ni cucu tok jugak. Nama dia Nurin. Anak Mak Teh, kembaq mak hang.”
Saat mata bertentang mata, Nurin bagaikan mahu pitam.
Betapa besarnya dunia, sekecil ini takdir mereka.
“Sepupu Ayen?” Zuhrin inginkan penjelasan.
“Sepupu hang la dah namanya anak Mak Teh.” Tok mengulangi kata-katanya.
Masing-masing terkaku, tak tahu bagaimana hendak bereaksi.
Kalau diikutkan hati, mahu saja masing-masing menerkam untuk berpelukan, melepaskan semua rindu yang sarat bersarang di dada.
Nurin menahan air mata, nanti apa pula kata keluarga. Tiba-tiba saja menangis bila berjumpa anak teruna orang.
Haru....haru...
‛Awak anak Mak Teh...berat masalah kita sayang!’ Zuhrin menggaru lagi kepalanya yang tidak gatal sambil berkata-kata di dalam hati
0 comments:
Post a Comment