Cerita ni bukan cerita baru tp cerita yg pernah aku publish kat wordpress x lama dulu...sblm aku buat blog ni. Tp sbb wordpress kureng menarik minat aku, aku create this blog....hehehehe....crita ni jugak masih x complete...layan je la...mana tau idea boleh mari lagi lepas ni....heheheh
Bab 1
Ainul memarkir keretanya di bahu jalan. Cermin pandang ke belakang di alihkan agar menyuluh wajahnya. Tudung berwarna hijau muda dibetul-betulkan, gincu Maybelline berwarna Buff di calit sekali lalu….sekadar untuk menambahkan seri. Ainul melangkah penuh yakin menghampiri pondok pengawal di pintu besar syarikat antarabangsa H2H.
“Encik, saya report work hari ni…boleh saya bawak masuk kereta saya…parking kat dalam?” Tanya Ainul penuh adab.
Biasalah dah namanya pun first day. Nanti kena black list pula dengan guard. Susah nak hidup, macamana nak cari makan?
“Boleh berikan saya kad pengenalan?” Tanya pengawal yang berbaju seragam berwarna biru tua, seakan uniform JPJ jika dilihat dari jauh.
Tanpa banyak soal, Ainul menyerahkan Mykad yang berwarna biru muda miliknya kepada pengawal yang bernama Johari, nama pada tag yang tergantung di sebelah kanan dadanya.
Mykad bertukar tangan.
Johari mengangkat gagang telefon dan mendial sambungan 152.
“Nita, ada pelawat bernama Ainul Mardhiah. Katanya, dia report work hari ni.” Pengawal yang bernama Johari itu diam seketika, menunggu respon daripada wanita yang dipanggilnya Nita itu barangkali.
“Baik…terima kasih.” Johari meletakkan semula gagang.
Kad pengenalan Ainul dipulangkan tetapi disertakan bersama satu pas… TEMPORARY PASS.
“Cik perlu pakai pas ni sepanjang masa selagi cik belum dapat bagde, tapi cik kena pulangkan sebelum balik petang ni. Esok pun macam ni jugak, datang sini dulu untuk ambil pass ni sampai Cik dapat badge lah.” Ainul menanggukkan kepalanya sambil menandatangani buku keluar masuk secara manual… membuktikan kehadirannya. Hari pertamanya di H2H.
Ainul kembali mendapatkan kereta yang berada di seberang jalan. Perodua Kelisa berwarna jingga itu meluncur masuk ke dalam kawasan H2H. Setelah mengambil semua barang yang diperlukan untuk melaporkan diri. Beg sandang berwarna hijau tua berisi fail dan surat lantikan di galas ke bahu.
Ainul berjalan masuk dengan tenang. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke lobi utama H2H, dia disapa oleh seorang pengawal yang bertugas.
“Good morning. Cik report work ke interview?”
“Morning. Saya datang untuk report work.” Balas Ainul kepada pengawal yang berseragam putih.
‘Kenapa guard kat luaq tadi uniform biru….guard kat dalam ni uniform putih?’ Ainul bertanya sendiri tanpa diluahkan kepada pengawal yang menegurnya.
“Oh. Kalau macam tu, cik boleh ke bilik latihan di hujung sana. Bilik Topaz.”
Ainul mengangguk sambil mengukir senyum sebagai tanda terima kasih dan berlalu pergi. Ainul melangkah perlahan, berdebar-debar untuk memulakan kerjaya baru.
‘Harap-harap biarlah semuanya sekepala. Kalau tak, susah nak kerja.’ Ainul menanamkan harapan di hatinya sambil berdoa.
Pintu bilik bernama Topaz dikuaknya perlahan. Beberapa orang yang berada di dalamnya juga turut berkalih kepadanya. Ainul mengukir senyum sambil terus melangkah ke kerusi yang paling dekat dengannya.
Seorang wanita muda bergaya dengan seluar hitam dan berkemeja putih duduk di hadapannya.
“Hai.” Ainul sengaja meramahkan diri, mencari kenalan.
“Hai.” Wanita muda ini juga bersikap ramah.
Ainul rasa senang hati. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul lapan lima belas minit pagi. Bilik Topaz juga mula dipenuhi dan Ainul sempat mengenali beberapa orang daripadanya.
Pagi ni, Qistina mendaftarkan
diri sebagai mahasiswi di Institut Teknologi Mara, Arau dalam jurusan Diploma
Kejuruteraan Elektrik pengkhususan Peralatan Industri manakala Adam telah
menolak tawaran melanjutkan pengajian ke University of Surrey di UK dalam
Bachelor in Electrical Engineering sebaliknya menerima tawaran ke Institut
Teknologi Mara, Permatang Pasir dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik
pengkhususan Elektrik Tenaga.
Adam tetap menolak tawaran ke
Surrey walaupun bapanya memberi jaminan untuk mencari ruang buat Qistina
menyambung pengajian di universiti yang sama. Adam juga hanya kembali dari
pengajian kursus pendeknya dalam bidang fotografi di India, seminggu sebelum
pendaftaran masuk. Siapa pun tak dapat meneka apa yang Adam fikirkan.
Seminggu yang pendek itu,
hanya dua kali Adam datang menemuinya dan semalam merupakan kali kedua Adam
datang menemuinya. Hanya untuk memberi keizinan kepada Qistina menyambung
pengajiannya. Qistina dapat merasakan kebekuan dan kedinginan Adam padanya.
Walaupun Qistina amat merindui
Adam yang meninggalkannya sejak dua hari selepas pernikahan untuk menamatkan
pengajian kursus pendeknya dalam bidang fotografi di Chennai, India dia takut
untuk menzahirkan perasaanya apabila melihat kedinginan Adam.
Sedangkan sebelum menemui
Adam, hatinya sangat teruja. Dia teringin memeluk lelaki yang sah menjadi
suaminya sejak tiga bulan yang lalu. Dia teringin melihat sinar kasih di mata
Adam seperti dulu. Sebelum menjadi isteri kepada Adam, Qistina pernah merasakan
dia takkan kembali mengasihi mahupun merindui lelaki itu. Tetapi perasaan yang dimilikinya
usai ijab kabul membuatkan dia redha dan mula menyemai benih kasih buat suami
sendirian.
Sepanjang perjalanan dari
rumah mak ayah ke Arau, Qistina menghabiskan masa dengan termenung. Fikirannya
melayang jauh. Hidupnya terasa sangat kosong. Sepanjang di Chennai, Adam
menghubunginya seminggu sekali untuk bertanya khabar. Itupun hanya perbualan
yang singkat.
Qistina pujuk hati, Adam sibuk
di sana. Adam perlu fokus untuk selesaikan pengajian kursus jangka pendeknya. Tapi
pertemuan semalam, walaupun sekadar beberapa jam, Qistina benar-benar terasakan
kehilangan Adam yang amat mencintai dirinya. Dia bagaikan menerima hukuman
kerana keangkuhannya menolak cinta tulus Adam selama ini.
Mereka sekadar menikmati makan
malam di Tanjung Dawai. Beberapa jam bersama, mereka lebih banyak mendiamkan diri
dan menikmati angin malam di tepian laut Tanjung Dawai.
Qistina mengimpikan mereka
akan berjalan sambil berpegangan tangan buat kali pertamanya dan dia teringin
menonton wayang bersama Adam. Namun semuanya bagaikan terlekat dikerongkong
sahaja apabila melihat kebisuan Adam.
Ada juga bisikan jahat di
fikirannya, apakah Adam sudah punya pengganti sepanjang di Chennai? Apakah Adam
sudah beralih kasih? Kalau ya, kenapa Adam memilih untuk kembali ke Malaysia.
Pasti lebih baik jika Adam meneruskan pengajiannya di Surrey. Segala prasangka
bermain di fikirannya. Qistina sedih dan hiba sedangkan selama ini, puas dia
menolak Adam jauh dari sisinya.
Qistina mendaftar masuk seawal
pukul 9 pagi di Fakulti Kejuruteraan dan ditempatkan Kolej Beringin. Kolej
Beringin tidak sebagaimana kolej siswi yang lain. Selain daripada agak jauh
daripada kolej-kolej lain, Kolej Beringin juga kelihatan seperti kawasan
perumahan kerana bentuknya seperti rumah berkembar dua tanpa pagar.
Suasana sekeliling sangat
santai dan nyaman. Qistina terpegun. Setiap rumah di Kolej Beringin menempat
lapan pelajar dan Qistina sangat bernasib baik kerana semua isi rumahnya adalah
pelajar yang baru mendaftar masuk. Qistina ditempatkan di ruang tamu bersama
tiga pelajar lain. Dua daripada mereka iaitu Nora dan Fairuz juga daripada
Fakulti Kejuruteraan dan seorang lagi Syuhada dari Fakulti Perniagaan.
Qistina mengemaskan
barang-barangnya dengan hati yang sangat kosong. Sesungguhnya dia terasa sangat
kehilangan dan kesunyian walaupun persekitaran riuh dengan gelak ketawa.
Ditinggalkan sendirian di bumi Arau benar-benar buatkan dia rasa kejauhan
daripada semua yang disayanginya.
Qistina menarik nafas panjang
dan melepaskannya, seakan satu keluhan. Semuanya
salahnya sendiri. Permintaannya untuk membawa hala sendiri selepas perkahwinan
benar-benar dituruti Adam.
Untuk menarik balik
kata-katanya, Qistina malu. Untuk menyesal, rasanya sudah terlambat. Adam
meninggalkannya di Arau untuk meneruskan pengajian sedangkan Adam di Permatang
Pasir. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tanggunglah akibatnya.
Zuhrin mengacah Nurzaiham dan Nurzaihani.
Putera-puterinya ketawa riang. Nurin yang sedang melipat kain juga rasa bahagia
melihat suami dan anak-anak bergembira.
“Awak nak minum?” Pertanyaan Nurin membuahkan senyuman di
bibir Zuhrin.
“Tak apalah. Awak kan tengah lipat kain tu, saya buatkan
jus belimbing ya.” Nurin tersenyum sambil mengangguk.
“Terima kasih. Ni yang buat saya bertambah sayang dekat awak
ni.” Jawapan Nurin di balas dengan ciuman di pipi kiri oleh Zuhrin.
Zuhrin berlalu ke dapur dan kembali dengan dua gelas jus
belimbing kesukaan mereka berdua. Zuhrin duduk di sisi Nurin dan mengambil
beberapa helai kain untuk dilipat. Nurin mengambil kain-kain di tangan Zuhrin.
“Biar saya buat. Awak rehatlah, main dengan anak ka. Kan
awak dah penat, seharian di pejabat.” Nurin suka melihat Zuhrin bermain dengan
anak-anak mereka.
“Tak penat manalah. Awak lagi penat, dari pagi ke malam
tak henti-henti kerja. Badan awak pun makin hari makin susut. Awak susah hati
ke kahwin dengan saya?” Usik Zuhrin namun tetap ada kebimbangan di hatinya
apabila melihat Nurin yang makin susut.
“Mana boleh susah hati kahwin dengan awak. Bahagia ada
la.” Nurin ikhlas mengakuinya.
Walaupun sibuk menguruskan anak-anak dan perniagaan,
kebahagiaan rumahtangganya sentiasa memberikannya semangat dan kekuatan.
“Terima kasih. Sebab awak selalu ada di sisi saya.” Zuhrin
menggenggam tangan Nurin.
“Sebab awak juga selalu di sisi saya.” Nurin membalas
lembut.
“Awak dah sedia nak hadapi kenyataan hidup kita?” Zuhrin
sendiri takut, namun dia tahu dia tak dapat bersembunyi selama-lamanya.
“Saya takut. Macam ada yang tak kena antara mak awak
dengan mama.” Terdengar keluhan halus Zuhrin.
“Siapa sangka kita sebenarnya sepupu kan?” Nurin
merebahkan badannya dan meletakkan kepalanya di ribaan Zuhrin.
Zuhrin membelai pipi isterinya, lembut.
“Nasib baik sepupu, kalau mahram kan ke naya.” Dalam
gurauan ada kebenaran kata-kata Zuhrin itu.
“Saya ada satu lagi rahsia nak bagitau awak.” Nurin
mendongakkan kepalanya, mencari wajah Zuhrin.
“Rahsia?”
Zuhrin menganggukkan kepalanya.
“Saya pernah bagitau kat awak kan, mak saya dah ada
pilihan untuk saya.” Nurin pula menganggukkan kepalanya.
“Kami dah bertunang yang sebenarnya. Hubungan kami bukan
atas dasar cinta, tapi kerana pilihan keluarga. Saya tak pernah mencintai dia,
sebab dari kecil saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.” Nurin cuba
mengawal emosi.
“Saya minta maaf, sebab rahsiakan perkara sebesar ni
daripada awak.” Nurin menggenggam jari-jari Zuhrin.
“Saya mencari ruang untuk berterus-terang dengan keluarga
kita dan sekaligus putuskan pertunangan saya dengan Iffah secara rasmi.”
“Secara rasmi?” Nurin bertanya sambil matanya memandang
ke arah anak-anak.
“Saya dah putuskan pertunangan dengan Iffah. Saya
berterus-terang dengan dia, saya kahwin dan dah ada anak pun. Saya bagitau dia,
saya hanya cintakan awak dan anak-anak.” Zuhrin mengucup dahi Nurin, lembut.
“Macamana awak nak bagitau? Saya takut la awak. Saya
minta maaf, tapi saya dapat rasa mak awak macam susah nak terima. Saya rasa ada
sejarah yang saya tak tau.” Kata-kata Nurin disambut dengan dengan renungan
resah daripada Zuhrin.
“Menurut kata Mak Long, mak marah dengan arwah mama papa
sebab arwah papa dulu tunang mak saya. Macam yang awak tau, mama awak kembar
mak saya. Depa terlalu rapat tapi mak saya tak tau mama dengan papa dah
bercinta. Papa ditunangkan dengan mak dan ayah saya ditunangkan dengan mama.”
Nurin mengeluh.
‘Macam berat ja.’
“Lebih kurang seminggu sebelum nikah, mama dengan papa
kahwin lari dan tak pernah balik lagi sampailah depa meninggal. Jemputan dah
dipanggil, so mak dengan ayah terpaksa dikahwinkan sebab nak menutup malu. Tapi
orang tanya la juga sebab dalam kad kenduri untuk dua pasang. Apa yang saya
tau, mak saya tak pernah maafkan mama sebab rampas tunang dia dan terpaksa
berkahwin dengan orang yang dia tak cintai. Tapi mak terlupa yang orang yang
dia cintai juga mencintai orang lain. Saya kesiankan ayah sebenarnya. Ayah terlalu
sayangkan mak, tapi saya tak rasa mak nampak semua tu sebab terlindung dek rasa
terpaksa dan benci.” Panjang lebar Zuhrin menerangkan kepada Nurin.
Zuhrin rasa Nurin berhak untuk mengetahui kebenaran yang
perlu mereka hadapi.
Nurin mengeluh perlahan.
“Saya rasa hubungan kita bukan sahaja akan timbulkan
kemarahan mak awak, tapi dendam lama semakin menyala. Saya bersalah kepada
awak. Semua ni idea saya.” Nurin rasa bersalah.
Zuhrin menggelengkan kepalanya.
“Tidak, sayang. Semua yang terjadi telah ditetapkan.
Jodoh kita telah diaturkan. Suka ataupun tidak, kita memang telah dijodohkan
bersama. Apa yang penting, kita menghargai kebahagiaan yang telah dikurniakan
kepada kita.” Zuhrin memberi semangat.
“Apa yang penting, kita akan tempuhi bersama segala susah
dan senang.” Tangan mereka saling menggenggam.
“Demi kebahagiaan kita dan anak-anak.” Nurin menyambung.
Zuhrin mengucup pipi kanan Nurin, tangan mereka masih
saling menggenggam.
“Saya harap mak akan memaafkan kita, walaupun susah. Saya
harap Iffah dan keluarga juga akan memaafkan saya. Saya tak mampu
membahagi-bahagikan kasih saya kepada orang lain. Kasih saya terbahagi kepada
awak dan anak-anak kerana awak dan anak-anaklah dunia saya. Nyawa saya.” Nurin
mengukir senyum.
“Pernah terfikir betapa gilanya hubungan kita, tapi saya
bersyukur kerana kegilaan ini telah memberikan saya satu kebahagiaan yang tak
boleh ditukar ganti.” Nurin sendiri sukar untuk mempercayai kegilaan mereka
ketika itu.
Kegilaan yang sekali-sekala mengundang tawa sendirian
tika terkenang memori lalu.
“Awak…” Nurin memanggil dengan nada manja.
Zuhrin mengerutkan dahinya.
“Kita expand business nak?” Cadangan Nurin menambahkan
kerutan dahinya.
“Sempat ke awak nak uruskan?” Zuhrin risau dengan
kesihatan isterinya kerana kesibukan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan
kini sibuk dengan putera-puterinya yang lasak.
“Bukan saya, tapi awak.” Zuhrin menggelengkan kepalanya.
Dia tak faham.
“Forget about
our status now. Apapun mak ayah awak juga
mak ayah saya. Saya kesian tengok depa meniaga di pasar-pasar malam. Kita ada
kemampuan, kenapa kita tak keluarkan modal dan bukakan satu restoran sebagai
satu restoran keluarga.” Cadangan Nurin sememangnya pernah difikirkan, tapi
bukanlah sekarang.
“Mak dengan ayah bukannya muda lagi. Kesian depa dok angkat
barang ke sana-sini. Kalau ada restoran, tak la teruk sangat.” Zuhrin hanya
termampu untuk mengangguk, mengakui kata-kata isterinya.
“Awak bincanglah dulu. Saya akan keluarkan modal tapi
saya rasa depa tak perlu tahu tentang hal ni. Katakan saja, melalui pinjaman
misalnya.” Nurin sebenarnya mengharapkan kemaafan daripada kedua mertuanya,
semoga usahanya akan diberkati.
Abah dan bonda menghantar mereka
sepuluh minit menghampiri pukul enam setengah petang, saat ramai pelajar pulang
dari bandar. Kepulangan mereka menangkap banyak mata. Qistina cuak, pasti bala
menunggu esok. Selesai bersalam dengan keduanya Qistina bergegas meninggalkan
tempat itu.
Adam tahu Qistina melarikan diri
darinya. Mulanya dia ingin mengejar Qistina dan mendapatkan penjelasan tetapi
apabila melihat kelibat beberapa teman lain yang memandangnya dengan pandangan
yang pelik, Adam membiarkan Qistina terus mengatur langkahnya dengan laju.
Adam selamat daripada sebarang
pertanyaan daripada beberapa orang teman lain apabila Syiera, Niza, Helmi dan
Ijam turun daripada bas yang membawa mereka pulang dari bandar.
“Hang pi mana dengan parents?” Mereka memang tahu, sejak
sebulan yang lalu ibu bapa Adam akan menjemputnya untuk keluar makan atau
membeli apa-apa keperluan.
Mereka bimbang apa-apa yang
tidak diingini berlaku tambahan pula dengan situasi yang penuh tekanan untuk
menghadapi SPM.
Adam menjawab hanya dengan
senyuman. Mereka berpisah dengan Syiera dan Niza di pintu pagar yang memisahkan
ASPURA dan ASPURI.
Hati Adam disayat pilu apabila
melihat mereka berempat saling berbalas lambaian. Kenangannya dengan Qistina
menyapa pandang, tanpa disedarinya Qistina memerhatinya dari jauh disebalik
kain-kain diampaian. Hatinya juga rindukan Adam, tapi cemburu Adam sangat
menyiksa hatinya. Dia mampu menahan semua tohmahan orang, tapi tidak daripada
Adam.
Kadang-kadang dia bertanya
sendiri, apakah aku yang bersalah? Dia sendiri tiada jawapannya.
Pihak sekolah mengadakan
Majlis Penutup untuk pelajar-pelajar tingkatan lima seminggu sebelum menempuh
peperiksaan besar yang bakal menentukan hidup mereka. Tiada apa yang istimewa,
sekadar makan-makan, berbual dan persembahan daripada pelajar.
Guru-guru juga memberi sepenuh
peluang kepada pelajar-pelajar beramah mesra dan bergurau senda. Qistina banyak
menghabiskan masanya dengan Lisa. Jika bersama Syiera dan Niza pasti hatinya
akan terasa hiba. Cemburu melihat hubungan masing-masing yang makin mekar, tanpa
halangan jika mahu dibandingkan dengan dirinya. Lisa amat memahami dirinya,
terasa sangat dekat sehinggakan kadang-kadang mereka berbual dan mengulangkaji
berdua sehingga tertidur berdua di atas satu katil bujang yang sempit.
Lampu di dalam dewan sedikit
malap, memberi ruang dan perhatian ke atas pentas. Bersilih ganti teman-teman
membuat persembahan. Ada yang mempersembahkan dikir barat, boria, nyanyian
ala-ala akustik, pantomim dan macam-macam lagi. Dalam keriuhan itu, hatinya
tercari-cari sang arjuna hati. Namun hampa.
Dalam tercari-cari Lisa
mencuit bahunya, Qistina mengalih pandangannya.
“Dia ada kat luaq. Ada benda
yang dia nak bincangkan dengan hang. Tak boleh tidak.” Lisa membisikkan ke
telinganya sebiji-sebiji.
Qistina menarik nafas panjang
dan melepaskannya...kedengaran seperti mengeluh.
“Babe, pi la. Kesian kat dia.” Ternyata, hari ni Lisa meneyebelahi
Adam. Tidak neutral seperti selalu.
Hampir lima minit Qistina
membatu, berfikir dan akhirnya dia bangun menuju ke tempat Adam menunggunya.
“Assalamualaikum.” Salam yang
diberi Qistina mengejutkan Adam.
“Waalaikumsalam.” Perlahan
Adam menjawab, bagaikan tak percaya matanya sendiri melihat kelibat Qistina.
“Awak tak sudi duduk dengan
saya?” Adam memberi ruang kepada Qistina untuk melabuhkan punggung di sisinya
di atas bangku di bawah pohon buluh.
Tanpa menjawab, Qistina
melabuhkan punggungnya.
Masing-masing berdiam,
bagaikan mencari idea untuk memulakan perbualan.
“Awak...” Lembut Adam
memanggil.
Tanpa menjawab Qistina
berkaleh.
“Saya membayangkan awak takkan
mai jumpak saya malam ni. Saya merasakan saya makin kehilangan awak.” Akhirnya
terluah juga rasa hatinya malam ini.
Qistina menunduk. Dia tahu,
dia rasa bersalah. Tapi dia tak mampu.
“Masih adakah ruang di hati
awak untuk saya?” terdengar Qistina mengeluh.
Suasana masih sepi, Qistina
masih belum bersuara.
“Saya masih Qistina yang sama,
cuma saya rasa saya perlukan sedikit ruang untuk bernafas. Saya tak bencikan
awak, tapi...” Qistina tak tahu bagaimana mahu mengatur ayat untuk tidak
melukakan Adam.
Adam dapat rasakan nada yang
tidak seimbang antara mereka.
“Awak...saya tahu, hubungan
antara kita telah ditetapkan...saya pohon pada awak... tolonglah berikan saya
sedikit ruang...tidak...kita sedikit ruang untuk menilai kembali hubungan kita.
Andai masih adanya cinta di hati kita, insya-Allah kita akan terus bersama.
Tapi masa la, saya pohon...biarlah saya dengan hala saya dan awak dengan hala
awak.” Adam menunduk menyembunyikan matanya yang berkaca.
Hatinya hancur, tapi dia tak
mahu mengalirkan air mata di hadapan seorang perempuan kerana seorang
perempuan.
“Terima kasih.” Ucap Adam dan
terus beredar.
Qistina terpaku dengan
tindakan Adam. Adam tak pernah meninggalkannya begitu.
‛Ya Allah...kejamkah aku?’ Qistina buntu.
Perlahan-lahan Qistina bangun
dan mengatur langkah masuk kembali ke dewan. Melihat dia masuk, dewan tiba-tiba
menjadi riuh. Qistina hairan, tanpa memperdulikan mereka Qistina kembali ke
sisi Lisa.
“Jodoh pertemuan di tangan
Allah, semoga masa menentukan andai jodoh milik kita. ” Dengan diiringi Ijam
dan Helmi, Adam mula memetik gitarnya dan mendendangkan lagu yang meruntun
hatinya Qistina. Lagu kegemarannya dengan Adam, Truly Madly Deeply dendangan asal kumpulan Savage Garden
berkumandang.
I'll be your dream, I'll be your wish I'll be your fantasy
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need
I love you more with every breath truly madly deeply do
I will be strong I will be faithful 'cause I'm counting on
A new beginning.
A reason for living.
A deeper meaning.
I want to stand with you on a
mountain
I want to bathe with you in the sea
I want to lay like this forever
until the sky falls down on me
And when the stars are shining brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven then make you want to cry
The tears of joy for all the pleasure in the certainty
That we're surrounded by the comfort and protection of
The highest powers. In lonely hours. The tears devour you
Oh can't you see it baby?
You don't have to close your eyes
'Cause it's standing right here before you
All that you need will surely come
Qistina menyeka air matanya.
‛Maafkan saya, berilah saya ruang. Insya-Allah...andai kuat jodoh
kita...kita bakal bersatu.’ Qistina meninggalkan dewan kerana tak mahu ada yang melihat air matanya.
Tiada kurangnya kasih Adam
padanya. Kadang-kadang dia terfikir sendiri, adakah dia sangat kejam melayani
Adam....adilkah dia kepada Adam dan adakah dia sangat mementingkan diri
sendiri?
Memiliki cinta Adam bukanlah
sesuatu yang mudah, Adam antara bintang di sekolah, seorang pemain hoki
peringkat negeri dan juga anak orang berada, diminati dan menjadi igauan ramai
gadis-gadis namun hanya cintanya yang ditagih pemuda itu.
Qistina bertanya sendiri,
adakah dia seorang yang tak tahu bersyukur dan menghargai orang lain, dan orang
lain itu ialah Adam. Qistina tak punya jawapan.