Bab 1
Ainul memarkir keretanya di bahu jalan. Cermin pandang ke belakang di alihkan agar menyuluh wajahnya. Tudung berwarna hijau muda dibetul-betulkan, gincu Maybelline berwarna Buff di calit sekali lalu….sekadar untuk menambahkan seri. Ainul melangkah penuh yakin menghampiri pondok pengawal di pintu besar syarikat antarabangsa H2H.
“Encik, saya report work hari ni…boleh saya bawak masuk kereta saya…parking kat dalam?” Tanya Ainul penuh adab.
Biasalah dah namanya pun first day. Nanti kena black list pula dengan guard. Susah nak hidup, macamana nak cari makan?
“Boleh berikan saya kad pengenalan?” Tanya pengawal yang berbaju seragam berwarna biru tua, seakan uniform JPJ jika dilihat dari jauh.
Tanpa banyak soal, Ainul menyerahkan Mykad yang berwarna biru muda miliknya kepada pengawal yang bernama Johari, nama pada tag yang tergantung di sebelah kanan dadanya.
Mykad bertukar tangan.
Johari mengangkat gagang telefon dan mendial sambungan 152.
“Nita, ada pelawat bernama Ainul Mardhiah. Katanya, dia report work hari ni.” Pengawal yang bernama Johari itu diam seketika, menunggu respon daripada wanita yang dipanggilnya Nita itu barangkali.
“Baik…terima kasih.” Johari meletakkan semula gagang.
Kad pengenalan Ainul dipulangkan tetapi disertakan bersama satu pas… TEMPORARY PASS.
“Cik perlu pakai pas ni sepanjang masa selagi cik belum dapat bagde, tapi cik kena pulangkan sebelum balik petang ni. Esok pun macam ni jugak, datang sini dulu untuk ambil pass ni sampai Cik dapat badge lah.” Ainul menanggukkan kepalanya sambil menandatangani buku keluar masuk secara manual… membuktikan kehadirannya. Hari pertamanya di H2H.
Ainul kembali mendapatkan kereta yang berada di seberang jalan. Perodua Kelisa berwarna jingga itu meluncur masuk ke dalam kawasan H2H. Setelah mengambil semua barang yang diperlukan untuk melaporkan diri. Beg sandang berwarna hijau tua berisi fail dan surat lantikan di galas ke bahu.
Ainul berjalan masuk dengan tenang. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke lobi utama H2H, dia disapa oleh seorang pengawal yang bertugas.
“Good morning. Cik report work ke interview?”
“Morning. Saya datang untuk report work.” Balas Ainul kepada pengawal yang berseragam putih.
‘Kenapa guard kat luaq tadi uniform biru….guard kat dalam ni uniform putih?’ Ainul bertanya sendiri tanpa diluahkan kepada pengawal yang menegurnya.
“Oh. Kalau macam tu, cik boleh ke bilik latihan di hujung sana. Bilik Topaz.”
Ainul mengangguk sambil mengukir senyum sebagai tanda terima kasih dan berlalu pergi. Ainul melangkah perlahan, berdebar-debar untuk memulakan kerjaya baru.
‘Harap-harap biarlah semuanya sekepala. Kalau tak, susah nak kerja.’ Ainul menanamkan harapan di hatinya sambil berdoa.
Pintu bilik bernama Topaz dikuaknya perlahan. Beberapa orang yang berada di dalamnya juga turut berkalih kepadanya. Ainul mengukir senyum sambil terus melangkah ke kerusi yang paling dekat dengannya.
Seorang wanita muda bergaya dengan seluar hitam dan berkemeja putih duduk di hadapannya.
“Hai.” Ainul sengaja meramahkan diri, mencari kenalan.
“Hai.” Wanita muda ini juga bersikap ramah.
Ainul rasa senang hati. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul lapan lima belas minit pagi. Bilik Topaz juga mula dipenuhi dan Ainul sempat mengenali beberapa orang daripadanya.
‘Cukupla….buat permulaan.’ bisik Ainul sendirian.
0 comments:
Post a Comment