Total Pageviews

Terlanjur Cinta -32-

Tuesday, May 10, 2011

| | |
Lama jugak aku ilang, sibuk dgn few personal matters...


Bab 32
Selepas tiga hari melahirkan kembar comel yang diberi nama Nurzaiham dan Nurzaihani barulah mereka berdua teringatkan keluarga di kampung.
“Cemana ni awak? Saya lupa la nak bagitau tok. Hari tu banyak kali tok pesan suruh bagitau bila saya nak bersalin. Dia nak suruh saya balik pantang kat kampung.” Zuhrin termenung panjang mendengar soalan daripada Nurin.
Dia tiada akal bagaimana nak menangani masalah mereka. Menghantar Nurin ke kampung bermakna, dia takkan berpeluang menghabiskan masa menjaga isteri dan anak-anaknya.
“Saya tahu, awak belom sedia. Saya faham, saya tak marah.” Nurin melihat Zuhrin terhenti daripada mengemas barang-barangnya dan jugak anak-anak.
Mereka akan keluar daripada hospital bersalin sekejap lagi.
Zuhrin berkalih dan memandang sayu isterinya.
Nurin hanya mengukir senyum, dia tak mahu menambah beban atau masalah suami. Dia mahu jadi isteri yang menyenangkan hati suami.
“Maafkan saya.” Air mata Zuhrin bergenang.
Nurin menghulurkan tangannya dan tangannya disambut Zuhrin. Nurin menarik lembut Zuhrin untuk duduk di sisinya di atas katil hospital.
“Awak, saya tahu awak sentiasa cintakan saya. Kalau awak tak cintakan saya, awak takkan buat keputusan sebesar ni dalam hidup awak. Saya dah bersedia dengan segala kemungkinan asalkan saya tahu yang awak sentiasa cintakan saya.” Nurin meletakkan tangan mereka berdua di dada Zuhrin.
“Terima kasih.” Tiada kata-kata selain ucapan terima aksih yang mampu Zuhrin ucapkan atas tolak ansur Nurin.
“Macam nilah, awak hantaq saja saya balik rumah tok. Cakap saja, awak menunaikan amanah suami saya untuk hantaq saya balik rumah tok. Tapi tak perlulah awak huraikan siapa suami saya. Cukup sekadar itu. Kita tak perlu menambah dosa dengan berbohong lagi.” Zuhrin mengangguk lemah.
Seperti yang dijangka semua orang terperanjat apabila melihat Zuhrin membawa pulang Nurin balik ke rumah tok bersama dua orang anak mereka.
Seperti yang dikatakan Nurin, Zuhrin sekadar memberitahu dia menunaikan amanah suami Nurin untuk Nurin berpantang di kampung kerana dia tak dapat menunaikan tanggungjawabnya buat sementara. Hanya kemaafan dititip kerana ketidakupayaannya.
Tanpa soalan banyak, tok yang gembira melihat cicit-cicitnya pantas menyiapkan bilik bawah bersama Maksu untuk Nurin berpantang.
Zuhrin perasan, ada banyak tanda soal di wajah beberapa bapa-bapa saudaranya. Namun sengaja dia menyibukkan diri dengan harapan dapat melepaskan diri buat sementara waktu.
Azam Zuhrin, dia akan menyelesaikan semua masalah mereka secepat mungkin. Dia tak mahu terus melayan Nurin bagaikan kekasih gelap sedangkan Nurin isterinya yang sah.
Nurin mencuri pandang kepada Zuhrin dan sibuk mengangkat barang-barangnya dan anak-anak dari kereta ke dalam bilik yang baru disiapkan oleh tok. Sepantas internet berita kelahiran anak-anak mereka tersebar di seluruh kampung.
Rumah tok mula penuh dengan saudara mara dan tetangga untuk berziarah dan melihat orang baru. Nurin sangat-sangat terharu dengan perhatian yang diberikan. Oleh karan Nurin bersalin secara normal, tok mula menyuruh Pak Tam mencari daun-daun kampung untuk dibuat mandi dan juga menepah bidan untuk mengurut Nurin selepas sepuluh hari.
Dalam kekalutan itu, Nurin sempat menitipkan sms buat Zuhrin.
“Terima kasih kerana mengahwini saya, terima kasih kerana memberikan saya kasih sayang sepenuhnya dan terima kasih kerana awak, saya kembali memiliki keluarga.”
Zuhrin tersenyum sendiri membaca sms Nurin.
“Terima kasih kerana menjadi suri hidup saya, terima kasih kerana melengkapkan hidup saya, semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati dan semoga cinta kita membawa ke syurga.” Balasan sms Zuhrin juga membuatkan Nurin tersenyum sendiri.

0 comments:

Followers