Total Pageviews

Izinku Pergi -9-

Friday, March 18, 2011

| | |

Bab 9
Qistina meneruskan hidup seorang diri, seakan semua perlakuannya tidak menjadi kudis baginya. Sengaja dia mendera hati teman-temannya agar mereka akan lebih menghargai persahabatan. Baginya, menipu sama dengan mengkhianati persahabatan. Perlahan-lahan, Qistina semakin akrab dengan Lisa yang menghuni katil di sebelah kirinya. Lisa merupakan teman sekelas Adam.
Bukan dia tak rindukan gelak tawa dan senda gurau Niza mahupun Syiera. Namun sengaja dikeraskan hatinya. Niza dan Syiera juga hanya mampu melihat Qistina dengan hati yang resah dan bersalah.
“Aku rasa, kita kena semuka dengan Que la. Tak syok la dok macam ni.”
Niza menyambut kata-kata Syiera dengan anggukan. Mereka bertiga bukannya tak bersapa langsung, cuma rasa terasing kerana tiadanya kemesraan. Qistina lebih selesa mengulangkaji pelajaran di belajar ASPURI bersama Lisa sejak kejadian hari itu.
“Que.” Mereka berdua melabuhkan punggung di kiri kanan Qistina.
Qistina menyahut tapi meneruskan kerja rumah lukisan kejuruteraan tanpa mengalihkan pandangannya. Lisa bangun, memberi ruang kepada tiga sahabat itu untuk berbual dan berbicang dari hati ke hati.
“Que, we need to talk.” Niza sakit hati apabila melihatkan ketidakacuhan Qistina.
“La…cakaplah.”
“Que, please. Jangan larikan diri lagi.” Kalau diikutkan hati, mahu saja Syiera merampas papan lukisan daripada Qistina.
Qistina meletakkan papan lukisannya dan memasukkan pembaris berbentuk T ke dalam perut papan lukisan itu.
“Ada apa?” Qistina tahu apa yang mereka mahukan daripadanya.
“Que, kami tau kami salah. Kami tak berlaku jujur dengan hang. Kami akui kami salah, tak bolehkah hang maafkan kami?” Syiera mengendurkan nada suaranya.
Sebolehnya dia dan Niza mahu menamatkan salah faham mereka secepat mungkin. Walaupun mereka baru berkenalan, namun rasa tak lengkap tanpa kehadiran Qistina bersama mereka.
When you really trust someone, you had to be okay with not understanding some things.” Qistina memetik kata-kata yang pernah di bacanya di weblog Real Live Preacher.
Niza dan Syiera tak faham.
It is wise to apply the oil of refined politeness to the mechanisme of friendship.Qistina memetik kata-kata Colette pula.
“Apa yang cuba sampaikan?” Mereka bertanya serentak.
“Aku dah lama maafkan hangpa. Cuma aku nak hangpa kaitkan kepercayaan dan persahabatan. Bagi aku, trust dan friendship saling berkait rapat. Apa yang aku buat selama ni, hanya nak hangpa hargai nilai satu kepercayaan dan persahabatan. Aku juga tau hangpa buat semua ni juga kerana persahabatan, iaitu persahabatan hangpa dengan Adam. Tapi, aku tetap punya hak sebagai seorang sahabat pada hangpa.” Qistina menerangkan pendiriannya.
So, we’re friends again?” Teragak-agak Syiera bertanya.
Qistina mengukir senyum.
Always. Lagipun aku memang tak pernah buang hangpa.” Huluran tangan Syiera untuk bersalam disambut dengan pelukan daripada Qistina. Daripada Syiera, Qistina beralih kepada Niza.
Lisa memandang dengan senyuman.
“Aku nak mintak maaf juga. Aku buat hangpa macam ni sedangkan aku tau hangpa situasi hangpa yang tersepit antara dua sahabat.”
“Macamana dengan Adam dan Ijam?”
“Situasi Ijam macam hangpa. Tapi Adam…” Qistina sengaja menggantung ayatnya dan tersenyum.
“Tapi apa?” Tanya Niza tak sabar.
“Aku masih perlukan waktu.” Jawapan Qistina menoktahkan kata-kata Syiera dan Niza.
Mereka berdua tak mahu mengeruhkan keadaan yang baru saja jernih. Mereka pasti akan bertanya lagi bagi pihak Adam, tapi yang pastinya bukanlah hari ini.
‘Kita akan belajar untuk mencintai apabila kita belajar untuk mengasihi dan menyayangi. Saya dah lama maafkan awak, tapi saya perlukan bukti untuk menyakinkan untuk menerima awak kembali. Mengisi kekosongan hati bukanlah seperti mengisi petak kosong. Sabarlah, saya pasti milik awak andai takdirnya begitu.’
Senyuman di bibir Qistina terus menimbulkan persoalan di benak teman-temannya. Kini mereka mengakui, Qistina sukar untuk diteka hati dan fikirannya. Dia senang menyimpannya sendiri.
 

2 comments:

Unknown said...

suka ayat yg bawah tue..sweet

ibuRayy4n said...

thanks, Iefa

Followers