Alhamdulillah, selesai sudah project Ceritera Cinta dipihak aku. Kalo ada berita gembira...insya-Allah akan aku khabarkan kepada semua kengkawan.
Lupa lak...congrats to my beloved friend Wahuda utk baby 10.10.10. Cantik nombor tu...hahaha...Aku x sabaq nk jumpak hang dgn baby. Insya-Allah...kalo x dak apa aral...aku mesti pi tgk hang. Windu sgt kat hang tau....
Utk Wahida dan kengkawan yg dok follow crita ni...have fun ya (tp fun ka)....^_^
*********************************************************************************
Bab 23
Dah dua hari Zuhrin cuba menghubungi Nurin melalui YM, emel dan telefon bimbit namun semua usahanya hampa. Zuhrin memutuskan untuk menghubungi telefon bimbit Ina. Hanya itu yang terlintas di fikirannya kini.
“Kak Ina, Nurin pi mana? Dah dua hari saya try contact dia. Tapi, tak dapat.” Zuhrin dah terlupa untuk mengucapkan salam.
Dia terus menyergah Ina sebaik saja nombor yang dihubunginya berjawab.
“Zuhrin?” Ina hanya mengagak apabila mendengar sergahan mengenai Nurin kerana setahunya, Nurin tak punya sesiapapun lagi selain Didi, Zaim dan Zuhrin.
“Ye, kak. Maaf, terlupa nak kenalkan diri. Saya risau ni…dah dua hari saya tak dapat contact dia. Ada apa-apa yang saya tak tau?” Zuhrin dapat merasakan sesuatu telah terjadi dan cuba disembunyikan daripada pengetahuannya.
Zuhrin tak tahu, kenapa dia harus berfikiran begitu. Ina kelu. Dia tak tau macamana nak bagitau Zuhrin.
“Kak, apa dah jadi?” Zuhrin menjadi cemas apabila Ina mendiamkan diri.
“Zuhrin, sebenaqnya dah dua hari Nurin admitted. Dia ada kat Metro la ni. Dia pengsan kat office hari tu. Sebenaqnya, sejak mengandung ni Nurin alah teruk...tapi dia tak mau Zuhrin susah hati.” Zuhrin memang susah hati sebaik sahaja mendapat perkhabaran itu.
Dia macam mahu menangis.
“Awat kak? Saya kan suami dia.” Suara Zuhrin mula layu.
Hatinya pilu.
“Zuhrin, jangan pikiaq pelik-pelik. Nurin tak mahu Zuhrin tau sebab dia tak mau Zuhrin susah hati. Dia takut Zuhrin tak boleh concentrate dengan study. Jangan marah dia na.” Ina takut Zuhrin menyimpan apa saja prasangka buruk kepada Nurin.
Sebagai antara orang yang hampir dengan Nurin, Ina tak sanggup menerima apa saja prasangka buruk kepada wanita muda itu.
Zuhrin menarik nafas, untuk menenangkan perasaannya.
“Saya tak marah, kak. Saya cuma sedih...sangat-sangat sedih. Saya tak mampu berada di sisi dia di saat dia amat memerlukan saya. Saya rasa bersalah, bersalah sangat-sangat.” Zuhrin melahirkan rasa hatinya saat ini.
“Dengaq sini Zuhrin, Nurin terlalu sayangkan Zuhrin. Bagi dia, Zuhrin adalah segala-galanya. Kalau betoi Zuhrin sayangkan dia...cintakan dia, kak Ina harap Zuhrin akan menghargai setiap pengorbanan yang dah Nurin lakukan. Bukan senang tau, nak mengandung tanpa ditemani suami.”
“Insya-Allah, kak. Saya akan pertahankan cinta kami sehingga ke akhir hayat saya, kak.” Zuhrin memberikan ikrar cintanya kepada Ina.
‘Semakin berat dugaan yang harus kita lalui, semakin dalam kasih saya kepada awak. Percayalah sayang, saya akan menemani awak sepanjang hidup ini supaya awak kekal bersama saya selamanya. Awak kebahagiaan saya, saya tak pernah mengetahui erti cinta sebenar sebelum mengenali awak. Saya akan bayaq tiap tangisan dan kesusahan yang awak tempuh dengan tetap setia mencintai awak, selamanya. Moga Allah merahmati kebahagiaan rumahtangga kita berdua.’
Walaupun agak kecil hati, namun Zuhrin cuba mengawal emosinya dengan memahami pendirian Nurin. Apa yang dilakukan Nurin adalah semata-mata untuk kebaikannya. Kalau diikutkan hasutan syaitan, pasti dia akan terus rasa tidak diperlukan dan semakin rendah diri.
Nurin terlalu lemah. Sejak terlantar di hospital kerana kekurangan air, tubuhnya terasa makin lemah. Seleranya mati, air dimasukkan untuk membantunya agar terus bertenaga. Didi tetap setia menemaninya setiap hari, selepas waktu pejabat di situlah Didi berkampung. Nurin benar-benar berterima-kasih kepada Didi dan suami yang amat memahami dan mengasihaninya yang sendirian.
“Princess.” Nurin mengukir senyum dalam kelemahan apabila namanya dipanggil.
“Zaim, Kak Ros.” Mereka berdua mengukir senyum.
“Lusa, Nurin dah boleh keluaq. Nanti, kak Ros bawa Nurin pi berubat kampong na. Kita cari ayaq tawaq.” Ros memegang tangan Nurin.
“Ayaq tawaq?” Didi bertanya.
“Ya. Kita bukan pi cari bomoh, tok ni isteri tok imam. Ada orang tua yang pandai dalam tawarkan alahan orang mengandung. Dulu tok tu bidan, tapi la ni dia dah tak larat lagipun semua kena bersalin kat hospital, dia pun retire la.” Ros menerangkan kerana dia sendiri tak percayakan bomoh.
Tok Leha merupakan antara orang tua yang dikenali waraknya, ditambah pula allahyarham suaminya dulu merupakan bekas imam kairah berkenan.
Nurin menganggukkan kepalanya.
“Saya ikut saja apa yang elok.” Nurin mengikut saja apa yang terbaik mengikut aturan mereka.
Ros dan Zaim mengukir senyum.
“Nurin, rehat tau. Jangan fikir apa-apa. Nanti kesihatan Nurin makin teruk.” Nasihat Ros lagi.
“Nurin ni sakit rindu sama ni.” Didi masih mahu mengusik Nurin dalam keadaan begini.
“Sakit kak. Sakit badan saya tak kisah, boleh masuk hospital. Tapi sakit rindu macamana nak rawat? Ada hospital dak?” Mereka terdiam.
Gurauan Didi sememangnya benar, dia bukan saja alah tapi terlalu rindukan suaminya.
Nada sayu Nurin membuatkan mereka sebak.
“Babe, sabaq na. Bila kita rasa rindu, maknanya dia pun rindukan kita. So, semakin kuat rasa rindu hang kat dia sekuat tu la rindu dia kat hang.” Didi cuba menyabarkan Nurin yang semakin sensitif sekarang.
“Ya, Nurin. Istighfar banyak-banyak. Doakan yang terbaik dalam rumahtangga hangpa. Jangan kusutkan fikiran hang, nanti emosi anak dalam kandungan pun terjejas sama.” Emil juga memberikan ransangan kepada Nurin.
Nurin cuba untuk tersenyum. Namun senyuman tetap dalam linangan airmata. Zuhrin yang jauh terasa sesak. Hatinya terasa sakit...sesak dan senak, sakit kerana merindui Nurin yang sedang menanggung beban sendirian. Hatinya juga sakit kerana tak mampu meringankan beban isterinya. Jika mereka bersama, sekurang-kurangnya dia mampu memeluk Nurin di saat Nurin amat memerlukan dirinya ataupun menyapu airmata di pipi di saat Nurin menangis kerana kesakitan. Zuhrin mengeluh sendirian, mengenangkan ketidakmampuannya untuk meringankan beban isteri tercinta.
‘Saya ingin selalu hadir di sisi untuk menemani awak kerana awak tercipta untuk saya. Setiap langkah saya bertambah yakin kerana adanya cinta awak. Walaupun cinta kita teruji dek jarak, saya yakin setiap saat dan waktu yang berlalu sentiasa memekarkan bunga cinta kita. Saya berikrar, akan sentiasa mencintai awak sehingga ke akhirnya. Menatap senyuman indah di wajah awak, sentiasa membuatkan saya terpaku kerana itulah senyuman terindah. Saat awak peluk mesra tubuh ini, saya bagaikan di alam syurga. Terlalu banyak kata yang ingin saya ucapkan sebagai terima kasih, namun semuanya hanya di kerongkong.’
Zuhrin mendakap erat gambar perkahwinan mereka yang dibingkaikannya. Hanif dan Razman hanya mampu menggelengkan kepala melihat keparahan Zuhrin sejak mengetahui Nurin mengalami alahan yang teruk. Perasaan bersalahnya terlalu menebal.
“Sebab tu la Nurin tak mau kau tahu. Tengoklah macamana keadaan kau.” Kata-kata Razman menyentakkan Zuhrin.
Zuhrin memandang Razman.
“Ayen, Nurin tu sayang sangat kat kau. Dia nak kau concentrate dengan study and grad successfully, sampaikan dia sanggup tanggung semuanya sorang-sorang. Kalau kau termenung sana, termenung sini…study ke mana, kerja ke mana…bagi kami sia-sialah penderitaan Nurin.” Nada suara Razman yang tenang menyebakkan Zuhrin.
“Kami faham perasaan kau. Kau rindu dan kau juga rasa bersalah pada dia. Tapi, kami yakin dia tak pernah salahkan kau sebab dia sedar risiko ni sebelum korang kahwin lagi. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, buktikan pengorbanan dia tak sia-sia.” Hanif pula meluahkan pendapatnya.
Zuhrin mengetapkan bibirnya. Razman dan Hanif melabuhkan punggung mereka di sisi Zuhrin.
“Fikirkanlah. Kau bukannya seorang lagi. Tanggungjawab kau berat sebagai seorang suami dan bakal ayah.” Zuhrin mengeluh perlahan.
“Kadang-kadang aku rasa rendah diri. Rasa macam tak layak nak bergandingan dengan dia.” Itulah antara tekanan yang membelenggu Zuhrin.
“Jadi, kau kena buktikan yang kau layak. Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk setiap hambanya. Bila manusia kata, silaplah aku kahwin dengan dia tu...seolah-olah kita menidakkan kekuasaan Allah. Seolah-olah kita lebih tahu daripada Dia. Allah tak pernah silap, cuma manusia yang selalu silap. Nurin adalah yang terbaik untuk kau, macam tu juga bagi dia. Kau adalah yang terbaik pada dia. So, sekarang kau kena buktikan yang kau layak bersama dia sebagai suami dan juga ayah kepada anak-anak kau dengan dia.” Kata-kata Hanif ternyata berbekas di hati Zuhrin.
Obsession with Maroon
2 years ago
0 comments:
Post a Comment