Total Pageviews

Terlanjur Cinta -25-

Friday, October 22, 2010

| | |

Bab 25

Nurin melangkah masuk ke rumah Tok Leha bersama Didi selepas dijemput masuk oleh tuan rumah. Rosmah tidak mengikut mereka untuk kunjungan kali ini kerana anaknya demam.

Nurin dan Didi terpaku melihat hampir sepuluh orang bagaikan sedang menunggunya.

“Ramai orang mai berubat hari ni, tok?” Nurin cuba berbasa basi.

Tok Leha hanya membalas dengan senyuman. Hati Nurin berdebar-debar.

“Chek dua dok dulu, na. Tok nak masuk sat.” Tok Leha meminta izin ke dalam sebentar dan keluar kembali ke ruang tamu bersama album kecil yang kelihatan sudah lama. Ini menambahkan lagi tandatanya di hati Nurin dan Didi.

“Sebenaqnya, hari ni tok bukan nak mengubat chek lagi. Tapi, tok ada benda yang tok nak tanya.” Degupan jantung Nurin kian terasa. Entah kenapa dadanya terasa sesak dan senak bagaikan terhimpit batu yang amat besar.

Walau bagaimanapun, Nurin tetap menganggukkan kepalanya. Didi menggaru kepalanya yang tidak gatal mendengar kata-kata Tok Leha.

“Chek asai orang mana?” Soalan yang menimbulkan kecurigaan Nurin dan Didi.

“Sini.” Nurin menjawab sepatah.

“Mak chek nama Nurhanis?” Jantung Nurin bagaikan mahu luruh dari tangkainya mendengar nama mamanya disebut.

Nurin mengangguk perlahan.

“Pak chek, Faizal?” Nurin mengangguk sekali lagi tapi dalam masa yang sama, semua tetamu Tok Leha bangun mengelilingi Nurin dan Didi.

Seribu persoalan bersarang di kepada Nurin dan Didi.

“Tok kenai mama dengan papa?” Antara dengar dan tidak Nurin melontarkan soalan.

Tapi bukan jawapan yang diterima melainkan pelukan seorang wanita tua dari kalangan tetamu Tok Leha.

“Cucu tok....Allahuakbar...cucu tok....tok ingat sampai tok mati pun tok takkan jumpak anak cucu tok lagi.” Nurin lepas bila dipeluk dengan tiba-tiba dan dicium bertalu-talu di kiri kanan pipinya. Bingung.

“Mak pak chek sihat?” Tok Leha bertanya selepas wanita tua itu melepaskan pelukannya.

Nurin dan Didi saling berpandangan.

“Mama dengan papa dah lama meninggai.” Tersekat-sekat suara Nurin.

Nurin dapat merasakan ikatan antara tetamu Tok Leha, cuma dia tak pasti.

“Tok, boleh tok bagitau saya apa yang sebenaqnya? Saya confuse.” Nurin tak mahu berteka-teki, dia mahukan jawapan untuk semua persoalan.

Tok Leha menarik tangan Nurin dan juga wanita yang membahasakan dirinya sebagai tok sebentar tadi.

“Ni, tok Nurin. Mak kepada mak Nurin.” Tanpa sengaja Nurin merentap tangannya dari pegangan Tok Leha.

Nurin menggelengkan kepalanya, segala bagaikan tak mungkin terjadi. Didi yang berada di sebelah Nurin juga tersentak.

Hampir lima minit Nurin merenung wanita tua yang dikatakan ibu kepada mama, perlahan-lahan Nurin akui wanita itu memang irasnya dan juga mama. Nurin kembali merapati wanita yang dijauhinya sebentar tadi.

“Tok?” Nurin bertanya, sebagai kepastian.

Tok mengangguk.

“Nurin cucu tok?” Nurin bertanya sekali lagi.

“Kalau chek anak Anis dengan Faizal, Nurin cucu tok.” Dalam kepayahan tok menuturkannya.

Kehilangan seorang anak bukannya mudah. Anak yang menghilangkan diri lebih 27 tahun lalu memang takkan ditemuinya lagi. Tok sebak dan amat sedih.

“Nurin sangka sampai bila pun Nurin takkan jumpa keluarga sendiri. Nurin sebatang kara, tok.” Walau tak pernah mengenali wanita yang mula dipanggilnya tok itu, Nurin mudah meluahkan hatinya.

Tok dan semua tetamu makin hiba mendengar luahan hati Nurin.

“Nurin tak sangka, keluarga Nurin dekat ja.” Luahan Nurin amat menyayat hati semua. Didi juga turut menangis melihat pertemuan ini.

0 comments:

Followers