Total Pageviews

Izinku Pergi -6-

Wednesday, March 2, 2011

| | |
Thanks to Iefa yg rajin baca dan follow crita kami yg x seberapa ni.


Bab 6
Syiera dan Niza senyum sumbing apabila melihat Adam dan Ijam yang sedang bersandar di pagar yang menghubungkan ASPURA dan ASPURI. Qistina buat-buat tak perasan apabila disiku oleh Niza.
Adam hanya membalas sengihan dengan sengihan.
Hari mereka dimulakan dengan hati yang berbunga dan penuh semangat. Mentari pagi yang cerah, menceriakan hati yang sedang diamuk cinta yang barangkali cinta monyet bagi kebanyakan remaja. Namun perasaan itu, disisip rapi di jiwa mereka berdua. Tanpa sebarang ungkapan.
“Assalamualaikum...” Sapa Syiera.
“Waalaikumussalam.” Ijam dan Adam serentak.
“Hm...untung sekolah, dapat jaga free. Tak payah risau orang ceroboh masuk ASPURI. Selamat anak dara orang. ” Syiera memerli Adam.
“Hm...selamat.” Niza menambah perasa.
Namun Adam memekakkan telinganya dan memilih untuk berjalan dengan Qistina di belakang teman-teman mereka.
“Susahnya kalau orang dah jatuh cinta.” Usik Niza lagi.
Namun Qistina dan Adam memilih untuk memekakkan telinga dan tidak menghiraukan usikan teman-teman mereka berdua.
Mereka gembira menghabiskan masa bersama. Walaupun tiada ungkapan sayang, hati mereka lebih mengerti dengan segala perhatian yang dicurahkan. Indahnya dunia cinta, bagaikan dunia ini mereka yang punya. Belajar bersama, makan bersama, bergembira dan bergurau bersama. Dunia mereka cukup berseri dan mereka amat bahagia.
Inilah rutin mereka setiap hari, setiap pagi mereka akan bersarapan di dewan makan bersama sambil ditemani teman-teman, kembali ke asrama untuk bersiap ke kelas. Adam dan Ijam akan menunggu di pintu pagar yang menghubungkan ASPURI, ASPURA dan kawasan sekolah, mereka akan bersama-sama ke kelas.
Selesai kelas, mereka akan prep bersama siang dan juga malam. Penat belajar, mereka akan berhibur bersama. Adam dan Ijam gemar bermain gitar sambil menyanyi. Suara mereka berdua juga boleh tahan.
Lagu-lagu kegemaran mereka ialah Kau Ilhamku dan juga Truly, Madly and Deeply. Adam pernah mendedikasikan lagu-lagu itu melalui kad-kad yang disampaikan secara rahsia daripada teman-teman.
Selain mereka berdua, tampak ada sesuatu juga pada teman-teman mereka. Ijam dan Syiera juga bagaikan cuba menyembunyikan perasaan mereka antara satu sama lain. Jelingan mata antara mereka bagaikan tersirat sesuatu, namun Adam dan Qistina lebih suka mendiamkan diri dan menunggu kata daripada mereka.
Mereka berpisah di tingkat satu kerana kelas Adam di tingkat satu, mereka berempat meneruskan lagi pendakian tangga mereka ke tingkat teratas. Tingkat bawah letaknya kelas perdagangan, tingkat satu untuk kursus kejuruteraan mekanikal, tingkat kedua untuk kursus awam dan tingkat teratas untuk kejuruteraan elektrik.
Sebaik sampai ke kelas, mereka dah termengah-mengah.
“Bagus juga kelas tinggi-tinggi ni kan.” Kata-kata Ijam disambut dengan tanda tanya oleh mereka bertiga.
“Ye la, kalau tak bila lagi hangpa semua nak exercise? Macamana nak sihat? Lepas tu badan macam dipam-pam.” Usik Ijam.
Niza menjegil bagaikan mahu mencekik Ijam. Qistina dan Syiera berlalu ke meja masing-masing, malas mahu melayan Ijam.
“Hai.” Sapa Nabila yang duduk bersebelahan Qistina.
Qistina membalas sapaan Nabila dengan senyuman.

0 comments:

Followers