Total Pageviews

Love songs

Wednesday, February 22, 2012

| | | 0 comments






XOXO



Dah lama tu...

Thursday, February 16, 2012

| | | 0 comments
Dah lama aku x post n3 baru kat sini...kenapa ya? Idea block ke? Mungkin jugak...hm....


Nak kata block langsung, rasanya x jugak...tp ntahlah...
Cemana pun nk kena sambung gak salah satu drpnya...heheheh


I am surprise

Wednesday, January 11, 2012

| | | 0 comments
Wow...x pernah terpk ada reader untuk blog ni. Baru ja perasan, no of reader macam tetiba ja naik. Terkejut dan confuse jugak.

Sehari ada more than 20 visit...mmg tinggi la untuk blog ni. Hehehe...

Apapun, TQ sbb membaca tulisan amatur mcm saya. ^_^

Terlanjur Cinta -36-

Tuesday, December 20, 2011

| | | 0 comments

Bab 36


Zuhrin mengacah Nurzaiham dan Nurzaihani. Putera-puterinya ketawa riang. Nurin yang sedang melipat kain juga rasa bahagia melihat suami dan anak-anak bergembira.
“Awak nak minum?” Pertanyaan Nurin membuahkan senyuman di bibir Zuhrin.
Nurin terpesona melihat senyuman itu.
“Awak nak minum apa? Biar saya buatkan.” Zuhrin menawarkan diri.
Nurin mengerutkan dahinya.
“Tak apalah. Awak kan tengah lipat kain tu, saya buatkan jus belimbing ya.” Nurin tersenyum sambil mengangguk.
“Terima kasih. Ni yang buat saya bertambah sayang dekat awak ni.” Jawapan Nurin di balas dengan ciuman di pipi kiri oleh Zuhrin.
Zuhrin berlalu ke dapur dan kembali dengan dua gelas jus belimbing kesukaan mereka berdua. Zuhrin duduk di sisi Nurin dan mengambil beberapa helai kain untuk dilipat. Nurin mengambil kain-kain di tangan Zuhrin.
“Biar saya buat. Awak rehatlah, main dengan anak ka. Kan awak dah penat, seharian di pejabat.” Nurin suka melihat Zuhrin bermain dengan anak-anak mereka.
“Tak penat manalah. Awak lagi penat, dari pagi ke malam tak henti-henti kerja. Badan awak pun makin hari makin susut. Awak susah hati ke kahwin dengan saya?” Usik Zuhrin namun tetap ada kebimbangan di hatinya apabila melihat Nurin yang makin susut.
“Mana boleh susah hati kahwin dengan awak. Bahagia ada la.” Nurin ikhlas mengakuinya.
Walaupun sibuk menguruskan anak-anak dan perniagaan, kebahagiaan rumahtangganya sentiasa memberikannya semangat dan kekuatan.
“Terima kasih. Sebab awak selalu ada di sisi saya.” Zuhrin menggenggam tangan Nurin.
“Sebab awak juga selalu di sisi saya.” Nurin membalas lembut.
“Awak dah sedia nak hadapi kenyataan hidup kita?” Zuhrin sendiri takut, namun dia tahu dia tak dapat bersembunyi selama-lamanya.
“Saya takut. Macam ada yang tak kena antara mak awak dengan mama.” Terdengar keluhan halus Zuhrin.
“Siapa sangka kita sebenarnya sepupu kan?” Nurin merebahkan badannya dan meletakkan kepalanya di ribaan Zuhrin.
Zuhrin membelai pipi isterinya, lembut.
“Nasib baik sepupu, kalau mahram kan ke naya.” Dalam gurauan ada kebenaran kata-kata Zuhrin itu.
“Saya ada satu lagi rahsia nak bagitau awak.” Nurin mendongakkan kepalanya, mencari wajah Zuhrin.
“Rahsia?”
Zuhrin menganggukkan kepalanya.
“Saya pernah bagitau kat awak kan, mak saya dah ada pilihan untuk saya.” Nurin pula menganggukkan kepalanya.
“Kami dah bertunang yang sebenarnya. Hubungan kami bukan atas dasar cinta, tapi kerana pilihan keluarga. Saya tak pernah mencintai dia, sebab dari kecil saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.” Nurin cuba mengawal emosi.
“Saya minta maaf, sebab rahsiakan perkara sebesar ni daripada awak.” Nurin menggenggam jari-jari Zuhrin.
“Saya mencari ruang untuk berterus-terang dengan keluarga kita dan sekaligus putuskan pertunangan saya dengan Iffah secara rasmi.”
“Secara rasmi?” Nurin bertanya sambil matanya memandang ke arah anak-anak.
“Saya dah putuskan pertunangan dengan Iffah. Saya berterus-terang dengan dia, saya kahwin dan dah ada anak pun. Saya bagitau dia, saya hanya cintakan awak dan anak-anak.” Zuhrin mengucup dahi Nurin, lembut.
“Macamana awak nak bagitau? Saya takut la awak. Saya minta maaf, tapi saya dapat rasa mak awak macam susah nak terima. Saya rasa ada sejarah yang saya tak tau.” Kata-kata Nurin disambut dengan dengan renungan resah daripada Zuhrin.
“Menurut kata Mak Long, mak marah dengan arwah mama papa sebab arwah papa dulu tunang mak saya. Macam yang awak tau, mama awak kembar mak saya. Depa terlalu rapat tapi mak saya tak tau mama dengan papa dah bercinta. Papa ditunangkan dengan mak dan ayah saya ditunangkan dengan mama.”
Nurin mengeluh.
‘Macam berat ja.’
“Lebih kurang seminggu sebelum nikah, mama dengan papa kahwin lari dan tak pernah balik lagi sampailah depa meninggal. Jemputan dah dipanggil, so mak dengan ayah terpaksa dikahwinkan sebab nak menutup malu. Tapi orang tanya la juga sebab dalam kad kenduri untuk dua pasang. Apa yang saya tau, mak saya tak pernah maafkan mama sebab rampas tunang dia dan terpaksa berkahwin dengan orang yang dia tak cintai. Tapi mak terlupa yang orang yang dia cintai juga mencintai orang lain. Saya kesiankan ayah sebenarnya. Ayah terlalu sayangkan mak, tapi saya tak rasa mak nampak semua tu sebab terlindung dek rasa terpaksa dan benci.” Panjang lebar Zuhrin menerangkan kepada Nurin.
Zuhrin rasa Nurin berhak untuk mengetahui kebenaran yang perlu mereka hadapi.
Nurin mengeluh perlahan.
“Saya rasa hubungan kita bukan sahaja akan timbulkan kemarahan mak awak, tapi dendam lama semakin menyala. Saya bersalah kepada awak. Semua ni idea saya.” Nurin rasa bersalah.
Zuhrin menggelengkan kepalanya.
“Tidak, sayang. Semua yang terjadi telah ditetapkan. Jodoh kita telah diaturkan. Suka ataupun tidak, kita memang telah dijodohkan bersama. Apa yang penting, kita menghargai kebahagiaan yang telah dikurniakan kepada kita.” Zuhrin memberi semangat.
“Apa yang penting, kita akan tempuhi bersama segala susah dan senang.” Tangan mereka saling menggenggam.
“Demi kebahagiaan kita dan anak-anak.” Nurin menyambung.
Zuhrin mengucup pipi kanan Nurin, tangan mereka masih saling menggenggam.
“Saya harap mak akan memaafkan kita, walaupun susah. Saya harap Iffah dan keluarga juga akan memaafkan saya. Saya tak mampu membahagi-bahagikan kasih saya kepada orang lain. Kasih saya terbahagi kepada awak dan anak-anak kerana awak dan anak-anaklah dunia saya. Nyawa saya.” Nurin mengukir senyum.
“Pernah terfikir betapa gilanya hubungan kita, tapi saya bersyukur kerana kegilaan ini telah memberikan saya satu kebahagiaan yang tak boleh ditukar ganti.” Nurin sendiri sukar untuk mempercayai kegilaan mereka ketika itu.
Kegilaan yang sekali-sekala mengundang tawa sendirian tika terkenang memori lalu.
“Awak…” Nurin memanggil dengan nada manja.
Zuhrin mengerutkan dahinya.
“Kita expand business nak?” Cadangan Nurin menambahkan kerutan dahinya.
“Sempat ke awak nak uruskan?” Zuhrin risau dengan kesihatan isterinya kerana kesibukan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan kini sibuk dengan putera-puterinya yang lasak.
“Bukan saya, tapi awak.” Zuhrin menggelengkan kepalanya.
Dia tak faham.
“Forget about our status now. Apapun mak ayah awak juga mak ayah saya. Saya kesian tengok depa meniaga di pasar-pasar malam. Kita ada kemampuan, kenapa kita tak keluarkan modal dan bukakan satu restoran sebagai satu restoran keluarga.” Cadangan Nurin sememangnya pernah difikirkan, tapi bukanlah sekarang.
“Mak dengan ayah bukannya muda lagi. Kesian depa dok angkat barang ke sana-sini. Kalau ada restoran, tak la teruk sangat.” Zuhrin hanya termampu untuk mengangguk, mengakui kata-kata isterinya.
“Awak bincanglah dulu. Saya akan keluarkan modal tapi saya rasa depa tak perlu tahu tentang hal ni. Katakan saja, melalui pinjaman misalnya.” Nurin sebenarnya mengharapkan kemaafan daripada kedua mertuanya, semoga usahanya akan diberkati.
Zuhrin hilang kata-kata.

Izinku Pergi -20-

Monday, October 10, 2011

| | | 0 comments

Bab 20
Abah dan bonda menghantar mereka sepuluh minit menghampiri pukul enam setengah petang, saat ramai pelajar pulang dari bandar. Kepulangan mereka menangkap banyak mata. Qistina cuak, pasti bala menunggu esok. Selesai bersalam dengan keduanya Qistina bergegas meninggalkan tempat itu.
Adam tahu Qistina melarikan diri darinya. Mulanya dia ingin mengejar Qistina dan mendapatkan penjelasan tetapi apabila melihat kelibat beberapa teman lain yang memandangnya dengan pandangan yang pelik, Adam membiarkan Qistina terus mengatur langkahnya dengan laju.
Adam selamat daripada sebarang pertanyaan daripada beberapa orang teman lain apabila Syiera, Niza, Helmi dan Ijam turun daripada bas yang membawa mereka pulang dari bandar.
“Hang pi mana dengan parents?” Mereka memang tahu, sejak sebulan yang lalu ibu bapa Adam akan menjemputnya untuk keluar makan atau membeli apa-apa keperluan.
Mereka bimbang apa-apa yang tidak diingini berlaku tambahan pula dengan situasi yang penuh tekanan untuk menghadapi SPM.
Adam menjawab hanya dengan senyuman. Mereka berpisah dengan Syiera dan Niza di pintu pagar yang memisahkan ASPURA dan ASPURI.
Hati Adam disayat pilu apabila melihat mereka berempat saling berbalas lambaian. Kenangannya dengan Qistina menyapa pandang, tanpa disedarinya Qistina memerhatinya dari jauh disebalik kain-kain diampaian. Hatinya juga rindukan Adam, tapi cemburu Adam sangat menyiksa hatinya. Dia mampu menahan semua tohmahan orang, tapi tidak daripada Adam.
Kadang-kadang dia bertanya sendiri, apakah aku yang bersalah? Dia sendiri tiada jawapannya.
Pihak sekolah mengadakan Majlis Penutup untuk pelajar-pelajar tingkatan lima seminggu sebelum menempuh peperiksaan besar yang bakal menentukan hidup mereka. Tiada apa yang istimewa, sekadar makan-makan, berbual dan persembahan daripada pelajar.
Guru-guru juga memberi sepenuh peluang kepada pelajar-pelajar beramah mesra dan bergurau senda. Qistina banyak menghabiskan masanya dengan Lisa. Jika bersama Syiera dan Niza pasti hatinya akan terasa hiba. Cemburu melihat hubungan masing-masing yang makin mekar, tanpa halangan jika mahu dibandingkan dengan dirinya. Lisa amat memahami dirinya, terasa sangat dekat sehinggakan kadang-kadang mereka berbual dan mengulangkaji berdua sehingga tertidur berdua di atas satu katil bujang yang sempit.
Lampu di dalam dewan sedikit malap, memberi ruang dan perhatian ke atas pentas. Bersilih ganti teman-teman membuat persembahan. Ada yang mempersembahkan dikir barat, boria, nyanyian ala-ala akustik, pantomim dan macam-macam lagi. Dalam keriuhan itu, hatinya tercari-cari sang arjuna hati. Namun hampa.
Dalam tercari-cari Lisa mencuit bahunya, Qistina mengalih pandangannya.
“Dia ada kat luaq. Ada benda yang dia nak bincangkan dengan hang. Tak boleh tidak.” Lisa membisikkan ke telinganya sebiji-sebiji.
Qistina menarik nafas panjang dan melepaskannya...kedengaran seperti mengeluh.
“Babe, pi la. Kesian kat dia.” Ternyata, hari ni Lisa meneyebelahi Adam. Tidak neutral seperti selalu.
Hampir lima minit Qistina membatu, berfikir dan akhirnya dia bangun menuju ke tempat Adam menunggunya.
“Assalamualaikum.” Salam yang diberi Qistina mengejutkan Adam.
“Waalaikumsalam.” Perlahan Adam menjawab, bagaikan tak percaya matanya sendiri melihat kelibat Qistina.
“Awak tak sudi duduk dengan saya?” Adam memberi ruang kepada Qistina untuk melabuhkan punggung di sisinya di atas bangku di bawah pohon buluh.
Tanpa menjawab, Qistina melabuhkan punggungnya.
Masing-masing berdiam, bagaikan mencari idea untuk memulakan perbualan.
“Awak...” Lembut Adam memanggil.
Tanpa menjawab Qistina berkaleh.
“Saya membayangkan awak takkan mai jumpak saya malam ni. Saya merasakan saya makin kehilangan awak.” Akhirnya terluah juga rasa hatinya malam ini.
Qistina menunduk. Dia tahu, dia rasa bersalah. Tapi dia tak mampu.
“Masih adakah ruang di hati awak untuk saya?” terdengar Qistina mengeluh.
Suasana masih sepi, Qistina masih belum bersuara.
“Saya masih Qistina yang sama, cuma saya rasa saya perlukan sedikit ruang untuk bernafas. Saya tak bencikan awak, tapi...” Qistina tak tahu bagaimana mahu mengatur ayat untuk tidak melukakan Adam.
Adam dapat rasakan nada yang tidak seimbang antara mereka.
“Awak...saya tahu, hubungan antara kita telah ditetapkan...saya pohon pada awak... tolonglah berikan saya sedikit ruang...tidak...kita sedikit ruang untuk menilai kembali hubungan kita. Andai masih adanya cinta di hati kita, insya-Allah kita akan terus bersama. Tapi masa la, saya pohon...biarlah saya dengan hala saya dan awak dengan hala awak.” Adam menunduk menyembunyikan matanya yang berkaca.
Hatinya hancur, tapi dia tak mahu mengalirkan air mata di hadapan seorang perempuan kerana seorang perempuan.
“Terima kasih.” Ucap Adam dan terus beredar.
Qistina terpaku dengan tindakan Adam. Adam tak pernah meninggalkannya begitu.
‛Ya Allah...kejamkah aku?’ Qistina buntu.
Perlahan-lahan Qistina bangun dan mengatur langkah masuk kembali ke dewan. Melihat dia masuk, dewan tiba-tiba menjadi riuh. Qistina hairan, tanpa memperdulikan mereka Qistina kembali ke sisi Lisa.
“Jodoh pertemuan di tangan Allah, semoga masa menentukan andai jodoh milik kita. ” Dengan diiringi Ijam dan Helmi, Adam mula memetik gitarnya dan mendendangkan lagu yang meruntun hatinya Qistina. Lagu kegemarannya dengan Adam, Truly Madly Deeply dendangan asal kumpulan Savage Garden berkumandang.
I'll be your dream, I'll be your wish I'll be your fantasy
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need
I love you more with every breath truly madly deeply do
I will be strong I will be faithful 'cause I'm counting on
A new beginning.
A reason for living.
A deeper meaning.
 I want to stand with you on a mountain
I want to bathe with you in the sea
I want to lay like this forever
until the sky falls down on me
And when the stars are shining brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven then make you want to cry
The tears of joy for all the pleasure in the certainty
That we're surrounded by the comfort and protection of
The highest powers. In lonely hours. The tears devour you
Oh can't you see it baby?
You don't have to close your eyes
'Cause it's standing right here before you
All that you need will surely come
Qistina menyeka air matanya.
‛Maafkan saya, berilah saya ruang. Insya-Allah...andai kuat jodoh kita...kita bakal bersatu.’ Qistina meninggalkan dewan kerana tak mahu ada yang melihat air matanya.
Tiada kurangnya kasih Adam padanya. Kadang-kadang dia terfikir sendiri, adakah dia sangat kejam melayani Adam....adilkah dia kepada Adam dan adakah dia sangat mementingkan diri sendiri?
Memiliki cinta Adam bukanlah sesuatu yang mudah, Adam antara bintang di sekolah, seorang pemain hoki peringkat negeri dan juga anak orang berada, diminati dan menjadi igauan ramai gadis-gadis namun hanya cintanya yang ditagih pemuda itu.
Qistina bertanya sendiri, adakah dia seorang yang tak tahu bersyukur dan menghargai orang lain, dan orang lain itu ialah Adam. Qistina tak punya jawapan.
Benarkah dia mangsa keadaan, bukannya Adam?




Izinku Pergi -19-

Thursday, September 29, 2011

| | | 0 comments

Bab 19
Selepas hampir dua bulan masing-masing hanya memandang dari jauh, Adam kembali mengutusi Qistina melalui kad-kadnya seperti dulu. Qistina juga tidak membantah asalkan mereka tidak menarik perhatian umum seperti sebelumnya. Tiada lagi pertemuan seperti dulu, pernah sekali mereka bertemu dan cuba untuk duduk berbincang tentang hubungan dan status mereka namun bala lain pula yang datang.
Keesokkan harinya mereka dipanggil ke bilik Cikgu Roslin dan diberikan amaran sekali lagi. Bagaikan ada serangan peribadi di situ. Pernah juga mereka hanya berbalas senyuman dan Adam curi-curi mengenyitkan matanya kepada Qistina yang berada di dalam kelas sementara dia lalu di kaki lima, mereka dipanggil untuk kaunseling.
Sudahnya Qistina meletakkan titik noktah untuk hanya berhubung melalui kad. Qistina banyak menghabiskan masanya dengan Lisa dan mengulangkaji pelajaran di bilik daripada di kelas seperti dulu. Jika di kelas, bagaimana mahu menahan godaan untuk bertemu. Mereka terlalu dekat tapi terpaksa dipisahkan. Sebabnya? Mereka sendiri tak pasti.
Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, Qistina masih tetap turun menjalani latihan silat setiap minggu dan Adam tetap setia menjadi penontonnya dari tingkat atas yang menempatkan kelasnya.
Di luar sedar, Qistina semakin rapat dengan Abang Tuah dan bukan niatnya mahu membuka cerita lain. Dia hanya ingin melepaskan semua ketegangan yang merantai kehidupannya. Latihan silat membantunya bertenang dan berbual dengan Abang Tuah juga membantunya bersemangat kembali. Tetapi di mata Adam, Qistina bagaikan cuba mencabarnya.
Hendak bersemuka, bagaikan tidak mungkin. Bagilah apa alasan sekalipun, pasti Qistina akan menolak, kecuali Adam datang ke rumah untuk bertemunya. Di sekolah, di pekan ketika outing...lupakan saja. Qistina tak sanggup menanggung akibatnya.
Qistina menganggap Abang Tuah bagaikan abang kandungnya. Kehadiran Abang Tuah sebagai penasihat, perbualan mereka banyak diselangi dengan nasihat-nasihat berguna daripada Abang Tuah.
Di saat-saat akhir menjelangnya peperiksaan SPM, Qistina menerima pelawaan Abang Tuah untuk keluar ke Bandar Alor Setar. Abang Tuah menjemput Qistina di luar sekolah dengan kereta Proton Wira merah miliknya. Sengaja dia merahsiakan pertemuannya dengan Abang Tuah daripada Syiera dan Niza. Dia pun tak tahu apa perlunya dia merahsiakan pertemuan itu sedangkan baginya Abang Tuah hanya dianggap sebagai seorang abang. Titik.
            Mereka menuju ke Star Parade ataupun Pacific. Tidak ramai teman-teman mengunjungi Star Parade. Pelajar SEMENTAS kerapnya mengunjungi City Plaza kerana di situlah terletaknya semua kemudahan seperti McDonald, pawagam, bowling dan macam-macam lagi sedangkan Star Parade tidak semeriah City Plaza.
Qistina memeluk patung beruang yang baru dibeli oleh Abang Tuah sambil mereka berjalan dan berbual.
“Que rasa, dah lama abang bawak Que keluaq ni. Abang tolong hantaq Que balik na.” Qistina tiba-tiba rasa bersalah kepada Adam kerana keluar tanpa pengetahuannya dan Qistina juga bimbang andai ada yang menyampaikan berita kepadanya.
Qistina tak mahu Adam salah faham, bukan Qistina tak tahu perangai Adam yang sangat-sangat cemburu itu.
“Que tak mau pekena laksa Teluk Kechai dulu?” Pantas Qistina menggelengkan kepada.
“Que tak suka laksa.” Jawapan Qistina membantutkan niat Abang Tuah untuk meluangkan lebih masa dengan Qistina.
Bukan mudah untuk mendapat kata ya daripada gadis itu. Baru dua jam lebih, Qistina sudah mahu pulang.
Tiba-tiba saja Qistina rasa berdebar-debar. Qistina sangat tak sukakan perasaan itu. Dia memandang keliling, tapi tiada siapa yang dikenalinya berada berdekatan.
“Kalau abang tak mau hantaq Que balik, Que balik naik bas.” Putus Que dengan tegas apabila melihat Abang Tuah bagaikan berdolak-dalih dan ingin melengahkan masa.
Tiba-tiba dia jadi sangat takut kerana keluar dengan orang lain sedangkan dia tak mahu keluar dengan Adam sedangkan Adam lebih berhak.
Abang Tuah akur apabila mendengar ugutan Qistina. Mereka beriringan menuruni escalator untuk ke kereta. Qistina bagaikan mahu ghaib disitu apabila berselisih dengan Adam dan keluarganya yang ingin menaiki escalator yang berlawan arus. Jelingan tajam Adam terasa menikam. Adam tak jadi menaiki escalator dan menunggu Qistina sampai ke bawah.
Ibu bapa Adam yang sudah sampai di tingkat atas kembali turun. Barangkali bimbang akan kekecohan.
“Setiap kali saya tanya awak, awak nafi. Kali ni awak nak nafikan lagi?” Tanpa sebarang mukadimah Adam menyerang Qistina.
“This is not the place.” Qistina tidak menjawab soalan Adam.
Bentakan keras Adam amat mengganggu Qistina.
“Abang, hantaq Que balik.” Qistina gagal meloloskan diri apabila Adam sempat mencengkam kuat pergelangan tangan Qistina.
“Tolong lepaskan tangan dia.” Abang Tuah cuba berhemah dengan Adam.
“Adam, lepas Qis.” Arahan abah melonggarkan pegangan Adam.
Qistina merentap tangannya.
“Bonda, abah.” Qistina masih tahu menghormati kedua bakal mertuanya.
Tapi situasi itu sangat-sangat tak menyenangkan.
“Ni jurulatih silat Qis. Abang Tuah.” Qistina memperkenalkan Abang Tuah kepada mereka. Mereka bersalaman.
“Abah rasa, lebih baik kawan Qis balik dulu. Nanti abah hantaq Qis balik ke sekolah. ” Dengan secara lembut dan hormat abah berkias untuk Abang Tuah beredar.
“Baiklah, abah. Abang Tuah, Que minta maaf. Tapi Que balik dengan family Que.” Walaupun cuba membantah, Abang Tuah terpaksa menurut kehendak Qistina apabila tuan badan sudah membuat keputusan.
Dengan berat hati, Abang Tuah meninggalkan mereka.
Qistina hanya menurut langkah Adam dan ibu bapanya. Tangannya masih memegang patung beruang yang tinggi hampir 2 kaki pemberian Abang Tuah tadi. Adam memandang dengan perasaan berbuku. Patung Sylvester pemberiannya hanyalah separuh saiz patung beruang itu.
Qistina lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah lah yang dijawab. Abah membawa mereka mengambil angin di Kota Kuala Kedah. Melihat peninggalan Kota sambil mengambil angin laut.
Kota Kuala Kedah juga dikenali Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah.
Pintu besar kota Kuala Kedah ini dibina di atas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778-1789) dan bermula dari 10 Safar 1185H (Mei 1771M) dan siap pada tahun 1194H (1780M) sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II.
Baginda bersemayam di sini pada 1803. Setelah pihak Inggeris mengambil alih, pihak Inggeris membina sebuah pintu gerbang empat segi yang mengadap ke arah jambatan Alor Melaka.
Kota Kuala Kedah merupakan salah sebuah daripada kota yang dibina oleh orang-orang Melayu di Malaysia.
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780.
Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.
Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.
Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.
“Abah dengan bonda tak tau apa masalah hangpa dua orang. Tapi, kami amat berharap ikatan la akan membawa ke perkahwinan macam yang kita janjikan. Two hearts that have been merged is marriage; two souls that have been merged is fate. Dugaan bertunang memang banyak, abah dan bonda nak anak-anak kami kuat dan tabah. Jangan mengalah dengan dugaan sebab dugaan berumahtangga nanti lebih hebat. Umur, bukan satu ukuran tapi kematangan adalah satu ukuran.” Adam dan Qistina hanya mendiamkan diri.
“Bonda sayangkan anak-anak bonda dan Qis pun bonda dah anggap macam anak bonda sendiri. Qis tahukan, kami takdak anak perempuan? Bak kata orang marriage is made in heaven, but so is thunder and lightning. Tak ada hubungan tanpa pasang surut, tiada kemanisan dalam satu-satu hubungan kalau semuanya mendatar. Tapi, jangan sampai terlalu berombak.” Bonda menyambung nasihat abah dalam kiasan.


Terlanjur Cinta -35-

Tuesday, September 27, 2011

| | | 0 comments

Bab 35

Zuhrin bersandar di dinding sambil berbual kosong bersama ayah, bapa-bapa saudara dan sepupu-sepupu lelakinya. Perbualan bertambah rancak apabila dihidangkan dengan kopi panas dan makanan ringan seperti kacang.
“Murah rezeki hang no, Ayen. Balik-balik saja teruih dapat kerja. Orang lain melambak-lambak dok tanam anggoq lagi.” Pak Tam menepuk bahu Zuhrin.
“Alhamdulillah, rezeki.” Zuhrin sememangnya amat bersyukur kerana Zaim memberinya peluang sebelum dia kembali ke tanahair lagi.
‘Rezeki isteri dengan anak-anak.’ Sambung Zuhrin di dalam hati.
Dia tak sangka perbualan singkat dengan Zaim semasa kenduri di rumah Nurin menyambut kepulangannya balik ke Malaysia sewaktu cuti yang lalu membuahkan rezeki. Panggilan telefon daripada Zaim kepadanya di Adelaide memberi ruang kepadanya untuk berfikir dan merebut peluang yang ada. Gaji yang ditawarkan juga lumayan. Allah membukakan pintu rezeki kepadanya selepas perkahwinan mereka.
“La ni kan susah nak dapat kerja. Ingatkan lepas Ayen balik dari Australia, dia kena tolong kami meniaga dulu.” Ayah menyampuk, terselit rasa bangga di hatinya dengan kejayaan anak lelaki bongsunya itu.
“Tu maknanya, bolehlah kahwin cepat.” Usik pak cik.
Pak cik merujuk kepada pertunangannya dengan Iffah yang telah lama dilangsungkan.
Zuhrin ternganga. Nurin yang berada tidak jauh daripadanya juga tersentak. Reaksi Zuhrin mengundang gelak tawa semua. Zuhrin sempat melempar pandang kepada Nurin, dia perasankan reaksi Nurin yang berubah. Zuhrin tak sedap hati. Dia takut Nurin terluka, tambahan pula Nurin amat dikenali sebagai seorang yang suka menyimpan perasaannya sendiri mungkin kerana sudah terbiasa hidup sendirian.
“Hang ni. Orang suruh nikah macam suruh makan racun.” Pak Long menepuk paha kiri Zuhrin apabila melihat wajah kelat Zuhrin.
Zuhrin menelan liur apabila melihat Nurin beredar. Nurin ke dapur, membantu apa yang patut. Dia tak mahu mendengar perbualan mereka tentang perkahwinan suaminya dengan wanita lain. Hatinya terluka, pedih. Baru sekejap Nurin ke dapur untuk membantu menyusun pinggan mangkuk yang di cuci maksu, Nurzaiham menangis.
Cepat-cepat Zuhrin bangun dan mendapatkan puteranya. Nurzaiham terdiam sebaik sahaja berada di pangkuan Zuhrin. Nurin tak jadi ke ruang tamu apabila mendengar tangisan anaknya yang mereda.
Zuhrin kembali ke kelompok mereka sambil meriba Nurzaiham. Zuhrin mengacah Nurzaiham. Telatah mereka menarik perhatian semua.
“Jaga budak pun pass dah. Hm...boleh nikah dah ni.” Usik Pak Long lagi.
“Bukan takat boleh nikah, dah boleh jadi pak orang dah ni. Untung budak Iffah tu no.” Gurauan Pak Tam hampir membuatkan Zuhrin termengkelan.
“Lepaih ni, kita berkumpul ramai-ramai balik kenduri hang nanti la kot no.” pakcik menambah perisa.
Zuhrin terasa mukanya panas. Dia serba salah, dia juga takut Nurin terluka andai perkara ini sampai ke telinga isterinya. Walaupun Nurin mengetahui tentang rancangan ibubapanya, namun Nurin masih belum tahu tentang ikatan pertunangan antaranya Iffah yang telah termetri sekian lama.
“Benda lambat lagi, tak payah pikiaq lagi la.” Zuhrin mengambil jalan selamat.
Kata-kata Zuhrin disambut dengan gelak tawa semua.
“Mak la ni bukan main seronok lagi bila dapat jumpak Nurin.” Pak Long berkata apabila melihat tok meriba Nurzaihani sedangkan Nurzaiham masih di atas ribaan Zuhrin.
“Alhamdulillah, mak syukur sangat. Walaupun mak tak dapat tengok depa nikah, tak dapat jaga Anis dalam pantang sekurang-kurangnya mak berpeluang jaga Nurin dengan cicit-cicit mak.” Tok tersenyum, bahagia.
“Dah kahwin lari dengan tunang orang, mana berani balik.” Mak Zuhrin menyindir sinis.
Zuhrin tersentak.
“Benda dah lepaih, tak payah la ungkit. Orang-orang tu pun dah takdak.” Ayah cuba meredakan suasana.
Sebagai seorang suami, sebenarnya ayah agak terasa. Mak masih berdendam kepada adiknya sendiri kerana merampas tunangnya. Selepas berpuluh tahun berkahwin, isterinya masih belum dapat memaafkan adiknya, bagaimanakah perasaannya sebagai seorang suami?
Mak menarik muka masam.
“Itu yang dikatakan jodoh.” Mak Long cuba meredakan suasana.
“Bila suami Nurin balik, mak?” Pak Long mengubah topik perbualan mereka, dia tak mahu suasana yang meriah bertukar tegang.
“Tak tau lah. Bila mak tanya dia, dia kata nanti dia akan kenaikan kita semua dengan suami dia.” Tok tak dapat menyembunyikan keinginan hatinya untuk mengenali suami cucu yang kini menjadi cucu kesayangannya.
“Kalau la dia tak nikah lagi, kan baguih kita nikahkan dengan Ayen.” Kata-kata tok walaupun perlahan, sempat ditangkap oleh telinga yang lain.
“Awat pulak Ayen?” Ayah bertanya pantas.
“Sebab kisah lama perlu diselesaikan. Tak taulah, hati mak berkenan betoi bila tengok depa dua.” Suara tok masih perlahan.
“Tapi sayangnya Nurin dah kahwin, dah ada dua anak dah pun.” Tok mengeluh.
Zuhrin termengkelan.
‘Tok ni, tau apa-apa ka?’ Fikirannya celaru, hatinya berdebar.
“Apa yang penting, depa hidup bahagia. Lagipun Ayen kan muda empat tahun dengan Nurin tu.” Ayah cuba memujuk hati mertuanya.
Tok mengangguk-anggukkan kepala, setuju. Apa yang penting, cucu-cucunya hidup bahagia.
Nurin kembali ke ruang tamu bersama maksu dengan menatang goreng pisang. Dia senang bersama maksu yang hanya tua dua tahun daripadanya. Sememangnya mereka sekepala. Berpantang di rumah tok juga mengeratkan hubungan mereka, terasa bagaikan kakak sendiri.
“Wah, ralit la kita menyembang macam ni.” Kata-kata Pak Tam di sambut dengan tawa yang lain.
Nurin dan maksu berpandangan.
“Nurin tidoq sini lagi malam ni?” Tok bertanya lembut.
Nurin mencuri pandang kepada Zuhrin. Zuhrin juga kelu.
“Tak apalah, tok. Malam ni saya balik rumah saya lah. Bukan jauh mana, dekat ja.” Nurin cuba menolak dengan baik.
“Alah, balik rumah pun bukannya ada sapa. Lagipun, malam-malam nak balik dengan anak-anak kecil kan ke susah.” Mak Long menambah.
Semua yang ada mengiyakan kata-kata Mak Long. Nurin serba salah. Dia tahu, dia tak punya pilihan untuk menolak. Dalam sekilas dia nampak Zuhrin menganggukkan kepalanya perlahan. Nurin tahu, dia terpaksa akur untuk bermalam semalam lagi.
       Tok riang kerana dapat menghabiskan masanya bersama anak cucunya. Nurin melepaskan keluhan 


dalam diam, dia rindukan suaminya.


Followers