Total Pageviews

Izinku Pergi -10-

Thursday, April 7, 2011

| | |

Bab 10

Qistina menyimpan kad yang diterimanya daripada Adam pagi ini. Dia kini semakin ternanti-nantikan kad-kad buatan Adam. Walaupun hubungan mereka berdua masih dingin, namun usaha Adam untuk kembali menambat hatinya berjaya menyakinkannya. Namun, dia masih belum bersedia untuk berterus-terang kepada pemuda itu.
“Awat hang tak mengaku saja apa yang ada dalam hati?” Lisa melabuhkan punggungnya di sisi Qistina.
Qistina mengukir senyuman hambar.
“Kad-kad tu dah menzahirkan apa yang tersirat di hati dia, tapi hang terus menyimpul rapi apa yang ada dalam hati hang.” Lisa menepuk perlahan kotak berwarna hijau muda yang berisikan kad-kad buatan Adam, atas ribaan Qistina.
“Aku tak tau macamana yang sebenarnya. Aku malu nak terima dia balik.”
“Kalau malu jadi persoalan, aku rela jadik posmen.” Tawaran Lisa kedengaran menarik di pendengaran Qistina.
“Nanti aku fikirkan.” Tapi dengan Lisa juga Qistina malu.
“Malu...malu...tu ja yang hang tau. Tahun ni dah nak abeh tau dak? Kalau lagu ni la, pakai taon depan la hang jumpak balik dengan dia.” Lisa mengingatkan Qistina.
Qistina memejapkan matanya, dengan hasrat dapatlah dia lena. Pandangannya benar-benar kabur, matanya dirasakan bagaikan melekat. Walaupun sudah hampir dua minggu perbualannya dengan Lisa, cadangan Lisa yang menarik sangat-sangat mencuit hatinya.  Dan hampir dua minggu jugalah dia menderita sakit mata. Matanya bengkak hingga sukar hendak dibuka. Teman-teman serumah yang rajin membantunya menjerang air dan menekap matanya dengan tuala yang dibasahi air suam membantu pemulihan mata dan penglihatannya.
‘Sengsaranya sakit mata, susahnya hidup bila tak nampak.’ Qistina mengeluh sendirian.
Qistina insaf apabila mengenangkan kedaifan hidup insan-insan yang tak mampu melihat selamanya. Dia cuma diuji seketika, itupun dia sudah rasa tak sanggup. Dia tinggal sendirian di ASPURI, semua teman-temannya berada di padang sekolah kerana disitulah berlangsungnya sukaneka yang diadakan sebagai acara penutup tahun 1997. Qistina benar-benar bosan, hampa juga apabila gagal bersama kawan-kawan bersuka ria.
Baru saja Qistina mahu melelapkan matanya, dia terasa seseorang memegang tangannya. Sebelum Qistina menjerit, tangan itu memekup mulutnya.
“Qis, tolong...tolong jangan jerit. Ni Adam.” Adam gelabah apabila Qistina meronta mahu melepaskan diri.
Mendengar suara itu, Qistina berhenti meronta. Pantas dia menarik selimut untuk menutup badannya yang hanya memakai singlet dan seluar pendek. Melihatkan kesusahan Qistina yang kurang jelas penglihatannya mencapai selimut, Adam menolong untuk menyelimutkan tubuh kesayangannya.
“Awak dah gila ke?” Qistina rasa bagaikan mahu mencekik Adam.
Dalam kemarahan, Qistina cuba mengawal nada suaranya. Andai tertangkap, pasti mereka berdua akan disabitkan dgn kesalahan. Silap-silap kena buang sekolah. Tak ke cari penyakit namanya tu?
‛Mana mak bapak aku nak letak muka kalo kena tangkap ni.?’ Qistina sangat-sangat susah hati.
“Maafkan saya. Saya tahu, cara saya biadap. Tapi dah tak dak cara lain lagi. Awak tak mau jumpa saya, awak tak mau balas surat saya. Saya dah tau macamana nak communicate dengan awak.” Fahamlah Qistina kenapa Adam bertindak sebegini gila.
“Kalau kena tangkap, dua-dua kita kena buang sekolah. Awak nak ke?” Ugut Qistina.
“Saya tau. Saya akan menghilang, secepat mungkin. Saya nak cakap sikit saja dengan awak. Saya tahu kerja ni kerja gila. Tapi saya tak dak pilihan lain lagi.”
“Cakap la cepat, saya takut ni.” Qistina bagai mahu menangis ketakutan.
Masa depannya pasti gelap kalau mereka ditangkap dalam keadaan begitu.
“Saya sukakan awak. Saya cintakan awak. Saya nak awak jadi teman wanita saya.” Cepat-cepat Adam menghuraikan isi hatinya, tangan kiri Qistina terasa sesuatu memasuki pergelangan tangannya.
Satu ciuman melekat di pipi kiri Qistina dan sepantas itulah Adam berlari keluar. Qistina terpaku. Dia memegang pipi kirinya.
‘Dia cium pipi aku?’ Qistina bagaikan tidak percaya, apa yang baru dialaminya. Separuh hatinya sangat marah dengan perlakuan melampau Adam kerana menciumnya, separuh lagi suka. Nafsu jahat mula menggoda.
Cepat-cepat Qistina beristighfar, mengutuk kealpaannya tunduk kepada nafsu.
Qistina memegang pergelangan tangan kirinya.
‘Macam gelang. Gelang apa ni?’ Perasaan Qistina berkecamuk, namun tangan terus meraba gelang pemberian Adam.
Hanya itu yang mampu dilakukan kerana pandangannya yang terhad.
Segala yang berlaku bagaikan mimpi. Di hatinya, dia juga mencintai Adam. Namun tindakan Adam tetap dirasakannya sebagai keterlaluan. Menceroboh ASPURI adalah salah satu perbuatan yang melampaui batas, ditambah pula dengan mencium pipi anak dara orang. Qistina terasa bagaikan mahu mencekik Adam.
Akhirnya Qistina terlena dalam perasaan yang berbelah bahagi.
“Woi, mangkit.” Syiera mengejutkan Qistina yang sedang nyenyak diulit mimpi.
“Hang sakit mata kan?” Soalan Syiera memeningkan Qistina.
“Hang tak nampak ka mata aku memang sakit? Nak bukak pun tak boleh. Lagi mau tanya.” Qistina memulangkan soalan sebagai jawapan kepada soalan Syiera. Nadanya sedikit keras.
“Tu aku nampak. Tapi la ni, kami semua tengah confuse.” Niza menjawab bagi pihak Syiera.
Confuse apa? Takkan orang sakit mata lena pun hangpa nak confuse. Apa da…” Qistina malas mahu melayan teman-temannya, dia kembali menarik selimut untuk menyambut tidurnya yang terganggu.
Namun hajatnya terbantut apabila Syiera dan Niza berpakat menarik dan menyembunyikan selimutnya.
“Hangpa dua ni tak puas hati tang mana dengan aku?” Qistina berang.
“Hang sakit mata, mata hang tak nampakkan? So, confirm la hang tak boleh pi mana.” Syiera memulakan mukadimahnya.
“Ya la. Dah mata tak nampak, aku nak pi mana? Aku memang ada kat dorm ja.” Qistina mengiyakan kata-kata Syiera.
“Tapi, mai mana hadiah ni? Siap dengan bunga lagi.” Kata-kata Syiera menyentakkan Qistina.
Lisa juga tumpang mendengar dan melihat telatah tiga sahabat itu. Hatinya juga tertarik untuk mengetahui apabila melihatkan jambangan bunga dan hadiah yang berbungkus cantik di sisi Qistina.
“Syiera, ada gelang la.” Tambah Niza yang terperasankan gelang perak yang berkilau di pergelangan tangan kiri Qistina.
“Cuba hang cerita kat kami.” Syiera masih cuba mengorek rahsia.
Qistina masih tercengang.
‘Hadiah? Hadiah apa?’ Qistina keliru.
Memang dia tak faham apa yang cuba disampaikan oleh teman-temannya. Dia juga dah terlupakan kehadiran Adam di sisinya tadi.
Syiera dan Niza mengambil hadiah yang dibalut dengan kertas hadiah bercorak abstrak berwarna merah terang dan diletakkan di atas ribaan Qistina sambil tangan kanan Qistina diletakkan di atas hadiah itu. Qistina meraba-raba bungkusan itu. Pandangan matanya benar-benar kabur. Dia cuma memaksa matanya untuk melihat bungkusan yang berada di atas ribaannya, namun tetap gagal. Dia cuma menambah kesakitan kepada matanya sahaja.
“Apa ni?” Tanya Qistina setelah gagal mengetahui apakah barangnya.
“Yang ni hang tau dak apa?” Syiera mengambil jambangan bunga mawar berwarna merah dan putih yang dibentuk daripada tujuh kuntum mawar merah dan tujuh kuntum mawar putih di letakkan di atas bungkusan tadi yang masih di ribaan Qistina.
“Tujuh rose merah dan tujuh rose putih melambangkan keikhlasan saya untuk bersama-sama awak menyulam rasa kasih di hati kita. Izinkan saya kembali ke hati awak. Kita mulakan buku baru dan jadikan buku lama sebagai teladan. Saya sayangkan awak dan saya tak mau kehilangan awak. Izinkan Qistina – Adam menjadi satu kisah cinta yang suci dan abadi.” Syiera membacakan kad di jambangan bunga itu.
“Pergh...bunga toi la mamat ni.” Usik Syiera dan Niza.
Kecoh seketika keadaan apabila kad titipan Adam dibaca kuat-kuat.
Qistina tersentuh, Adam dah mencuba pelbagai cara untuk menyakinkannya akan ketulusan dan keikhlasannya untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan juga demi kemaafan dek kesilapan lalu.
Qistina tersenyum sendiri.
“Hang tak mau bukak ka hadiah ni?” Qistina menggeleng sebagai jawapan kepada soalan Niza.
“Aku tak nampak, nak bukak buat apa. Nanti hangpa dah tengok sampai basi, baru aku boleh tengok. Mana aci.” Jawapan Qistina mengundang tawa Syiera dan Niza.
“Sampai bila hang nak seksa dia?” Qistina hanya mengukir senyuman hambar.
‘Aku cuma nak dia ingat dan takkan ulangi kesilapan yang sama.’ Qistina meletakkan jambangan bunga di tepi katil dan hadiah di bawah katil.
Qistina membiarkan jawapan itu hanya di dalam hati. Biar disimpan rasa kasih dan sayangnya kepada Adam sendiri.
Adam memilih untuk bersendirian di bawah pohon buluh, tempat mereka berdua selalu bertemu dulu. Walaupun usia hubungan mereka terlalu singkat, namun cukup meninggalkan kesan di hatinya. Dia mengharapkan Qistina merasai getaran yang dirasakannya. Tapi setelah berbulan-bulan di pandang sepi, Adam mula memikirkan kewajaran perbuatannya. Apakah Qistina juga rasa apa yang dia rasa? Apakah Qistina memahami perasaannya?
Gelang perak yang disarungkannya ke tangan Qistina ditempahnya khas dan sepasang. Terukir nama mereka berdua di bahagian dalam gelang itu. Adam mengharapkan Qistina takkan menanggalkannya.
“Hang hilang pi mana tadi?” Sergahan Ijam hampir membuatkan Adam terlompat dari bangku besi yang didudukinya.
Dia mengurut-urut dadanya, keasyikan berkhayal membuatkan dia betul-betul terkejut apabila disergah.
“Nasib baik jantung aku cukup kuat. Kalau dak, dah padam dah aku.” Marah Adam kepada Ijam yang hanya tersengih.
“Hang hilang pi mana tadi? Aku cari hang tak jumpa pun waktu sukaneka tadi.” Ijam mengulangi soalannya.
Puas dia berpusing satu padang dan di ASPURA namun gagal mencari di mana Adam.
“Nak pi mana? Ada kot-kot sini la.”
Ijam menggaru kepalanya. Adam bernasib baik kerana Ijam tidak mencarinya di kawasan itu, kalau tak pasti tembelangnya pecah.
“Ijam.” Adam memanggil teman baiknya perlahan.
Ijam mengerutkan dahi, nada panggilan Adam lain daripada biasa.
“Awat hang ni.” Risau juga dia apabila melihat Adam yang kelihatan buntu.
“Aku ni syok sendiri ka? Teruk sangat ka aku ni sampai dia terus tak mau tengok aku lagi.” Ada nada kesedihan dalam suaranya.
Ijam melepaskan keluhan panjang.
“Aku tak tau nak kata. Aku tak nampak kasih sayang pada dia tapi aku juga tak nampak kebencian dia pada hang. Lagipun, aku bukannya pakar dalam hal ehwal cinta ni.” Ijam cuba menyelitkan sedikit nada lucu dalam kata-katanya.
Adam menundukkan kepalanya ke bawah, melihat jari-jari kakinya sendiri.
“Kalau dia benci, dia mesti buang kad-kad dengan surat-surat hang tanpa baca. Kalau dia benci, dia takkan cepat-cepat lari bila nampak hang.”
“Dia selalu melarikan diri daripada aku hang kata dia tak benci. Aku tak fahamlah.” Bagi Adam, melarikan diri bermakna benci.
“Zack, perempuan dengan lelaki lain. Aku bukan nak naikkan harapan hang, tapi aku rasa dia rasa apa yang hang rasa.” Kata-kata Ijam sememangnya membakar semangatnya yang hampir padam.
“Hang rasa dia pun suka kat aku?” Pertanyaan Adam dijawab dengan anggukan oleh Ijam.
“Pikiaq sendiri. Berikan dia ruang. Teruskan mencuba, selagi dia tak maki hamun hang...selagi dia tak simbah hang dengan ayaq baju kena rendam seminggu.” Kata-kata Ijam disambut dengan gelak tawa.
“Hang gelak pasai apa? Dia tak pernah maki hang kan? Dia tak pernah simbah hang kan? Dan dia juga tak pernah bagi balik kad-kad hang ataupun lempar kad-kad hang masuk tong sampah kan? Sebab kalau dia buat macam tu mesti sekurang-kurangnya Syiera dengan Niza jumpa.” Hati Adam kembali berbunga harapan.
“Dah la tu, tak lari punya gunung di kejaq.” Ijam menepuk bahu Adam sambil bangun untuk kembali ke ASPURA.
“Itu gunung, tak dak kaki. Masalahnya ni manusia, kalau tak ligan melopong la aku.” Adam membalas usikan Ijam sambil bangun dan menyertainya.
Qistina menundukkan wajahnya dan cuba melihat gelang yang disarungkan ke tangannya..
‘Saya nampak kesungguhan awak, tapi saya masih perlukan masa untuk mengatakan ya. Kalau awak jodoh saya, tak ada apa yang perlu awak risaukan.’ Qistina mengukir senyum sendiri.
Dia juga rindukan gurau tawa dan usikan Adam seperti waktu dulu.
 

0 comments:

Followers