Total Pageviews

Izinku Pergi -5-

Tuesday, March 1, 2011

| | |


Bab 5
“Dalam banyak-banyak kawan aku yang laki, aku rasa Zack yang paling gentleman. Cara dia layan kita, cara dia cakap dengan kita memang nice. Kiranya kalau orang tua tengok, terus nak buat menantulah.” Qistina yang berbaring di sebelah kanan Syiera memeluk erat Pooh yang sebesar satu pemeluk.
“Dia kelas mana?” Teringin juga rasa hati ingin kenal, ada lagi ke lelaki sebaik Zack yang sering diceritakan oleh Syiera dan Niza.
“Dia budak mechanical.” Jawab Niza yang berbaring di sebelah kiri Syiera.
“Oh...” Balas Qistina pendek.
Patutlah aku tak kenai. Budak jentera. Desis Qistina sendirian.
“Apa yang gentle sangat Zack tu?” Terdetik rasa ingin tahu di hatinya.
“Dia dengan orang tua...memang tip top. Dia dengan kawan-kawan...susah la nak tengok dia masam muka dengan orang. Kalau kawan-kawan susah, selalunya dia la orang yang terawai tolong. Walaupun family dia orang senang, dia tak show off tak tentu pasai. Ramai yang tak tau, pak dia Tan Sri.” Jelas Niza dengan panjang lebar.
“Uiks...anak Tan Sri.” Qistina agak terkejut dengan penjelasan itu.
“Nama ja anak Tan Sri, tapi dia tak pernah ambik peduli pun tentang status-status ni. Lepak kat gerai-gerai tu...biasa. Jalan-jalan...naik bas ja.” Tambah Syiera.
“Kalau dah baik, takkan hangpa dua tak tersangkut kot kat dia.” Usik Qistina.
Tawa meledak antara Niza dan Syiera.
“Kami ni dah terlalu rapat, sampaikan tak dak feeling. Cuma kami harap dia akan dapat orang yang sepadan dengan dia. Orang yang baik...sebaik dia.” Beritahu Niza.
“Insya-Allah. Selalunya lelaki yang baik akan bertemu dengan perempuan yang baik. Harap-harap kita pun akan jumpak laki yang baik juga.” Kata-kata Qistina di aminkan mereka bertiga.
Seketika kemudian, tawa mereka meledak.
Di dalam hati Qistina menyimpan hasrat untuk mengenali lelaki bernama Zack. Seorang lelaki yang cukup baik di mata teman-teman baiknya.
“Esok hang balik SP?”
“A’ah.” Soalan Syiera dijawab pendek.
Qistina dihimpit resah apabila ditanya tentang balik kampung, esok.
“Minggu ni hang kena balik sorang la...kami kena teruih pi Kompleks Hijau Kuning esok.”
Qistina mengeluh panjang, menyimpan rahsia ajakan Adam.
“Ala...tak yah risau. Mesti ramai punya esok yang balik. Selalunya ramai kan yang balik SP?” Niza cuba menyejukkan hati Qistina tanpa mengetahui kerunsingan hati Qistina.
Qistina hanya tersenyum hambar. Dia teringatkan permintaan Adam. Hatinya berbelah bahagi. Dia tak pernah memberikan jawapan yang pasti, sebab dia sendiri tak tahu jawapannya.
Dalam diam dia mengakui, hatinya agak terusik dengan kehadiran Adam dalam hidupnya. Keakraban mereka, mencuit hati gadisnya. Dia terpesona dengan keikhlasan Adam.
Apakah ini yang digelar cinta? Apakah hang juga rasa apa yang aku rasa? Ataupun hanya aku yang terbayang-bayang?
Qistina agak bingung dengan situasinya sekarang. Kenapa Adam terlalu baik padanya, kenapa Adam sentiasa mendampinginya? Pelbagai soalan berlingkar di fikirannya, tapi dia tiada jawapan kepada setiap persoalan itu.
Sebaik sahaja Qistina melangkah keluar dari kawasan ASPURI sambil menggalas beg sandangnya, langkahnya terhenti.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Jawab Qistina. Tunduk.
“Jom...” Tanpa sebarang kata yang mampu terzahir, Qistina menurut langkah Adam.
Mereka melangkah tanpa sebarang kata, menuju ke pondok pengawal untuk menyerahkan kad pulang ke kampung. Selesai urusan di pondok pengawal, mereka terus ke hentian bas.
“Awat nampak awak macam gelisah ja?” Adam terperasankan tentang kelainan Qistina hari ini.
Qistina mengukir senyum kelat.
“Kalau awak tak selesa, saya minta maaf. Saya tak berniat nak paksa awak balik dengan saya.”
Qistina juga rasa bersalah apabila Adam melahirkan kekesalannya. Namun dia tak tahu apa yang harus dikatakannya. Mereka terus berjalan beriringan ke hentian bas yang jaraknya lebih kurang seratus meter dari SEMENTAS.
Suasana hari ini agak berbeza. Kesunyian menyelubungi mereka berdua. Masing-masing kelu, semua kata bagaikan terkunci di dalam mulut.
“Awak.” Panggil Qistina sambil mencuit Adam apabila melihat sekumpulan pelajar bergerak menuju ke arah hentian bas.
Adam yang berpaling ke arah Qistina juga ternganga.
“Ramainya...macam rombongan.” Spontan kata-kata itu terluah dari mulut Adam.
Kebetulannya saat itu sebuah teksi menurunkan penumpang, Adam menarik Qistina untuk masuk ke dalam teksi. Dia tidak mahu mereka menjadi tumpuan beberapa orang pelajar senior yang turut berada dalam kumpulan besar yang sedang ke arah hentian bas itu.
Mereka sama-sama menarik nafas lega. Setelah seketika di dalam teksi, barulah Qistina perasan yang tangannya berada dalam genggaman Adam. Perlahan-lahan Qistina menarik tangannya dari genggaman Adam. Adam yang menyedari keterlanjurannya turut tersipu malu.
Sepanjang perjalanan sepuluh minit ke pusat bandar Alor Setar, mereka mendiamkan diri.
“Anak, dah sampai.” Sapaan pemandu teksi yang berusia melebihi separuh abad mengejutkan mereka.
“Berapa pak cik?” Adam mengawal suara.
“Dua ringgit.” Adam menghulurkan lima ringgit dan mengisyaratkan agar pemandu teksi menyimpan bakinya.
“Alhamdulillah, terima kasih.” Pemandu itu mengucapkan syukur.
Mereka sama-sama melangkah turun di Pekan Rabu.
“Awak lapaq dak?”
Qistina yang sedang asyik dengan lalulintas mengalihkan pandangannya, mencari empunya suara yang bertanya.
“Tak sangat. Awat?” Balas Qistina.
“Saya lapaq la. Jom makan dulu.” Qistina mengetap bibir mendengar permintaan Adam.
‘Lambat la aku sampai rumah macam ni.’ Bisik Qistina sendiri.
Adam menarik tangan Qistina, melintasi jalan ke Kompleks Pekan Rabu. Mereka berdua menarik perhatian seseorang yang kebetulan berada di Pekan Rabu, namun sepantas kilat dia menghilangkan diri.

0 comments:

Followers