Total Pageviews

Nilai Cintamu -2-

Wednesday, February 29, 2012

| | |

Bab 2

“Ain, jom makan.” Ajakan Nurul mengejutkan Ainul yang sedang khusyuk dengan kerjanya.
Kemasukannya ke H2H telah mengenalkannya kepada Nurul, Naza, Ehsan, Yusran dan juga Zul yang melaporkan diri pada hari yang sama. Berkerja dalam kumpulan yang sama membuatkan mereka berenam amat akrab.
Ainul juga mengambil keputusan untuk menyewa bersama Nurul di Taman KTC yang jaraknya hanya lima minit dari pejabat mereka.
“Makan?” Soalan Ainul dijawab dengan anggukan daripada Nurul yang berada di sebelahnya.
Meja mereka bersebelahan. Di depan Ainul ialah Naza, dibelakangnya pula Ehsan manakala Yusran di belakang Nurul dan Zul pula di hadapan Nurul. Mereka berenam diletakkan pada dua baris menyebabkan keakraban mereka.
“Jom, la. Lapar dah ni.” Ajak Yusran pula.
Belum sempat Ainul berkata apa, mereka yang lain sudah bangun dan bersedia untuk keluar makan tengahari. Melihatkan itu, Ainul hanya mengikut dan dengan pantas menyambar telefon bimbit dan dompetnya yang berada di atas meja, di masukkan ke dalam seluar jeans.
Ainul berlari-lari anak mengejar teman-teman yang sudah berjalan meninggalkannya.
“Makan mana?” Ainul sedikit tercungap, berlari turun tangga.
“Mulut.” Selamba Ehsan menjawab.
Ainul mejegilkan matanya, geram dengan Ehsan yang selamba dan suka mengusik. Gelagat mereka berdua meledakkan tawa teman-teman yang lain.
“Makan dekat pokok ubi, nak?” Cadangan Zul diterima baik oleh semua.
Pokok ubi merupakan gerai makan nasi kandar yang dijual di bawah pokok ubi yang besar. Masakannya yang sedap sentiasa memikat pengunjung pelbagai bangsa. Kalau terlambat, pasti tidak ada apa lagi yang tinggal.
Mereka bergerak dengan MPV Naza Ria milik Zul. Lebih senang bergerak dalam satu kenderaan.
“Bestkan Zul, kereta besar-besar. Boleh kami menumpang.” Usik Naza.
“Ye la tu, korang sedap aku senak.” Mereka yang lain tersengih mendengar bidasan Zul.
Keserasian mereka berenam bagaikan telah mengenali satu sama lain bertahun-tahun lamanya. Di antara mereka berenam, Nurul, Yusran dan Zul berasal dari syarikat yang sama sebelum ini. Manakala Ainul, Naza dan Ehsan memang tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
Oleh kerana mereka tinggal berdekatan dan bekerja dalam shift yang sama, mereka banyak meluang masa bersama-sama.

0 comments:

Followers