Bab 22
Hari ni hari Jumaat ataupun dipanggil hari KO oleh mereka ataupun panjangnya, hari ko-kurikulum. Semua pelajar tahun 1 iaitu semester satu dan dua wajib menyertai ko-kurikulum. Pilihan untuk pelajar semester satu hanyalah dua, iaitu Kesatria dan PALAPES. Sejak dari kecil Qistina amat berminat dengan aktiviti lasak, oleh kerana itu dia memilih untuk menyertai PALAPES. Selain itu, dia hanya mahu menyibukkan diri daripada memikirkan hatinya kosong dan hampa.
Qistina menyarungkan pakaian sukan yang di panggil number ten, serba hitam. Mereka mesti berkumpul di gelanggang tenis Kolej Mayang tepat pukul tiga petang untuk bergerak bersama intermediate (pelajar semester 3) dan senior (pelajar semester 5. Mereka pelajar semester satu atau Part 1, dikenali sebagai Junior. Kolej Mayang juga dikenali sebagai Kolej PALAPES untuk Pegawai Kadet Wanita (PKW) manakala Kolej Jati pula untuk Pegawai Kadet lelaki (PK).
Sebulan bergelar siswi ITM Arau dan juga Junior PALAPES, mengajar Qistina erti persahabatan yang lain daripada persahabatan yang dia kenal selama ini. Persahabatan seperti saudara walaupun tiada pertalian darah. Kesibukan dan keriuhan dikelilingi keluarga baru dalam PALAPES membuatkan Qistina melupakan seketika gelora rindu buat suaminya yang juga sama mendiamkan diri. Dek kerana itu, Qistina benar-benar selesa menyembunyikan status dirinya daripada teman-teman.
Selama di Teknik, Qistina tidak pernah rapat dengan Wida dari kelas perdagangan walaupun kelas mereka bersebelahan. Tapi kini, selepas sama-sama menyertai PALAPES Wida bagai menggantikan Lisa dalam hidup Qistina kerana Lisa melanjutkan pengajiannya di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
Usai latihan mereka petang Jumaat itu, mereka berjalan berbondong-bondong berjalan ke Kolej Mayang untuk makan malam di dewan makan siswi sebelum pulang ke Kolej Beringin. Selesai mengisi perut, dalam perjalanan pulang ke Kolej Beringin Wida mencuit pinggang Qistina.
“Que, tu bukan budak-budak teknik ka? Ramainya depa, macam buat reunion. Setengah tu budak Penang kan?” Qistina berkaleh ke arah yang ditunjuk oleh Wida.
Qistina menganggukkan kepalanya mengiakan kata-kata Wida.
Saiful dan Hairul yang juga satu skuad dengan mereka dalam PALAPES juga kelihatan bersama teman-teman yang lain. Sebagaimana Wida, Saiful dan Hairul juga satu sekolah dengan Qistina Cuma mereka tidak pernah rapat. Wida menarik tangan Qistina untuk bergerak ke arah kumpulan itu.
“Hangpa buat reunion tak panggil kami pun.” Tegur Wida kepada Hairul dan Saiful.
“Depa pun kami baru panggil. Ni bukan reunion, tak plan pun. Tiba-tiba ja terasa nak mai sini...start enjin kereta perderaih je la.” Jawab Ijam.
Qistina hanya mengangguk sambil mengukir senyum sekadar menghormati teman baiknya yang kini bersama Adam di Permatang Pasir.
“Hanga mai berapa orang?” Ramah Wida bertanya.
“Sepuluh orang tapi tiga bijik kereta, sebab Adam balik asing nanti. Jadi kami balik dua bijik kereta je la.” Jawab Ijam lagi.
“Aku nak balik mandi dulu la ya, sat lagi mak pak aku sampai. Minggu ni boleh balik.” Qistina menarik nafas lega apabila Wida meminta diri.
“Que, sat...ni ada pesanan untuk hang.” Ijam menghulurkan sekeping kertas kecil.
Kepingan kertas itu menjadi perhatian semua orang kecuali Adam yang bagaikan halimunan di situ.
Qistina mengangguk sambil berlalu bersama Wida.
“Kertas apa tu?” Wida yang pendiam juga sudah bertukar menjadi seorang yang peramah apabila bersama sesama mereka ahli-ahli PALAPES.
“Entah, nantilah...balik nanti la aku baca. Mak pak hang nak mai amik pukoi brapa?” Wida melihat jam tangannya.
“Lagi setengah jam, insya-Allah. La ni pukoi 7.30, depa kata sampai insya-Allah pukoi 8 malam. Tu la kan...susahnya kita. Habih training pukoi 7 lebih. Keretapi dari Arau balik Sungai Petani pukoi 7.30. Memang pakai takdan la nak ligan.” Keluh Wida.
Perlahan-lahan Qistina menganggukkan kepalanya.
“Hang tak balik Que? Dah sebulan kita kat sini, sekali pun hang tak balik lagi. Ni kira kali kedua orang lain balik tau. Hang tak sunyi ka dok sorang-sorang? Tambah-tambah minggu ni cuti tiga hari pulak tu.”
“Aku balik, tapi insya-Allah sok pagi la dengan bas. Macam hang kata la, mana nak dan ligan keretapi lagi dah.”
“Hang tumpang aku la macam tu.” Pelawa Wida, dengan pantas Qistina menolak.
“Aku nak siapkan kerja-kerja aku dulu, sok aku balik dengan senang hati.” Qistina tak mahu menyusahkan Wida.
“Okaylah, malam ni jaga diri elok-elok.” Pesan Wida sebelum masuk ke dalam rumahnya yang hanya selang tiga biji dari rumah kediamannya.
Qistina teruskan perjalanannya pulang. Rumahnya yang didiaminya sangat sunyi, rasanya semua orang dah balik kampung. Qistina mengeluh.
Dibukanya kertas yang diberikan Ijam.
Abang tunggu Qistina di Pusat Islam, pukoi lapan setengah malam. Take your time, kita balik rumah mak ayah Qistina malam ni.
Qistina bagaikan mahu pitam membaca pesanan daripada Ijam. Pesanan Adam rupanya. Qistina memandang jam di tangannya, dah hampir pukul lapan, sedangkan dia belum mandi dan barang juga belum dikemaskan. Qistina mula panik.
0 comments:
Post a Comment