Total Pageviews

Izin ku Pergi -3-

Friday, February 25, 2011

| | |

Bab 3
Minggu Orientasi pasti menjadi kemestian kepada penghuni kepada sekolah berasrama dan Qistina tidak terkecuali daripadanya.
Selepas seminggu mengharungi Minggu Orientasi, dunia hidup berasrama tidaklah sepahit dan sengeri yang digemburkan. Dia dan rakan-rakan mengharungi Minggu Orientasi yang aman dari pembulian.
Sepanjang Minggu Orientasi ataupun lebih dikenali sebagai Minggu Suaikenal di SEMENTAS, dia semakin akrab dengan Syiera dan Niza manakala Nabila bagaikan biskut chipsmore. Nabila hanya akan bersama-sama mereka boleh dikatakan di kelas sahaja. Pada masa-masa lain, Nabila lebih suka menyendiri bersama buku-buku ulangkaji. Terdetik rasa kagum di hati apabila melihat Nabila yang sangat setia bersama buku-bukunya. Tak terdaya Qistina hendak mengikut ketekunan Nabila.
Sepanjang minggu lalu mereka dihidangkan dengan sesi-sesi motivasi, kaunseling dan juga beberapa program lain. Qistina juga dipertemukan dengan beberapa kakak senior melalui penyertaannya dalam Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia, Kelab Sejarah dan juga Pengakap.
Persahabatannya dengan Zurina, Irma dan Husna menambahkan keselesaannya di SEMENTAS. Layanan mereka kepadanya, baik sekali. Selama ini dia agak gusar dengan penerimaan senior kepada mereka kerana sering diperdengarkan dengan cerita-cerita yang kurang enak mengenai hubungan antara senior dan junior. Tiada istilah basuh baju, basuh kasut ataupun apa-apa pembulian di SEMENTAS. Setakat sekarang, suasana sangat aman.
SEMENTAS menjalankan sesi persekolahan satu sessi, di mana kelas bermula pukul lapan pagi dan berakhir pada pukul tiga empat puluh lima petang. Tapi bagi Qistina dan rakan-rakan yang tinggal di asrama, mereka akan terus menyambung pembelajaran mereka dengan sendiri kerana mengikuti jadual untuk ‘prep’ sehingga pukul lima petang.
Rutin yang agak memenatkan, namun berbaloi kerana sekurang-kurangnya lebih baik begitu. Jika pelepasan pulang ke asrama diberikan sebaik sahaja kelas tamat pada pukul 3.45 petang, pasti katillah yang di cari sebahagian besar penghuni asrama termasuklah Qistina sendiri.
Qistina kekal di tempat duduknya, cuba untuk menghabiskan latihan sejarah sebanyak seratus soalan yang diberikan Cikgu Shamrin sebelum kelas berakhir sebentar tadi. Memandangkan sejarah adalah pelajaran terakhir hari ini dan juga merupakan subjek kegemaran Qistina, dia cuba menyelesaikan semuanya secepat mungkin.
Sedang dia asyik dengan soalan-soalan sejarahnya, Syiera asyik bergosip dengan Ijam. Qistina amat senang dengan Syiera yang peramah. Ijam anak negeri Perlis yang mula mendapat perhatian kakak-kakak ‘senior’, mungkin kerana wajahnya yang lembut dan sopan untuk seorang lelaki. Tapi, yang pasti Ijam bukanlah ‘auww’.
Tiba-tiba sahaja tawa meledak antara Ijam dan Syiera. Ledakan tawa itu amat mengejutkan Qistina. Qistina mengurut dadanya…terkejut.
Kus…lemah semangat aku.
“Assalamualaikum…terkejut ka?” Sapaan salam bersuara lelaki itu tambah mengejutkannya.
“Sorry…sorry…” Pinta suara itu apabila melihat Qistina sekali lagi terkejut.
“Ya Allah, tolonglah…aku ni lemah semangat.” Qistina cakap seorang.
Kedengaran kerusi di tarik. Qistina mengangkat wajahnya, mencari tuan empunya suara yang telah mengejutkannya. Pemilik suara itu mengukir senyum. Manis. Qistina membalas senyuman itu, namun terasa sumbing.
“Saya Adam, kawan Ijam kelas 4KJ2.”
“Oh…budak jentera rupanya. Ingatkan tadi budak KE1.” Balas Qistina.
Adam hanya tersengih.
“Awak nama apa?”
Mamat ni straight to the point gila.
“Qistina” Balas Qistina pendek.
“Saya panggil Qis, boleh?” Adam mempermudahkan panggilannya.
“Panggil ja, Que.” Tapi Qistina lebih selesa dengan panggilan Que kerana Qis hanya dipanggil oleh keluarganya sahaja.
“Qis la sedap.” Adam mahu tetap dengan pilihannya.
“Suka hati awak, la.” Qistina malas mahu bertekak dengan Adam.
“Sibuk ka? Kalau sibuk saya tak mau la kacau. Tapi kalau awak rela dikacau, saya rela mengacau.” Usik Adam.
Qistina tersengih mendengar usikan itu.
“Hm…boleh dikatakan mengacau jugak lah. Tapi rasanya…hm…ntahlah.” Qistina membalas usikan Adam.
Terkulat-kulat Adam mendengar jawapan Qistina. Yang sebenarnya, dia tidak faham apa yang cuba Qistina sampaikan.
“Saya tak paham apa awak kata, so saya anggap saya tak kacau la. Boleh la kita sembang-sembang…bincang-bincang.” Mudah sahaja kesimpulan yang dibuat Adam.
Qistina ketawa kecil.
“Kalau tak malu, duduklah.” Usik Qistina lagi.
“Kalau awak nak tau, saya memang muka tak malu.” Adam memang suka menjawab dan mengusik.
Dalam diam Qistina mengamati wajah Adam yang berada di hadapannya. Dengan kulit hitam manis, berwajah panjang, bermata galak, berambut lurus yang disisir rapi dan pakaian yang kemas; Adam kelihatan memikat.
Entah kenapa, dia senang berbual dengan Adam walaupun mereka baru sahaja berkenalan. Belumpun sampai sejam.
“Awak orang mana?” Tanya Adam.
“Orang Sungai Petani.” Balas Qistina sambil cuba menghabiskan latihan sejarahnya.
“Awak?” Qistina membalas soalan Adam.
“Orang Sungai Petani juga. Tapi la dok dekat Arau, dekat rumah Ijam, Syiera dengan Niza.” Balas Adam.
“Kiranya memang dah kenai la sebelum ni?” Qistina sendiri tidak tahu yang mereka berempat merupakan kenalan sebelum mendaftar ke SEMENTAS.
Anggukan Adam menjawab persoalan Qistina.
Keasyikan mereka berbual terputus dengan bunyi loceng, menandakan jam sudah ke angka lima petang.
Qistina mengemaskan barang-barang yang perlu dibawa pulang ke asrama, yang lain di tinggalkan di dalam almari buku yang disediakan untuk semua pelajar SEMENTAS.
“Dah nak balik?” Nada Adam berbaur kecewa.
Qistina mengangguk.
“Baru pukul lima.” Adam cuba memancing Qistina untuk tinggal lebih lama.
“Saya ada silat petang ni. Hari ni kan dah start KO.” Balas Qistina sambil tangannya ligat mengemas.
KO merupakan singkatan kepada ko-kurikulum, di mana semua pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu badan beruniform dan satu jenis kelab.
“Awak masuk silat?”
Qistina menganggukkan kepalanya.
“Sama dengan Ijam la.” Beritahu Adam.
Sekali lagi Qistina mengangguk.
“Saya masuk taekwando.” Beritahu Adam tanpa dipinta.
Qistina mengangkat kepalanya, mencari wajah Adam.
“Awak, saya balik dulu. Nanti kita sembang lagi.” Kata-kata Qistina sebelum beredar dan membungakan harapan di hati Adam.
Adam bagaikan mahu melompat di situ. Adam terus tersenyum di situ.
“Sudah-sudahlah tu…” Usik Ijam pada Adam.
Adam tersipu malu.

0 comments:

Followers