Bab 20
Mereka berjalan beriringan tangan sambil melewati kedai-kedai di Megamal Pinang.
“Dah lama saya tak mai sini.” Zuhrin memarkir kereta di tingkat yang paling hampir dengan tingkat yang menempatkan Panggung Mega Pavillion.
Mereka merancang untuk menonton wayang, buat pertama kalinya sejak mereka mengenali antara satu sama lain. Hendak menonton di Sungai Petani, takut ada mata yang memandang. Hendak menonton di Pulau Pinang, terasa jauh tambahan pula mereka menonton tayangan lewat malam.
“Dulu saya selalu juga mai sini dengan abang saya. Main game.” Zuhrin tersengih.
Nurin terus menyuap mulutnya dengan McFlurry Oreo yang dibeli melalui McDonald kaunter pandu lalu di Seberang Jaya.
“Saya pun dah lama tak mai sini. Dulu selalu jugak saya mai dengan Didi. Window shopping.” Nurin melihat Zuhrin yang sedang membuka bungkusan burger Fillet O Fish dan dia meneruskan suapan aiskrim McFlurry ke dalam mulut.
“Ala...cakap ja awak borong satu Megamal ni, window shopping konon.” Usik Zuhrin.
Nurin menarik muka, terasa dipermainkan.
“Saya cakap betul apa. Cuba balik nanti awak buka almari baju dengan kasut awak. Cuba awak kira. Atas meja solek pun cuba awak kira perfume awak.” Sengaja Zuhrin menghangatkan suasana dengan terus-terusan mengusik isterinya.
Nurin tahu, dia memang suka berbelanja, kononnya sebagai terapi menghilangkan kesunyian. Namun dia cuba sedaya mungkin mengelakkan berbelanja menggunakan kad kredit kerana dia tidak suka berhutang.
“Awak tahu tak, shopping tu satu terapi untuk tekanan.” Nurin mahu melepaskan dirinya.
Zuhrin ketawa besar.
“Betoi. Tapi, pembaziran kan saudara syaitan. Saya tahu, awak ada duit tapi tak elokkan membazir?” Zuhrin cuba mengingatkan.
Nurin hanya mengangguk, mengakui kebenaran kata-kata suaminya.
“Saya tak halang awak berbelanja, itu hak awak. Tapi, beringat sikit ya sayang. Kita tak tahu apa yang menunggu di nanti-nanti.” Nurin mengangguk lagi.
Dia tak tahu apa perasaannya kini.
“Ala...jangan la buat muka macam ni, sayang. Kesian saya.” Zuhrin memegang dagu Nurin apabila terperasankan riak wajah Nurin yang berubah apabila dinasihat sebegitu.
Zuhrin tahu, mungkin susah untuk isterinya menerima teguran. Bertahun-tahun dia hidup sendirian, tanpa ada sesiapa yang mengambil peduli tindakannya. Namun sebagai suami, Zuhrin rasa dia bertanggungjawab untuk menegur mana-mana perlakuan yang tidak wajar ataupun perlukan teguran.
Nurin mengukir senyuman hambar. Dia cuba untuk mengembalikan suasana riang tadi, tapi dia terasa sedih. Entah kenapa.
“Awak, sorry. Senyum sikit. Jangan la macam ni.” Zuhrin menarik Nurin ke dalam pelukannya.
Nurin membalas pelukan Zuhrin. Zuhrin terasa air hangat membasahi baju T Giordano berwarna kelabu tua.
“Sayang.” Nurin memperkemaskan pelukannya apabila mendengar panggilan Zuhrin.
Zuhrin rasa bersalah, kerananya Nurin mengalirkan airmata. Zuhrin juga memperkemaskan pelukannya kepada Nurin. Buat seketika mereka begitu, badan Nurin terasa bergegar dek esakannya.
Selepas hampir sepuluh minit, barulah Nurin melepaskan pelukannya. Zuhrin terasa lenguh sebenarnya apabila dipeluk dengan kuat oleh Nurin. Namun dia berlagak selamba.
“Sorry.” Nurin memohon maaf samabil mengesat airmatanya dengan jari.
Zuhrin membantu Nurin mengesat airmatanya dengan sapu tangan.
“Maaf?” Zuhrin tak faham, kenapa perlu Nurin meminta kemaafan daripadanya.
“Saya merosakkan mood happy kita. Sorry.” Zuhrin menggelengkan kepala.
“Just forget about it. Hidup perlu diteruskan. Dalam hidup pasti ada suka dan duka. Tapi saya lebih suka kalau kita lupakan kedukaan dan mengenang saat bahagia supaya ia akan terus menjadi kekuatan buat kita.” Zuhrin menggenggam erat tangan isterinya.
Nurin menundukkan kepalanya, namun Zuhrin dapat melihat Nurin menganggukkan kepalanya.
Zuhrin menarik hidung Nurin dan mereka ketawa bersama.
Zuhrin mengukir senyum apabila melihatkan Nurin ketawa. Hatinya lega kerana rajuk Nurin tidak berpanjangan sementelah dia sendiri tidak tahu memujuk kerana tidak berpengalaman dalam bercinta.
Mereka meneruskan rancangan mereka untuk menonton wayang dengan perasaan yang kembali berbunga. Mereka memilih untuk melupakan ketegangan tadi dan terus menikmati saat-saat bahagia bersama.
Obsession with Maroon
2 years ago
0 comments:
Post a Comment