Bab 21
Nurin tersenyum puas melihat foto-foto majlis perkahwinan Didi dan juga foto untuk sesi fotografi yang sengaja diaturkannya untuk Didi. Didi anggun dan tersenyum malu-malu di dalam hampir semua fotonya. Nurin tak salahkan Didi kerana malu-malu, sementelah Emil hanya dikenalinya melalui telefon selepas dua bulan bertunang.
Semenjak kenal dan berkawan rapat, mereka berdua telah berjanji untuk tidak bercinta tapi terus berkahwin. Syukur, hasrat mereka berdua tercapai.
‘Yang, aku mendoakan yang terbaik untuk hang. Aku harap, hang akan bahagia sebagaimana aku juga.’ Nurin tersenyum sendiri.
‘Selain Zuhrin, hang yang paling akrab dengan aku. Kebahagiaan hang merupakan kebahagiaan aku dan kelukaan hang merupakan kelukaan aku. Sebab tu aku harap hang akan sentiasa, jadi aku juga akan terasa bahagianya...insya-Allah.’
Dua hari selepas majlis perkahwinan Didi, Zuhrin kembali ke Adelaide menyambung kembali tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan amanah yang dipikulnya sebagai anak.
Saat Zuhrin hilang dari pandangan matanya, Nurin terasa terlalu sepi.... seakan seisi dunia hilang suaranya. Airmata bagaikan teman yang paling akrab saat dia merindui Zuhrin.
Entah kenapa dia mudah mengalirkan airmata selepas mengenali Zuhrin. Bersama Zuhrin terasa terlalu bahagia, setiap saat terasa terisi. Tapi bila Zuhrin hilang dari sisi, seakan separuh jiwanya hilang. Bukannya dia tak pernah keseorangan, selama ini memang dia sebatang kara selepas pemergian ibu dan dia dah biasa sendirian.
Nurin mengeluh sendirian, entah untuk apa keluhan itu. Dia sendiri pun tak tahu.
“Aku patut bersyukur, walaupun suami yang aku cintai tidak bersama...Allah sentiasa ada di sisi setiap hamba-Nya.”
“Wake-up, Nurin. Hang hamba-Nya yang beruntung, lebih ramai yang menderita. Tak elok mengeluh.” Nurin membebel kepada dirinya sendiri.
Nurin mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluar.
‘Assalamualaikum, ya habibi. Baru seminggu awak tinggalkan saya, terasa bagaikan dah setahun. Rindunya saya pada awak. I love you, I miss you. Miss you...miss you...miss you.’ SMS dihantar kepada Zuhrin jauh dirantauan.
Nurin melihat jam di tangan, sekarang pukul tiga setengah petang, Adelaide sudah pukul lima petang. Mungkin suaminya sedang sibuk dengan tugasan ataupun sedang bekerja.
‘Waalaikumsalam, sayang. Saya juga seperti awak, tapi sabar ya. Tak lama lagi kita Insya-Allah kita akan bersama selamanya. Ini final sem kan. Hope you’ll come on my big day. Miss and love you too...as many as stars in the sky....perhaps more.’ Tersenyum sendirian Nurin melihat balasan Zuhrin.
Nurin mencapai bungkusan yang dihantar oleh Zuhrin semalam, katanya dalam email sesuatu yang dipesan melalui internet.
Perlahan-lahan Nurin membukanya. Sepasang telekung dan sebuah buku.
‘Ayat-ayat Cinta?’ Nurin membaca judul buku yang kulitnya berwarna merah jambu.
Nurin membelek-belek novel cinta yang berunsurkan keIslaman itu. Teringatkan bait-bait kata Zuhrin dalam emailnya semalam.
‘Saya tidaklah sesempurna Muhammad Rasulullah s.a.w dan saya juga tidak meminta awak menjadi seperti Siti Khadijah, isteri kesayangan Rasulullah. Saya Cuma harap awak akan terus mencintai saya kerana Allah bukan kerana saya adalah saya.
Dalam perjalanan mencari erti dan mengenali siapa kita sebenarnya, awak dan saya satu suratan. Akhirnya kita bertemu, inilah dunia kita. Cinta kita bagaikan kembara meniti samudera, andai kita tidak bersatu dan tidak lagi percaya mempercayai antara satu sama lain kita pasti karam.
Fikirkan dan renungkanlah...saya sentiasa mencintai awak dan merindui awak, isteriku, ya habibah...ya jamilah’.
Nurin tersenyum sendiri.
‘Ya habibah...kekasihku. Ya jamilah...si cantikku.’
Obsession with Maroon
2 years ago
0 comments:
Post a Comment