Total Pageviews

Izinku Pergi -19-

Thursday, September 29, 2011

| | |

Bab 19
Selepas hampir dua bulan masing-masing hanya memandang dari jauh, Adam kembali mengutusi Qistina melalui kad-kadnya seperti dulu. Qistina juga tidak membantah asalkan mereka tidak menarik perhatian umum seperti sebelumnya. Tiada lagi pertemuan seperti dulu, pernah sekali mereka bertemu dan cuba untuk duduk berbincang tentang hubungan dan status mereka namun bala lain pula yang datang.
Keesokkan harinya mereka dipanggil ke bilik Cikgu Roslin dan diberikan amaran sekali lagi. Bagaikan ada serangan peribadi di situ. Pernah juga mereka hanya berbalas senyuman dan Adam curi-curi mengenyitkan matanya kepada Qistina yang berada di dalam kelas sementara dia lalu di kaki lima, mereka dipanggil untuk kaunseling.
Sudahnya Qistina meletakkan titik noktah untuk hanya berhubung melalui kad. Qistina banyak menghabiskan masanya dengan Lisa dan mengulangkaji pelajaran di bilik daripada di kelas seperti dulu. Jika di kelas, bagaimana mahu menahan godaan untuk bertemu. Mereka terlalu dekat tapi terpaksa dipisahkan. Sebabnya? Mereka sendiri tak pasti.
Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, Qistina masih tetap turun menjalani latihan silat setiap minggu dan Adam tetap setia menjadi penontonnya dari tingkat atas yang menempatkan kelasnya.
Di luar sedar, Qistina semakin rapat dengan Abang Tuah dan bukan niatnya mahu membuka cerita lain. Dia hanya ingin melepaskan semua ketegangan yang merantai kehidupannya. Latihan silat membantunya bertenang dan berbual dengan Abang Tuah juga membantunya bersemangat kembali. Tetapi di mata Adam, Qistina bagaikan cuba mencabarnya.
Hendak bersemuka, bagaikan tidak mungkin. Bagilah apa alasan sekalipun, pasti Qistina akan menolak, kecuali Adam datang ke rumah untuk bertemunya. Di sekolah, di pekan ketika outing...lupakan saja. Qistina tak sanggup menanggung akibatnya.
Qistina menganggap Abang Tuah bagaikan abang kandungnya. Kehadiran Abang Tuah sebagai penasihat, perbualan mereka banyak diselangi dengan nasihat-nasihat berguna daripada Abang Tuah.
Di saat-saat akhir menjelangnya peperiksaan SPM, Qistina menerima pelawaan Abang Tuah untuk keluar ke Bandar Alor Setar. Abang Tuah menjemput Qistina di luar sekolah dengan kereta Proton Wira merah miliknya. Sengaja dia merahsiakan pertemuannya dengan Abang Tuah daripada Syiera dan Niza. Dia pun tak tahu apa perlunya dia merahsiakan pertemuan itu sedangkan baginya Abang Tuah hanya dianggap sebagai seorang abang. Titik.
            Mereka menuju ke Star Parade ataupun Pacific. Tidak ramai teman-teman mengunjungi Star Parade. Pelajar SEMENTAS kerapnya mengunjungi City Plaza kerana di situlah terletaknya semua kemudahan seperti McDonald, pawagam, bowling dan macam-macam lagi sedangkan Star Parade tidak semeriah City Plaza.
Qistina memeluk patung beruang yang baru dibeli oleh Abang Tuah sambil mereka berjalan dan berbual.
“Que rasa, dah lama abang bawak Que keluaq ni. Abang tolong hantaq Que balik na.” Qistina tiba-tiba rasa bersalah kepada Adam kerana keluar tanpa pengetahuannya dan Qistina juga bimbang andai ada yang menyampaikan berita kepadanya.
Qistina tak mahu Adam salah faham, bukan Qistina tak tahu perangai Adam yang sangat-sangat cemburu itu.
“Que tak mau pekena laksa Teluk Kechai dulu?” Pantas Qistina menggelengkan kepada.
“Que tak suka laksa.” Jawapan Qistina membantutkan niat Abang Tuah untuk meluangkan lebih masa dengan Qistina.
Bukan mudah untuk mendapat kata ya daripada gadis itu. Baru dua jam lebih, Qistina sudah mahu pulang.
Tiba-tiba saja Qistina rasa berdebar-debar. Qistina sangat tak sukakan perasaan itu. Dia memandang keliling, tapi tiada siapa yang dikenalinya berada berdekatan.
“Kalau abang tak mau hantaq Que balik, Que balik naik bas.” Putus Que dengan tegas apabila melihat Abang Tuah bagaikan berdolak-dalih dan ingin melengahkan masa.
Tiba-tiba dia jadi sangat takut kerana keluar dengan orang lain sedangkan dia tak mahu keluar dengan Adam sedangkan Adam lebih berhak.
Abang Tuah akur apabila mendengar ugutan Qistina. Mereka beriringan menuruni escalator untuk ke kereta. Qistina bagaikan mahu ghaib disitu apabila berselisih dengan Adam dan keluarganya yang ingin menaiki escalator yang berlawan arus. Jelingan tajam Adam terasa menikam. Adam tak jadi menaiki escalator dan menunggu Qistina sampai ke bawah.
Ibu bapa Adam yang sudah sampai di tingkat atas kembali turun. Barangkali bimbang akan kekecohan.
“Setiap kali saya tanya awak, awak nafi. Kali ni awak nak nafikan lagi?” Tanpa sebarang mukadimah Adam menyerang Qistina.
“This is not the place.” Qistina tidak menjawab soalan Adam.
Bentakan keras Adam amat mengganggu Qistina.
“Abang, hantaq Que balik.” Qistina gagal meloloskan diri apabila Adam sempat mencengkam kuat pergelangan tangan Qistina.
“Tolong lepaskan tangan dia.” Abang Tuah cuba berhemah dengan Adam.
“Adam, lepas Qis.” Arahan abah melonggarkan pegangan Adam.
Qistina merentap tangannya.
“Bonda, abah.” Qistina masih tahu menghormati kedua bakal mertuanya.
Tapi situasi itu sangat-sangat tak menyenangkan.
“Ni jurulatih silat Qis. Abang Tuah.” Qistina memperkenalkan Abang Tuah kepada mereka. Mereka bersalaman.
“Abah rasa, lebih baik kawan Qis balik dulu. Nanti abah hantaq Qis balik ke sekolah. ” Dengan secara lembut dan hormat abah berkias untuk Abang Tuah beredar.
“Baiklah, abah. Abang Tuah, Que minta maaf. Tapi Que balik dengan family Que.” Walaupun cuba membantah, Abang Tuah terpaksa menurut kehendak Qistina apabila tuan badan sudah membuat keputusan.
Dengan berat hati, Abang Tuah meninggalkan mereka.
Qistina hanya menurut langkah Adam dan ibu bapanya. Tangannya masih memegang patung beruang yang tinggi hampir 2 kaki pemberian Abang Tuah tadi. Adam memandang dengan perasaan berbuku. Patung Sylvester pemberiannya hanyalah separuh saiz patung beruang itu.
Qistina lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah lah yang dijawab. Abah membawa mereka mengambil angin di Kota Kuala Kedah. Melihat peninggalan Kota sambil mengambil angin laut.
Kota Kuala Kedah juga dikenali Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah.
Pintu besar kota Kuala Kedah ini dibina di atas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778-1789) dan bermula dari 10 Safar 1185H (Mei 1771M) dan siap pada tahun 1194H (1780M) sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II.
Baginda bersemayam di sini pada 1803. Setelah pihak Inggeris mengambil alih, pihak Inggeris membina sebuah pintu gerbang empat segi yang mengadap ke arah jambatan Alor Melaka.
Kota Kuala Kedah merupakan salah sebuah daripada kota yang dibina oleh orang-orang Melayu di Malaysia.
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780.
Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.
Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.
Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.
“Abah dengan bonda tak tau apa masalah hangpa dua orang. Tapi, kami amat berharap ikatan la akan membawa ke perkahwinan macam yang kita janjikan. Two hearts that have been merged is marriage; two souls that have been merged is fate. Dugaan bertunang memang banyak, abah dan bonda nak anak-anak kami kuat dan tabah. Jangan mengalah dengan dugaan sebab dugaan berumahtangga nanti lebih hebat. Umur, bukan satu ukuran tapi kematangan adalah satu ukuran.” Adam dan Qistina hanya mendiamkan diri.
“Bonda sayangkan anak-anak bonda dan Qis pun bonda dah anggap macam anak bonda sendiri. Qis tahukan, kami takdak anak perempuan? Bak kata orang marriage is made in heaven, but so is thunder and lightning. Tak ada hubungan tanpa pasang surut, tiada kemanisan dalam satu-satu hubungan kalau semuanya mendatar. Tapi, jangan sampai terlalu berombak.” Bonda menyambung nasihat abah dalam kiasan.


0 comments:

Followers