Total Pageviews

Terlanjur Cinta -33-

Thursday, May 19, 2011

| | |



Bab 33
Sejak Nurin dihantar ke kampung dan dijaga oleh tok, Zuhrin sentiasa resah apabila sendirian di rumah kelamin mereka. Dia rindukan isteri dan anak-anaknya. Dia mahu sangat berbakti di saat-saat Nurin berpantang dan tak mahu terlepas peluang melihat perkembangan anak-anak yang menurut Nurin sudah pandai tersenyum.
Walaupun dekat, keadaan sekarang bagaikan seorang di Sungai Petani dan seorang lagi di Adelaide seperti dulu.
Zuhrin mengeluh lagi, cuba mencari akal bagaimana untuk dia bersama isteri dan anak-anaknya.
Zuhrin tak mahu berfikir panjang lagi, dia mengemas sedikit sebanyak barang-barangnya, dia nekad untuk tinggal di rumah tok buat beberapa ketika. Jika tidak sepanjang Nurin berpantang, mungkin seminggu dua.
Nurin terkejut apabila melihat Zuhrin sampai di rumah tok dengan beg. Tok tak banyak soal kerana sebelum ini memang Zuhrin kerap bermalam di rumah tok, kadang-kadang sehingga berminggu-minggu Cuma sekembalinya dia ke Malaysia selepas tamat pengajian dia belum sempat bermalam di rumah tok, sekadar menjenguk.
Zuhrin tersenyum riang melihat isteri dan anak-anaknya. Walaupun tak dapat berbual mesra dengan Nurin seperti selalu, Zuhrin tersangat gembira kerana dapat meluangkan masa menimang anak-anaknya. Tambahan pula jika Nurin sedang menyusukan salah seorang pasti yang seorang lagi juga mintak diberikan perhatian.
Zuhrin mula belajar menukar lampin, menyediakan susu dan menidurkan anak-anak. Memandikan anak, tok tak mengizinkannya bahkan Nurin sendiri tidak diizinkan tok memandikan anak-anak.
Mujurlah di rumah tok yang ada hanyalah tok, maksu dan suaminya paksu bersama dua orang anak mereka yang baru berusia tiga dan empat tahun. Maksu suami isteri pula bukanlah jenis yang suka bergossip mahupun mengambil tahu hal orang lain. Mereka tidak pernah bertanya tentang Nurin dan Zuhrin. Zuhrin mengharapkan keadaan itu kekal lama.
Dalam perasaan teruja, Zuhrin kagum melihat Nurin mengikut saranan tok untuk berpantang secara tradisional. Aspek  penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Amalan-amalan biasa  ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang ialah seperti bertungku, mengurut untuk menyegarkan badan, mandi dedaun atau mandi susu, melulur badan, bertangas, berbengkung, bertasak, minum air akar kayu dan jamu dan juga makanan berkhasiat untuk yang berpantang.
Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam. Nurin pula rasa amat dihargai dan disayangi sepanjang masa dengan perhatian yang diberikan oleh tok dan juga Zuhrin. Sudah lama dia rindukan kasih saying keluarga.
Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Mereka memilih menggunakan set bersalin lengkap Nona Roguy seperti yang disarankan oleh tok. Tanpa banyak bicara, Zuhrin mencarinya untuk isteri yang amat dikasihi. Dia mahu Nurin sihat seperti dulu.
Bertungku dilakukan selama 44 hari berpantang menggunakan tungku besi yang sangat berat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
Bertungku dilakukan dengan tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki. Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Nurin mendapatkan nasihat Tok Leha  tentang cara-cara bertungku, kerana jika tidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain batik yang telah dilapik dengan daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada maka daun atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Tok Leha juga mula mengurut Nurin selepas sepuluh hari bersalin, Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. 
Kata Tok Leha, dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim. Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai, daun bonglai, daun mengkudu dan rempah halba.
Daun-daun itu dibasuh bersih-bersih dan dijerang bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air,  suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Nurin menurut tanpa membantah.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal.
Bertangas dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang. Zuhrin tersenyum mendengar kata-kata tok kepada Nurin. Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, inai, halia dan biji manjakani. Semua bahan direbus bersama air hingga mendidih meudian diangkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.
Selain dari rawatan dalaman, Nurin juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.
Seterusnya sebelum memakai bengkung, perut disapukan dengan ubat barut untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kulit perut. Kata tok, bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. Zuhrin menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin Nurin dihidangkan dengan makanan yang kering  bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Bila ditanya, tok mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Nurin mengiyakan saja walaupun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkannya kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Nurin dihidangkan dengan pelbagai menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Tok juga menyelitkan ulaman seperti pegaga, kunyit, halia, mengkudu dan sebagainya kerana mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut tok, buah mengkudu jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. Nurin menelan liur, seriau jika tok menyuruhnya makan buah mengkudu.
Makanan yang menyebabkan angin wajib dielakkan. Angin ialah situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut antaranya kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya, susu dan hasil susu seperti aiskrim dan keju, sayur-sayuran seperti kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli, sayuran berubi seperti kentang dan sengkuang, buah-buahan seeprti prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic, bijirin dan roti, makanan berlemak, makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar, minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk dan juga seserat (fiber) sperti kacang, oat, bran dan kacang panggang.
‛Seksa jugak rupanya pantang ni.’ Gumam Zuhrin.
Dia bersyukur dengan tindakan kamikazenya untuk tinggal di rumah tok, jika tidak dia takkan tahu semua yang perlu sepanjang berpantang. Dia pasti, tak semua lelaki tahu pantang larang dan segala yang perlu selepas isteri melahirkan anak.


Reference : 
http://wanitatv3.com.my/
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a53104.htm
http://www.mybengkung.com/Amalan%20berpantang.html
http://sofira.multiply.com/journal/item/103

0 comments:

Followers