Total Pageviews

Terlanjur Cinta -27-

Thursday, March 3, 2011

| | |
Hari ni nak tinggaikan sat Qistina dengan Adam sebab rindukan Nurin dan Zuhrin. Layan dulu kisah Nurin dengan Zuhrin ya...




Bab 27
Nurin membelek album gambar perkahwinan mereka. Hanya itu pengubat rindu yang dia ada. Walaupun setiap hari mereka berbual menggunakan telefon video dan webcam, rasanya tetap lain.
Nurin mengusap perutnya yang kian menampakkan bentuknya. Bulat, Nurin tersenyum sendiri. Kandungannya sudah menginjak 7 bulan. Menurut doktor, kedua-dua bayinya membesar dengan baik. Namun dia belum bersedia mendengar jantina anak-anaknya. Dia mahukan kejutan itu bersama Zuhrin.
“Awak…saya rindukan awak. Sangat-sangat rindukan awak.” Nurin menyapu airmata yang tak pernah jemu menyinggahi pipinya.
Bagaikan dapat merasaikan kesedihan Nurin, Zuhrin tiba lagi melalui telefon bimbit.
“Assalamualaikum, ya habibah.” Zuhrin kedengaran sangat tenang.
Mujurlah dunia semakin canggih, 3G mampu mengurangkan kerinduan yang sarat di dada.
Mungkin kerana hormon yang tidak stabil, Nurin yang tabah mudah mengalirkan air mata. Nurin tak mampu menjawab salam, dia tenggelam dalam esak kerinduannya.
Zuhrin yang melihat Nurin mengalirkan air mata terasa bagaikan sedang duduk di atas kuali panas.
“Awak…maafkan saya.” Zuhrin teramat rasa bersalah. Dadanya sesak dan senak.
Zuhrin sendiri terasa ralat, sudah dua hari dia tiba dari Adelaide namun dia belum punya peluang untuk menghilangkan diri untuk berjumpan dan meleraikan rindu mereka berdua.
“Saya faham.” Dalam kepayahan Nurin cuba untuk tidak membuatkan Zuhrin terus dengan rasa bersalahnya.
“Maaf, sayang. Saya akan usahakan untuk kita jumpak selepas tiga hari. Lusa ada kenduri di kampong. Mak cakap nak buat kenduri arwah dan kenduri kesyukuran sebab saya dah grad. Saya tak boleh lari. Saya harap sangat-sangat awak faham, ya sayang.” Zuhrin cuba memujuk.
“Saya rindukan awak, sangat-sangat rindukan awak.” Luahan rindu Nurin terasa menikam tepat ke hatinya.
Terasa sesak dan senak. Zuhrin memegang dadanya.
‘Aduh…sakitnya rindu. Semakin sakit bila kita dekat tapi terhalang.’ Zuhrin berbisik sendiri.
 “Kalau macam tu, boleh tak awak izinkan saya balik rumah tok, ya? Saya selalu rasa sunyi sekarang. Tok cakap, dia panggil anak-anak cucu balik rumah makan sama-sama minggu ni.” Sedayanya Nurin mengawal suaranya, agar Zuhrin tidak bertambah gundah.
Pantas Zuhrin mengangguk, mengizinkan. Sekurang-kurangnya apabila Nurin bersama keluarga, dia takkan terlalu kesunyian. Mereka saling berpandangan, rindu tak terungkap sarat terkurung di dalam dada.
“Awak jangan nakal-nakal tau.” Usik Zuhrin.
“Apa pulak saya yang nakal. Nakal apanya saya, perut dah jauh ke depan macam ni.” Tingkah Nurin.
Zuhrin ketawa besar apabila Nurin menghalakan skrin telefon bimbit ke perutnya.
“Tak sabar rasanya, saya nak pegang anak-anak saya.” Dalam kesayuan ada nada keterujaan dalam suara Zuhrin.
Nurin membalas dengan senyuman.
“Saya rindukan awak.” Luah Nurin perlahan.
“Saya juak.” Zuhrin juga kedengaran sayu.
“Achik…”
Mereka berdua terdiam apabila mendengar laungan mak memanggil Zuhrin.
“Bye, sayang. Mak dah panggil tu. Nanti saya call lagi ya! Love you, muahhss.” Dalam kelam kabut sempat juga Zuhrin titipkan ciuman kasih buat Nurin.
Nurin tersenyum bahagia.
“Saya redha awak, saya redha.” Ucap Nurin sendiri.
“Saya redha kerana saya cintakan awak, saya redha kerana ini jalan yang kita sama-sama pilih. Saya redha kerana kita pilih untuk bercinta secara halal.” Nurin bersuara sendirian.
‘Andaikata kita bersama atas restu, pasti bukan ini yang kita lalui. Tapi sayang, sikitpun aku tak menyesal kerana aku amat-amat mencintai dirimu. Dirimu merupakan anugerah terhebat untuk lelaki biasa seperti aku. Allah menemukan kita dan menentukan jodoh kita, pasti ada sebabnya…’
‘Awak merupakan kurniaan terhebat yang saya miliki. Awak menyempurnakan hidup saya yang sunyi dan kosong.’ Zuhrin sempat bermonolog sambil mendapatkan mak.
Dia tersenyum dalam kerinduan.

0 comments:

Followers