Bab 8
Adam hanya termampu melihat Qistina yang berlalu menuruni tangga dengan hati yang sepi. Pedih hatinya apabila Qistina terus bergegas kembali ke ASPURI sebaik sahaja kelas tamat. Dengan langkah yang longlai, Adam masuk ke kelas Qistina dan melabuhkan punggungnya ke sisi Ijam.
Kepalanya di tundukkan rapat ke meja. Ijam turut bingung melihat keadaan mereka.
‘Apa kesalahan aku? Kalaupun aku salah, tak bolehkah aku dimaafkan?’ Adam bermonolog sendirian dengan muka yang masih tunduk menghadap meja.
Tanpa disedarinya, Niza dan Syiera sudahpun mengelilinginya.
“Woi, bangkit la.” Niza menggerakkan bahu Adam.
Perlahan-lahan Adam mengangkat kepalanya. Ketegangan jelas kelihatan di wajahnya.
“Aku rasa, kita semua ada masalah besaq la.” Kata-kata Syiera disambut dengan anggukan oleh Niza dan Ijam.
“Apa maksud hangpa?”
“Kami pun kena boikot.” Syiera mengeluh.
“Awat pulak?”
‘Kalau dia mogok dengan aku, awat depa ni pun terlibat?’ Adam tak faham.
“Awat hang tanya? Sebab hang la.” Bidas Niza.
“Sebab aku?” Adam makin tak faham.
“Ya la, mungkin sebab kami tak bagitau pasai hang dekat dia. Mustahil kami tak tau pasai ni.” Kata-kata Ijam ada kebenarannya.
Masakan mereka yang teramat mengenalinya sejak di bangku sekolah rendah lagi tidak mengenalinya sebagai Zack. Itulah nama panggilan dirinya dengan rakan-rakan hinggalah dia mengenali Qistina.
Adam menepuk dahi.
“Aku kena jumpak dia.” Tegas Adam.
“Tapi macamana?” Tanya mereka bertiga, serentak.
Syiera dan Niza kembali ke ASPURI. Qistina tidak kelihatan. Mereka berdua bergerak ke hujung ASPURI, tempat kegemaran Qistina.
Perlahan-lahan mereka duduk di sisi Qistina. Qistina tersentak dari lamunannya ke arah sawah bendang yang berada di hadapannya.
“Que.” Lembut Syiera memulakan bicara.
Qistina masih membisu, membeku.
“Kami minta maaf. Kami tau kami salah.” Syiera tetap mahu memberitahu kebenarannya kepada Qistina walau semarah manapun dia.
“Tapi, kenapa aku? Aku ingat kita kawan baik selama ni.” Ada nada sebak di suaranya.
Qistina benar-benar sedih, dia rasa dikhianati oleh teman-teman baiknya.
“Sebab hang dengan Zack sama-sama kawan baik kami.” Niza menganggukkan kata-kata Syiera.
“Aku rasa dikhianati.” Perlahan tapi tegas kata-kata Qistina.
“Maafkan, kami. Kami cuma mahukan yang terbaik untuk kawan-kawan kami. Zack memang nak bagitau, cuma dia takut hang marah. So, dia mencari masa yang sesuai.”
“Tapi awat dia bohong aku?” Satu persoalan yang puas difikirkannya.
Niza dan Syiera berpandangan.
“Awat hangpa diam?” Qistina berangin satu badan.
“Betoi hang nak tau?” Sengaja Niza menghangatkan Qistina.
Qistina mahu bangun dan meninggalkan kawan-kawannya, namun mereka cepat menangkap Qistina dan menariknya untuk kembali duduk.
“Kami nak hang baca surat dia. Cuba faham pasai apa.” Syiera menghulurkan surat yang ditulis di atas kertas merah dan berdakwat perak.
“Kami nak hang baca la. Kalau dak, kami tak rasa hang akan baca.” Desak Niza.
Qistina menyambut huluran surat dengan teragak-agak. Perlahan-lahan dia membuka lipatan surat. Selalunya, Adam akan menggunakan kertas hitam namun hari ini kertas merah.
Assalamualaikum…Nurol Qistina…
Maafkan saya. Saya mulakan persahabatan/perhubungan kita dengan tidak berlaku jujur kepada awak. Saya tak bohong, cuma saya tak berterus-terang dengan awak. Awak nak tahu sebabnya? Sebab awak terlalu istimewa pada saya. Saya terlalu ingin bersama awak, sebagai diri saya sendiri. Nama penuh saya ialah Adam Zikri bin Zahid. Zack adalah panggilan teman-teman tapi Adam adalah panggilan orang-orang yang amat rapat di hati saya seperti keluarga saya. Kerana awak terlalu istimewa di hati saya, sebab itu saya mengenalkan diri saya sebagai Adam. Maafkan keterlanjuran saya. Saya amat berharap kita boleh bermula semula.
Wassalam….Adam Zikri
Adam awak.
“Aku perlukan masa.” Qistina tetap berlalu meninggalkan teman-temannya.
‘Aku hanya nak hangpa hargai nilai satu persahabatan, jangan sesekali cemarkan persahabatan dengan ketidakjujuran. Pengkhianatan bukan saja boleh musnahkan persahabatan tapi negara juga.’
Syiera dan Niza hanya mampu berpandangan, memikirkan bagaimanakah penerimaan Adam dengan reaksi Qistina yang ternyata masih belum mampu memaafkan lelaki itu. Seketika kemudian mereka melepaskan keluhan bersama-sama dan menyandarkan badan ke dinding bangunan ASPURI.
0 comments:
Post a Comment