Selepas lebih setahun, akhirnya aku kembali. Kembali menyambung apa yg terhenti. Semoga diberikan kekuatan untuk menghabiskan apa yg telah dimulakan. Semoga dipermudahkan semuanya.
Bab 37
Nurin dan Zuhrin menarik nafas lega apabila Nurzaiham dan Nurzaihani sudah melelapkan mata selepas diberi ubat yang dibekalkan oleh doktor yang dari Klinik Cinta Sayang. Mereka berdua melabuhkan punggung di birai katil untuk melepaskan lelah. Jam telah menunjukkan ke pukul lapan setengah pagi dan mereka belumpun melelapkan mata sejak pagi semalam.
“Awak nak minum? Saya buatkan.” Nurin mahu menyediakan sarapan pagi buat mengisi perut sebelum melelapkan mata.
“Awak pi mandi, saya pi beli sarapan. Tak payah la awak susah-susah nak masak lagi. Awakpun dah penat.” Zuhrin menyambar pakaian di birai katil untuk bersiap mencari sarapan buat mereka berdua.
Sedang dia bersiap, interkom di bilik berbunyi.
“Nurin, kak Ina dengan kak Seri dah siapkan sarapan. Kami dah beli nasi lemak untuk Nurin dengan Zuhrin. Kami tunggu di butik.” Suara kak Ina melegakan Zuhrin yang juga keletihan.
“Nurin mandi. Saya turun ambil. Terima kasih.” Zuhrin menjawab interkom.
Hanya dengan berbaju pagoda putih dan berkain pelekat ungu, Zuhrin turun ke tingkat bawah dan membuka pintu kayu yang menghubungkan rumahnya dengan butik pengantin.
Ina dan Seri yang sedang menunggu kehadirannya mengukir senyum. Bungkusan plastik yang diisi dengan beberapa bungkus nasi lemak disambut. Seri menghulurkan seteko air.
“Ayaq kopi. Baru saja kak Seri buat, panas lagi.”
Zuhrin terharu dengan perhatian mereka.
“Alhamdulillah. Terima kasih, kak. Buat susah saja.” Hanya itu yang termampu diucapkannya.
“Sama-sama. Tak dak apa yang susahnya. Hangpa dua yang susah. Makanlah dulu, pastu rehatlah. Bagitau Nurin, jangan risau pasai kedai. Apa yang penting, jaga anak-anak tu sampai sihat.” Nasihat Ina, ikhlas.
“Jomlah makan sama.” Zuhrin menjemput orang-orang kepercayaan isterinya untuk bersarapan bersama.
Ina dan Seri sama-sama menggelengkan kepala mereka.
“Kami dah makan tadi. Kalau nak kami tolong apa-apa, bagitau ja kat kami.” Mereka menawarkan diri dengan ikhlas.
Zuhrin menganggukkan kepalanya sambil terus mengukir senyum. Ina dan Seri meminta diri. Zuhrin ke dapur untuk menghidangkan sarapan pagi mereka. Dia rasa bersyukur dan bertuah kerana masih ada yang mengambil berat kepada mereka sekeluarga.
Nurin turun dengan jubah mandi berwarna putih.
“Cepatnya awak balik.” Nurin terkejut apabila melihat Zuhrin sudah siap dengan hidangan.
Zuhrin tersengih.
“Awak pi beli kat mana?” Nurin hairan.
“Beli apanya, kak Ina dengan kak Seri dah beli awai-awai lagi untuk kita, siap buat ayaq kopi lagi sampai seteko.” Nurin tersenyum sambil memanjatkan syukur kerana rezeki ini.
Mereka menikmati sarapan dengan saling bersuapan untuk menambahkan kemesraan dan kebahagiaan. Mereka mengakui petua yang telah diamalkan seperti makan bersuapan, berpelukan sebelum berpisah dan meluahkan rasa cinta setiap hari sememangnya menambahkan rasa cinta dan memekarkan kebahagiaan dari hari ke hari.
Selesai menikmati sarapan, mereka beristirehat di ruang tamu dan tertidur sambil berpelukan di atas sofa. Terlalu nyenyak tidur mereka, seperti anak-anak mereka juga. Tirai yang dilabuhkan menjadikan suasana rumah gelap, penghawa dingin yang dipasang menambahkan keenakan tidur. Sudah beberapa hari mereka tidak mendapat tidur yang sempurna.
Mereka terjaga apabila mendengar loceng pintu dibunyikan. Nurin berlari naik ke tingkat atas untuk mengenakan pakaian kerana masih menyarung jubah mandi. Zuhrin ke bilik air di tingkat bawah untuk mengemaskan rambut dan mukanya.
Zuhrin menekan alat kawalan jauh untuk pintu pagar tanpa melihat tetamunya di luar, kerana selalunya di waktu makan tengahari begini sejak tiga hari yang lalu hanya Didi dan suaminya akan singgah untuk melihat anak-anak mereka yang kurang sihat. Zuhrin menarik tirai dan membuka pintu gelungsur bercermin gelap untuk memberi ruang kepada tetamunya masuk. Sebaik sahaja pintu bercermin hitam itu dibuka, Zuhrin memegang kain pelekatnya yang seakan mahu luruh walaupun telah digulung dengan kejap.
0 comments:
Post a Comment