Bab 15
“Apa yang cuba awak nafikan lagi? Kemesraan awak dengan jurulatih silat awak tu, budak tadika pun boleh kenai. Awat awak buat saya macam ni?” Cemburu Adam walaupun berasas, tetap merimaskan Qistina.
“Saya kan dah bagitau awak, bukan setakat berpuluh kali tapi dah beratus kali…saya dengan abang Tuah tu just macam anak murid dengan cikgu...macam abang dengan adik. Tak lebih daripada tu. Apa lagi yang awak tak puas hati. Takkan sampai nak suruh saya keluaq silat? Its unfair, Adam.” Qistina mahu Adam mengerti minatnya.
“Okey, kalau macam hubungan jurulatih dan pelatih...macam abang dengan adik…awat hanya dengan awak saja yang saya nampak kemesraan. Renungan dia dan juga perhatian dia. Lain…awak… lain…” Nada suara Adam mula kendur.
Nadanya bertukar sedih. Hatinya pilu…dia tidak mahu kehilangan Qistina.
“Saya dah penat bergaduh dengan awak, kalau penjelasan saya tak dak apa makna bagi awak baik jangan tanya. Anggap saja apa yang awak serkap jarang awak tu betoi.” Qistina berlalu pergi.
Hatinya hiba. Dia cintakan Adam. Tuduhan Adam sememangnya berasas. Abang Tuah memang mencintai dirinya, malah Abang Tuah pernah melamarnya. Kelembutan dan kematangan Abang Tuah menyenangkannya. Namun, bukan cinta yang terukir di hatinya. Dia hanya menganggap Abang Tuah sebagai seorang abang.
Tapi harus dia akui, semuanya salah dirinya sendiri. Kalau tidak kerana dia membenarkan Abang Tuah mendekatinya saat krisis dengan Adam tahun lepas, pasti ini semua takkan berlaku. Kini, dia harus menyelesaikannya sendiri.
Adam sentiasa memerhatikan latihan silatnya setiap kali. Sudah semestinya Adam dapat melihat bagaimana layanan yang Abang Tuah berikan kepadanya.
Qistina mengatur langkah longlainya menuju ke kawasan ahli persatuan silat berkumpul. Adam terus memandang dengan rasa hiba.
Awak dah lain sekarang. Masihkah saya di hati awak? Adam bersoal sendiri di dalam hati.
Adam memerhati dari tepi padang, menonton persembahan silat yang disertai Qistina dan rakan-rakan termasuk Ijam. Persembahan silat ini terbahagi kepada tiga. Bahagian pertama merupakan gerak asas silat yang disertai oleh semua pelajar tingkatan empat. Manakala bahagian kedua pula merupakan acara tempur berpasangan yang juga disertai oleh Qistina.
Qistina berpasangan dengan Sofia yang merupakan rakan sekelas Adam. Ketinggian dan susuk tubuh yang hampir sama memudah dan mencantikkan gerak seni tempur yang dipersembahkan. Entah di mana silapnya, ketika Sofia cuba membanting Qistina jatuh mereka sama-sama tersalah langkah. Adam dapat menangkap kesakitan yang cuba di tahan oleh Qistina. Namun mereka berdua tetap meneruskan persembahan sehingga tamat.
Bahagian ketiga persembahan merupakan persembahan menggunakan senjata daripada pelajar tingakatan lima, di bawah pengawasan jurulatih-jurulatih yang berpengalaman. Namun mata Adam dapat menangkap, pergerakan Abang Tuah yang sedang merawati Qistina.
Hatinya terbakar apabila terpandangkan renungan Abang Tuah kepada buah hatinya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia meluru masuk dan menjauhkan Abang Tuah dari sisi Qistina.
Syiera yang berada di sisi Adam dapat melihat api cemburu yang sedang menyala-nyala apabila melihatkan situasi itu. Pada matanya, tiada apa yang salah apabila jurulatih cuba merawat anak murid yang cedera. Tapi mungkin kerana rahsia hati dan perhatian Abang Tuah yang berlebihan pada Qistina yang membuatkan Adam jadi begini.
“Zack, pasai apa hang ni?” Syiera cuba menyedarkan Adam akan sekelilingnya.
Soalan Syiera dibalas dengan renungan berapi daripada Adam. Syiera terperanjat. Dia tidak pernah melihat sinar mata Adam yang seakan api yang cuba menelan apa saja di hadapannya.
“Zack, mungkin hang marah. Tapi kalau hang terus-terusan macam ni, aku takut Que akan muak. Cuba control sikit cemburu hang.” Syiera cuba melembutkan hati Adam.
Bukan sekali dia mendengar Qistina mengeluh dengan cemburu Adam yang berapi-api. Selalu dia mendengar Qistina membebel sendiri…
“Aku ni bukan la segak tahap ratu cantik…ratu kelas pun belum tentu layak…awat la nak cemburu sangat? Ingat aku ni buat lelong ka semua nak rembat? Patutnya aku yang cemburu, sapalah aku kalo nak dibandingkan dengan dia? Haprak lagi ada la. Sapa la yang nak kat aku, kalo dia bukan kata sapa yang mau…tapi kena tanya sapa yang tak mau?” Kata-kata Qistina bagaikan terngiang-ngiang di pendengaran Syiera.
“Cuba hang pikiaq elok-elok. Que injured, Abang Tuah tu jurulatih dia. Tugas Abang Tuah, pastikan semua anak buah dia selamat. So, bila jadi macam ni dia kena la bertanggungjawab.” Syiera cuba untuk merasionalkan pemikiran Adam yang buta dek cemburu.
Perlahan-lahan Adam beristighfar. Dia kembali tenang.
“Aku takut hilang dia, Syiera. Dia macam makin jauh daripada aku. Seolah-olah cuba elakkan diri daripada aku.” Adam mengeluh.
“Dia bukan menjauh sebab benci. Tapi dia takut. Cemburu hang agak keterlaluan. Berilah dia sedikit ruang untuk bernafas.” Syiera memberi nasihat, lembut.
“Teruk sangat ka aku?” Syiera bersyukur, Adam cuba untuk menerima pandangannya.
“Hang tak teruk. Tapi, kawallah sikit cemburu hang. Kita manusia yang hidup dalam masyarakat. Kita bercampur dan bergaul, janganlah awasi setiap langkah dia. Ni dak, sampai setiap kali dia melangkah setiap kali tu jugak la hang ikut. Berilah dia kepercayaan, itupun kalau hang betoi-betoi suka dan sayang dekat dia.” Adam merenung Syiera yang berada di sisinya.
Mereka duduk bersila di tepi padang. persembahan silat telah pun selesai. Dari kejauhan kelihatan Qistina berjalan perlahan-lahan ke arah mereka. Pergerakannya seakan-akan menahan sakit.
“Thanks, Syiera.” Sempat Adam mengucapkan terima kasih kerana memberi nasihat.
Melihatkan Qistina, segera Syiera meminta diri untuk mendapatkan Ijam yang juga baru selesai persembahan sebagaimana Qistina.
“Aik, mana Syiera nak pi?” Tanya Qistina kepada Adam.
Adam menunjukkan ke arah Ijam dengan hanya memuncungkan mulutnya.
“Comelnya, muncung. Sangkut baju boleh?” Usik Qistina.
Meledak tawa Adam. Syiera memandang dari kejauhan, di sisi Ijam.
‘Moga kalian bahagia.’
0 comments:
Post a Comment