Total Pageviews

Terlanjur Cinta -26-

Tuesday, October 26, 2010

| | |
Bab 26

Assalamualaikum, ya habibi...

Hari ni merupakan hari yg paling gembira dalam hidup saya, selain saat-saat kita bersama.

Pasti awak tertanya-tanya, apa lagi yang boleh saya buat saya gembira selain bersama awakkan? Jangan cemburu ya, sayang. JJJ

Macam yang awak tau, hari ni saya ke rumah Tok Leha lagi...macam yang Tok Leha pesan...dan awak nak tau apa yang jadi? Tok Leha bukan nk ubatkan saya, tapi tok leha nak temukan saya dgn keluarga yang sangat-sangat saya idamkan. Tok Leha bawakan tok dan adik beradik mama walaupun bukan semuanya.

Syukur Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa saya untuk jumpak keluarga mama papa. Tok sangat-sangat sedih bila tau mama dan papa dah lama tiada. Tapi tok sangat-sangat bersyukur sebab masih adanya saya. Saya tak sabar nak temukan awak dengan keluarga baru saya.

Sekurang-kurangnya, awak tak perlu risaukan saya sangat di sini, saya ada keluarga bersama-sama saya. Saya khabarkan pada depa yang suami saya masih menuntut di luar negara dan bakal pulang tahun ni. Wajib khabarkan tu, saya tak mau adanya prasangka melihat anak menakan yang hamil tapi suami tak bersama. J .Mereka semua x sabaq nk jumpak awak jugak.

Awak tau, sayang. Saya rasa hidup saya hampir lengkap. Allah kurniakan saya, suami yang amat mencintai saya, sepasang anak yang kini hidup dalam rahim saya dan kini keluarga besar mama yang mula mengasihi saya. Saya tak mintak banyak awak, saya cuma minta Allah permudahkan laluan hidup kita dan berkati rumahtangga kita.

Saya juga nak mintak izin awak untuk bertemu keluarga saya dan mungkin bermalam di sana sebab tok ada ajak saya balik kampung. Tak sabaq saya rasa nak makan masakan tok, dah lama tak dak orang tua yang masakkan untuk saya selain mak Didi dan makcik-makcik kedai makan. Heheheh...

Salam sayang, dari kami.... J

Sebaik habis membaca email daripada Nurin, Zuhrin menunaikan sujud syukur. Dia sangat-sangat gembira dengan perkhabaran itu.

Zuhrin mencongak hari untuk kembali bersama Nurin. Lagi empat bulan, waktu tu kandungan Nurin hampir memasuki tujuh bulan. Sempat untuk dia menyambut kelahiran anak-anaknya jika diizinkan Allah. Zuhrin tersenyum kebahagiaan sambil cuba membayangkan fizikal isterinya apabila sudah sarat nanti.

Tak sabar mahu kembali ke sisi Nurin, mahu meringankan tanggungan Nurin.

Nurin mengusap kandungan yang masih belum membesar. Dia benar-benar rasa bahagia saat ini. Walaupun tok dan abang kakak mama menangis mendengar berita pemergian mama lebih dua puluh tahun lalu, dia bersyukur kerana Allah mempertemukannya dengan orang-orang yang boleh dipanggil keluarga.

Sudah lama dia mengimpikan untuk mengenali keluarga mama dan papa, namun tanpa apa-apa maklumat Nurin tak berdaya mencari mereka. Tangisan tok benar-benar meruntun hatinya, tok benar-benar sedih kerana tak dapat bertemu anak kesayangannya lagi selepas merindu sekian lama.

Rupa-rupanya, kunjungan Nurin tempohari benar-benar mengejutkan Tok Leha. Patutlah Tok Leha bagaikan terpaku apabila melihat Nurin. Keadaan Nurin yang benar-benar tak bermaya mematikan hasratnya untuk bertanya, kerana itulah Tok Leha berpesan supaya Nurin kembali dua minggu kemudian.

Rupa-rupanya Tok Leha merupakan adik kepada tok Nurin. Khabar yang tak pasti disampaikan kepada seorang ibu yang sangat rindukan anaknya. Walaupun berulangkali Tok Leha menerangkannya yang dia tak pasti, tok tetap mahu bertemu Nurin. Biar benar-benar pasti, hati tuanya tak mampu untuk terus lagi merindu.

Nurin tersenyum apabila teringatkan cerita Tok Leha dan Tok tadi. Dia juga diperkenalkan dengan saudara mama, Pak Long, Mak Long, Mak Tam, Pak Tam dan juga Maksu.

Menurut tok, dia berhasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan pertemuan mereka sambil memperkenalkan Nurin dengan semua saudara mara. Silaturrahim yang terputus wajib disambung semula. Itu pendirian tok dan Nurin juga berkongsi pendirian yang sama. Nurin terus tersenyum.

0 comments:

Followers