Total Pageviews

Terlanjur Cinta -22-

Tuesday, October 12, 2010

| | |
Bab 22


Didi risau, dah dua hari Nurin demam teruk. Apa saja yang masuk ke dalam mulutnya pasti akan keluar kembali. Seteguk air yang diminum, satu jag yang dimuntahkannya. Entah dari mana datangnya. Didi mengetap bibir, geram kerana Nurin berdegil tak mahu ke klinik mengambil ubat dan MC kerana tugas di pejabat yang menimbun.

Bukan sahaja Didi yang resah, Zaim di pejabat juga susah hati apabila melihatkan keadaan Nurin.

“Awat you refuse untuk pi klinik? Kan baik kalau you pi klinik dapatkan rawatan, ambik ubat dan MC. So, you bolehlah balik dan berehat di rumah.” Zaim dah penat melihat Nurin yang benar-benar tak bermaya tapi masih terus berusaha menyiapkan projek terbarunya.

Nurin mengeluh.

“You boleh ceritakan kat I kalau you ada masalah.” Zaim memang risaukan Nurin.

Nurin menggelengkan kepalanya.

“Nurin...” Panggil Zaim dengan lembut.

Nurin menyeka airmatanya.

Zaim menarik satu lagi kerusi dan duduk di sisi Nurin yang sebelumnya dibatasi dengan mejanya. Mungkin perbualan tadi merupakan perbualan antara pekerja dengan orang atasan. Namun, kini dia cuba mewujudkan satu perbualan antara seorang abang dan adik apabila melihat Nurin yang kelihatan semakin keras hatinya.

Nurin cuba mengukir senyum apabila melihat Zaim di sisi.

“Nurin yang saya kenai tak mudah mengalirkan airmata.” Zaim mengenali Nurin sebagai seorang wanita yang cukup cekal.

“Nurin...” Zaim belum putus asa.

“I tak mau rehat di rumah. Seorang diri di rumah buatkan I lebih sakit. I miss him... I don’t know how to face another day without him, around.” Sememangnya Nurin amat merindui Zuhrin yang telah kembali ke Adelaide dua minggu yang lalu.

“Dua puluh enam tahun I hidup tanpa dia, I tak pernah kenal pun dia sebelum ni. Tapi selepas beberapa bulan mengenali dan mencintai dia, I dah tak boleh hidup tanpa dia.” Akhirnya Nurin menzahirkan perasaannya kepada Zaim dengan linangan airmata.

“Itulah cinta, princess. Hargailah segala yang kita ada sebelum ianya berakhir atau kehilangan. Kita kena pi klinik. You kena ambil ubat dan you kena rehat. Cuba you bayangkan, macamana kalau Zuhrin tau keadaan you di sini. Macamana dia nak tumpukan perhatian kepada pelajaran? Inikan final semester untuk dia?” Zaim memberi semangat dan satu peringatan kepada Nurin.

Dalam diam Nurin mengakui kebenaran kata-kata Zaim.

‘Kalaupun aku rindukan dia, kenapa mesti aku hukum diri aku sendiri? Macamana kalau dia tau? Bolehkah dia concentrate? Mahukah aku jadi sebab kegagalan dia?’ Nurin bermonolog sendirian.

Nurin akhirnya mengalah dengan Zaim, Zaim menemani Nurin ke klinik panel syarikat yang berhampiran.

‘Assalamualaikum, ya habibi.’ Nurin suka memanggil Zuhrin sebagai habibi yang bermaksud sayangku bila berhubung melalui Yahoo Messanger.

‘Waalaikumussalam, ya habibah.’ Jawab Zuhrin yang jauh di perantauan.

‘Masih sibuk dengan tesis?’

‘Ya, tapi masih punya masa untuk merindui awak.’ Jawapan Zuhrin amat membahagiakan Nurin.

“    ” Jawapan Nurin mengundang senyuman Zuhrin yang sebenarnya agak tertekan dengan kajian untuk kertas kerjanya dan kerja sambilannya sebagai peragawan.

‘Saya tengah peluk awak. Awak rasa tak? Saya rindu sangat dekat awak, sebab tu saya nak peluk awak kuat-kuat.’ Kata-kata Zuhrin mengalirkan airmata Nurin.

‘Kalau awak tak bagitau pun...saya dapat rasa. Awak...saya pun rindu kat awak. Rindu sangat-sangat.’ Mereka berdua mengalirkan airmata kerinduan.

‘Sabar ya, sayang. Tak lama lagi kita akan kembali bersama. Kita takkan berpisah lagi, insya-Allah.’ Zuhrin cuba berlagak kuat, sedangkan sebenarnya dia sendiri tak mampu menanggung kerinduannya kepada permaisuri hatinya.

‘Kami perlukan awak.’

‘Kami?’ Tanya Zuhrin.

‘Kami tunggu awak balik. Awak janji tau, awak akan jaga kami dan kasihi kami sepenuh hati awak.’ Zuhrin rasa pelik, Nurin tidak pernah membahasakan dirinya sebagai kami.

‘Apa yang cuba dia sampaikan?’ Zuhrin cuba berfikir sendiri.

‘Awak...awak pregnant?’ Teragak-agak Zuhrin bertanya, takut-takut serkapannya jarang.

Nurin tersenyum, Zuhrin dapat meneka maksud mesejnya.

‘Ya, awak. 5 minggu.’ Jawapan Nurin terasa melengkapkan kehidupan bahagianya.

Zuhrin hampir menjerit kerana sungguh dia tak percaya. Segalanya bagaikan mimpi.

Zuhrin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengurniakannya rezeki ini di saat usianya masih muda. Hilang segala rasa tekanan dan diganti dengan rasa kebahagiaan sehingga dia rasa terawang-awang dan bagaikan sedang terbang. Kalaulah Nurin di sisinya saat ini, pasti dia akan memeluk Nurin erat-erat kerana memberikan berita sebaik ini.

Namun tak Nurin khabarkan kepada Zuhrin tentang masalah alahan teruk yang dialaminya. Biarlah Zuhrin bahagia dengan berita baik ini, bukannya risau. Nurin telah memutuskan begitu.

Nurin telah mendapat berita gembira ini sebaik mengalah kepada pujukan Zaim untuk ke klinik mendapatkan rawatan. Dengan berita ini, Nurin telah bulat dengan satu keputusan yang telah sekian lama difikirkannya.

Mentari pagi Isnin bersinar galak menyambut kedatangan minggu baru. Nurin rasa agak baik hari ini. Sejak dua menjak ini, kesihatan Nurin amat teruk kerana alahan yang dialaminya. Selepas hampir seminggu berehat, Nurin kembali bekerja. Namun kerana risau dengan tahap kesihatannya, Nurin meminta bantuan pekerja-pekerjanya untuk menjadi pemandunya.

“Morning, princess.” Zaim menyapa ceria apabila melihat Nurin kembali bekerja.

Dengan hanya senyuman, Nurin menghulurkan sepucuk surat kepada Zaim.

“Surat?” Nurin hanya mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Zaim itu.

“Don’t tell me...surat ni...” Zaim tak sanggup untuk meneruskan kata-katanya sendiri.

Nurin menganggukkan kepalanya.

“Tapi...”

“I dah janji pada Zuhrin dan pada diri I sendiri. I akan resign bila I dah pregnant sebab I nak uruskan anak-anak I sendiri dan juga business I. Dah sampai masanya untuk I pulang ke asalnya dan uruskan apa yang telah ditinggalkan untuk I. I harap you dapat hormati keputusan I.” Nurin memintas kata-kata Zaim dengan impian dan janjinya kepada Zuhrin dan dirinya sendiri.

Zaim terdiam. Dia kelu dan buntu. Kehilangan Nurin bermakna jabatan mereka akan kehilangan seseorang yang cukup komited dengan kerjayanya dan juga idea-idea kreatif.

“I tau, berat untuk you terima keputusan I ni. You yang banyak didik I sampai tahap ni.” Nurin amat berterima kasih atas peluang yang telah Zaim berikan kepadanya.

Zaim tahu, dia tak berhak menghalang. Nurin punya hak untuk memilih jalan yang terbaik dalam hidupnya.

“Baiklah, I hormati keputusan you. Tapi kalau you berubah fikiran satu hari nanti dan I masih di sini, you boleh bagitau I. Pintu RND department sentiasa terbuka untuk you.”

Mereka sama-sama mengukir senyum. Dek kerana masih banyak cuti Nurin yang berbaki, notis sebulan telah menjadi notis dua puluh empat jam. Dengan berat hati, Zaim melepaskan Nurin pergi dengan doa agar Nurin sentiasa bahagia dengan pilihannya.

Sebenarnya Nurin juga berat untuk meninggalkan H2H yang telah memberikannya peluang membina diri dan juga keyakinan. Persahabatannya dengan Zaim juga bukan sekadar persahabatan lagi. Kemesraan dengan isteri dan anak-anak Zaim buatkan rasa seperti berkeluarga dengan pengurusnya itu.

Nurin bangun untuk kembali ke tempatnya untuk mengemaskan barang dan menguruskan urusan perletakan jawatannya. Baru beberapa tapak Nurin melangkah keluar dari bilik Zaim, tubuh Nurin melayang jatuh dan tersepuk di lantai. Zaim yang masih di kerusinya melompat bangun dan menerpa ke arah wanita muda itu.

Teman-teman yang melihat juga kelam kabut mendapatkan Nurin. Nurin dikejarkan ke bilik kesihatan, namun apabila melihatkan keadaan Nurin yang benar-benar lemah dia telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Zaim benar-benar susah hati, dalam keadaan kelam-kabut sempat juga dia menghubungi isterinya dan Didi untuk hadir ke Hospital Metro.

“Abang tak tau apa nak buat.” Zaim mengadu kepada isterinya.

Ros memeluk Zaim lembut.

“Abang jangan risau. Nanti kita ikhtiarkan cari air tawar untuk Nurin.” Ros memujuk Nurin.

Didi menemani Nurin yang masih belum sedarkan diri. Nurin dimasukkan air kerana badannya kekurangan air akibat muntah-muntah dan alahan. Badannya mengalami dehidrasi yang serius.

Menurut doktor yang baru berlalu, Nurin perlukan nutrien dan rehat yang secukupnya. Nurin terpaksa ditahan di wad selama sekurang-kurangnya seminggu, bergantung kepada tahap perkembangan kesihatannya hari ke hari.

“Tak palah, kak Ros, abang Zaim...biaq saya yang temankan Nurin. Terima kasih kerana mengambil berat.” Didi bersalam dan seterusnya memeluk erat isteri Zaim.

“Nurin dah macam adik saya. Didi tak perlulah berterima kasih macam ni. Lepaih dia keluaq hospital ni nanti, kita bawa dia jumpak bidan kampung untuk ikhtiarkan ayaq tawaq untuk kurangkan alahan dia.” Rosnah menggenggam erat tangan Nurin.

‘Babe, aku ada sini...aku takkan tinggalkan hang. Kuatkan semangat hang, tau.’ Didi kembali memegang tangan Nurin sebaik sahaja Zaim dan isterinya beransur pulang.

Didi akan menemani Nurin di hospital, itu tanggungjawabnya. Syukurlah suaminya, Emil memahami persahabatan mereka dan memberi keizinan untuk menemani teman kesayangannya.

0 comments:

Followers