Total Pageviews

Izinku Pergi -4-

Monday, February 28, 2011

| | |
Weekend mmg slalunya x dan nk apdet. Dah namanya pun weekend kan?


Bab 4

April 1997...

“Awak, tolong ajaq saya buat tanjen ni sat.” Pinta Adam pada Qistina.
Qistina agak cekap dengan Lukisan Kejuruteraan, topik tanjen memerlukan penelitian yang tajam untuk menyelesaikannya.
“Awak kena pastikan cantuman awak smooth, itu saja. Jangan dok kelam kabut nak cantum.” Jawab Qistina sambil menunjukkan cara-caranya secara praktikal.
Sejak berkenalan, mereka sering menghabiskan masa bersama. Mereka kerap ‘prep’ bersama, berbual, berdiskusi dan bergurau. Persahabatan mereka menjadi akrab dalam masa yang singkat. Walaupun berlainan jurusan, namun kebanyakan subjek mereka adalah sama. Itu memudahkan mereka berkongsi ilmu dan pendapat.
Adam banyak membantu Qistina dalam Matematik Tambahan dan Fizik, manakala Qistina pula agak hebat dalam subjek Kimia, Sejarah dan Lukisan Kejuruteraan. Mereka saling membantu antara satu sama lain.
“Minggu ni awak balik dak?”
Qistina menganggukkan kepalanya.
“Balik sendiri ka parents mai ambik?”
“Balik sendiri la kot. Awat? Awak tak balik ka?”
“Kalau awak balik sendiri, kita balik sekali. Saya nak balik kampung kat SP, sebab family saya ada kat sana. Mak sedara saya kahwin.”
“Balik dengan awak?” Qistina tidak tahu mengapa dia rasa berdebar dan kurang selesa.
“Saya tunggu awak dekat pondok depan ASPURI.” Adam merujuk ASPURI sebagai singkatan kepada Asrama Puteri.
“Hm…saya ingat nak balik sekali dengan Syiera...dengan Niza.” Qistina takut mahu balik berdua dengan Adam.
Selama sebulan di SEMENTAS, dia akan bersama Syiera dan Niza untuk pulang. Mereka bertiga akan berpisah di stesen bas Alor Setar dan mengambil bas masing-masing untuk pulang ke rumah.
Lagi pula, dia tidak pernah keluar berdua dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Mak dan ayah agak keras dalam pergaulannya seharian. Dia bebas berkawan dengan sesiapa sahaja, cuma untuk keluar bersiar-siar mahupun berteman ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.
“Syiera dengan Niza tak balik rasanya minggu ni. Depa ada kem bola baling dekat kompleks.”
Qistina terlupa perihal Syiera dan Niza bakal menghadiri kem latihan bola baling di Kompleks Hijau Kuning hujung minggu ini. Mereka berdua memang mewakili negeri semasa di menengah rendah dahulu. Cuma dia sahaja yang kurang gemar bersukan. Tapi dia amat sukakan aktiviti lasak.
“Alamak awak, nanti kita bincang lain la ya…saya dah janji dengan Ijam, nak pi jumpak dengan Abang Wan. Bulan depan kami ada camping.” Tiba-tiba sahaja Qistina teringatkan janjinya dengan Ijam.
Adam merasakan Qistina ingin melarikan diri darinya. Dan sememangnya Qistina berjaya dengan kesempatan itu.
Qistina melihat jam tangan ELLE berwarna merah darah di tangannya. Janjinya dengan Ijam pukul 5.30petang tapi jam sudah menunjukkan pukul 5.55 petang. Pasti Ijam hangat hati dengannya.
“Bye…” Lambai Qistina sambil berlari turun tangga.
Adam mengetap bibirnya. Kecewa, Qistina berlalu tanpa memberikan jawapan.
Dari atas, kelihatan Ijam sudah bersedia untuk beredar dari pondok kayu di hadapan bangunan tingkatan empat.
“Ijam…” Laung Qistina.
Ijam menoleh.
“Sorry…sorry…” Qistina termengah-termengah kerana berlari menuruni tangga dari tingkat empat.
“Lewat…” Ijam menjegilkan matanya.
Tanda protes.
“Sorry…” Qistina melembutkan nada suaranya.
“Ceh…nak menggoda aku la tu.” Gurau Ijam dalam serius.
Qistina menelan liur.
‘Alamak…mamat ni…sikit punya garang da.’
“Loh…dok tunggu apa lagi? Jom la.” Ajak Ijam tanpa sempat Qistina melepaskan lelahnya.
Oleh kerana kelewatan itu salahnya, Qistina hanya mengejar langkah Ijam ke bilik Persatuan Silat sehingga mereka beriringan.
Selain Adam, Qistina juga amat akrab dengan Ijam yang merupakan sahabat baik Adam.
“Assalamualaikum.” Ijam memberi salam di luar pintu bilik Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia ataupun singkatannya PSSPGM.
“Waalaikumusalam.” Serentak penghuni-penghuni bilik itu menjawab.
Ijam menyalami senior-senior yang berada di dalamnya dan Qistina menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda salam dan hormat. Wan, Mizan dan Fauzi tiga orang peneraju PSSPGM di SEMENTAS.
Perbincangan mereka merangkumi beberapa perkara, dimulai dengan isu uniform silat kerana kebanyakan peserta tingkatan empat belum mempunyai uniform silat dan uniform itu amat diperlukan untuk perkhemahan bulan hadapan. Isu yang turut mendapat perhatian adalah yuran pengajian.
Mereka berlima selesai membincangkan semua agenda berbangkit beberapa minit sebelum azan maghrib dilaungkan. Qistina dan Ijam beriringan balik ke asrama kerana melalui jalan yang sama cuma berlainan pintu sahaja.
“Nanti kita bincang lain untuk budak-budak form four.” Beritahu Ijam sebelum mereka berpisah ke asrama masing-masing.
Qistina hanya mengangguk tanpa menjawab. Dia hanya mahu menyegarkan badannya yang keletihan di bawah pancuran air mandi. Malam ini dia mahu menyelesaikan beberapa latihan Fizik dan juga hafazan untuk Tafsir Al-Quran.
Tinggal di asrama mengajarnya berdikari dan juga menghargai masa. Segalanya perlu dilakukan sendiri, semua masalah juga perlu diselesaikan sendiri.
“Hang prep kat kelas ka hari ni?” Syiera mengambil tempat di birai katil Qistina.
“A’ah. Macam biasalah.” Qistina hairan dengan pertanyaan Syiera.
“Hang prep kat bilik study saja ka?” Tanya Qistina kembali kepada Syiera.
“Dak. Aku dah janji nak prep dengan Niza kat kelas. Kami nak buat report untuk eksperimen tadi.” Syiera merujuk kepada ujikaji Kimia yang mereka lakukan siang tadi.
“Aik, pasai apa hang tak buat dengan Nabila?” Qistina hairan kerana Syiera satu kumpulan dengan Nabila.
Setiap kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil setiap kumpulan mempunyai lima orang pelajar. Syiera sekumpulan dengan Nabila, Fendi, Nizar dan Husni manakala dia sekumpulan dengan Niza, Ijam, Fauzan dan Isman. Kumpulannya sudah pun menyiapkan laporan mereka semasa ‘prep’ petang tadi.
Syiera hanya senyum sumbing apabila mendengar soalan Qistina. Qistina diselubungi tanda-tanya. Tapi oleh kerana sudah terlewat untuk janjinya dengan Ijam untuk menyambung perbincangan petang tadi, dia mengabaikan seketika persoalannya dengan Syiera sebentar tadi.
“Aku blah dulu.” Laung Syiera apabila melihat kekalutan Qistina.
“Orait.” Balas Qistina tanpa menoleh dan terus mengemaskan barang-barang yang diperlukan.
Usai mengemas, Qistina melangkah ke kelas. Setibanya di sana, Ijam sudah sedia menantinya sambil berbual dengan Adam. Qistina mengambil tempat di bahagian belakang kelas, berdekatan dengan almari buku.
Qistina melemparkan senyum manis pada Adam.
“Aku pinjam dia sat. Kami ada discussion.” Beritahu Ijam pada Adam sambil mengangkat punggungnya untuk melangkah mendapatkan Qistina.
Adam hanya tersengih. Adam menyertai Syiera dan Niza apabila Ijam meninggalkannya untuk bersama Qistina.
“So, bila kita nak buat meeting untuk form four.” Ijam memulakan perbincangan mereka.
“Aku tak kisah, bila-bila pun aku on saja.” Balas Qistina.
“Tapi kita kena buat secepat mungkin. Sebab kita nak kena dapatkan list nama tu dengan confirmkan tentang uniform.” Qistina menyambung bicaranya.
Mereka berdua semakin akrab selepas Qistina dilantik menjadi Naib Presiden dan Ijam sebagai bendahari untuk PSSPGM, selain dari itu mereka berdua juga sama-sama menyertai Pengakap dan Kelab Sejarah.
“Yuran jangan lupa.” Sebagai Bendahari, Ijam memang tak boleh lekang dengan soal duit.
Qistina hanya tersengih.
“Yuran aku tak risau sangat sebab tak banyak sangat amount dia. Tapi yang aku risaukan, uniform tu. Aku takut ramai yang tak mampu.” Qistina menyatakan kebimbangannya dengan harga uniform yang agak tinggi untuk pelajar seperti mereka.
“Lima puluh ringgit untuk sepasang uniform, aku rasa tak la mahai sangat. Lagipun, uniform boleh pakai lama.” Balas Ijam.
Mereka meneruskan perbincangan mereka sehingga jam berbunyi pada jam sebelas malam, menandakan masa ‘prep’ sudah pun berakhir.
“Que...jom.” Laung Syiera pada Qistina.
“Ok...jom Ijam. Nanti hang bagitau kat abang Wan, abang Mizan dan abang Fauzi tentang apa yang kita dah bincang.” Qistina menamatkan perbincangan mereka dan mereka berdua bersama-sama menyertai Adam, Syiera dan Niza menuruni tangga, menuju terus ke dewan makan untuk minum lewat malam.
 

0 comments:

Followers