Total Pageviews

Izinku Pergi -19-

Thursday, September 29, 2011

| | | 0 comments

Bab 19
Selepas hampir dua bulan masing-masing hanya memandang dari jauh, Adam kembali mengutusi Qistina melalui kad-kadnya seperti dulu. Qistina juga tidak membantah asalkan mereka tidak menarik perhatian umum seperti sebelumnya. Tiada lagi pertemuan seperti dulu, pernah sekali mereka bertemu dan cuba untuk duduk berbincang tentang hubungan dan status mereka namun bala lain pula yang datang.
Keesokkan harinya mereka dipanggil ke bilik Cikgu Roslin dan diberikan amaran sekali lagi. Bagaikan ada serangan peribadi di situ. Pernah juga mereka hanya berbalas senyuman dan Adam curi-curi mengenyitkan matanya kepada Qistina yang berada di dalam kelas sementara dia lalu di kaki lima, mereka dipanggil untuk kaunseling.
Sudahnya Qistina meletakkan titik noktah untuk hanya berhubung melalui kad. Qistina banyak menghabiskan masanya dengan Lisa dan mengulangkaji pelajaran di bilik daripada di kelas seperti dulu. Jika di kelas, bagaimana mahu menahan godaan untuk bertemu. Mereka terlalu dekat tapi terpaksa dipisahkan. Sebabnya? Mereka sendiri tak pasti.
Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, Qistina masih tetap turun menjalani latihan silat setiap minggu dan Adam tetap setia menjadi penontonnya dari tingkat atas yang menempatkan kelasnya.
Di luar sedar, Qistina semakin rapat dengan Abang Tuah dan bukan niatnya mahu membuka cerita lain. Dia hanya ingin melepaskan semua ketegangan yang merantai kehidupannya. Latihan silat membantunya bertenang dan berbual dengan Abang Tuah juga membantunya bersemangat kembali. Tetapi di mata Adam, Qistina bagaikan cuba mencabarnya.
Hendak bersemuka, bagaikan tidak mungkin. Bagilah apa alasan sekalipun, pasti Qistina akan menolak, kecuali Adam datang ke rumah untuk bertemunya. Di sekolah, di pekan ketika outing...lupakan saja. Qistina tak sanggup menanggung akibatnya.
Qistina menganggap Abang Tuah bagaikan abang kandungnya. Kehadiran Abang Tuah sebagai penasihat, perbualan mereka banyak diselangi dengan nasihat-nasihat berguna daripada Abang Tuah.
Di saat-saat akhir menjelangnya peperiksaan SPM, Qistina menerima pelawaan Abang Tuah untuk keluar ke Bandar Alor Setar. Abang Tuah menjemput Qistina di luar sekolah dengan kereta Proton Wira merah miliknya. Sengaja dia merahsiakan pertemuannya dengan Abang Tuah daripada Syiera dan Niza. Dia pun tak tahu apa perlunya dia merahsiakan pertemuan itu sedangkan baginya Abang Tuah hanya dianggap sebagai seorang abang. Titik.
            Mereka menuju ke Star Parade ataupun Pacific. Tidak ramai teman-teman mengunjungi Star Parade. Pelajar SEMENTAS kerapnya mengunjungi City Plaza kerana di situlah terletaknya semua kemudahan seperti McDonald, pawagam, bowling dan macam-macam lagi sedangkan Star Parade tidak semeriah City Plaza.
Qistina memeluk patung beruang yang baru dibeli oleh Abang Tuah sambil mereka berjalan dan berbual.
“Que rasa, dah lama abang bawak Que keluaq ni. Abang tolong hantaq Que balik na.” Qistina tiba-tiba rasa bersalah kepada Adam kerana keluar tanpa pengetahuannya dan Qistina juga bimbang andai ada yang menyampaikan berita kepadanya.
Qistina tak mahu Adam salah faham, bukan Qistina tak tahu perangai Adam yang sangat-sangat cemburu itu.
“Que tak mau pekena laksa Teluk Kechai dulu?” Pantas Qistina menggelengkan kepada.
“Que tak suka laksa.” Jawapan Qistina membantutkan niat Abang Tuah untuk meluangkan lebih masa dengan Qistina.
Bukan mudah untuk mendapat kata ya daripada gadis itu. Baru dua jam lebih, Qistina sudah mahu pulang.
Tiba-tiba saja Qistina rasa berdebar-debar. Qistina sangat tak sukakan perasaan itu. Dia memandang keliling, tapi tiada siapa yang dikenalinya berada berdekatan.
“Kalau abang tak mau hantaq Que balik, Que balik naik bas.” Putus Que dengan tegas apabila melihat Abang Tuah bagaikan berdolak-dalih dan ingin melengahkan masa.
Tiba-tiba dia jadi sangat takut kerana keluar dengan orang lain sedangkan dia tak mahu keluar dengan Adam sedangkan Adam lebih berhak.
Abang Tuah akur apabila mendengar ugutan Qistina. Mereka beriringan menuruni escalator untuk ke kereta. Qistina bagaikan mahu ghaib disitu apabila berselisih dengan Adam dan keluarganya yang ingin menaiki escalator yang berlawan arus. Jelingan tajam Adam terasa menikam. Adam tak jadi menaiki escalator dan menunggu Qistina sampai ke bawah.
Ibu bapa Adam yang sudah sampai di tingkat atas kembali turun. Barangkali bimbang akan kekecohan.
“Setiap kali saya tanya awak, awak nafi. Kali ni awak nak nafikan lagi?” Tanpa sebarang mukadimah Adam menyerang Qistina.
“This is not the place.” Qistina tidak menjawab soalan Adam.
Bentakan keras Adam amat mengganggu Qistina.
“Abang, hantaq Que balik.” Qistina gagal meloloskan diri apabila Adam sempat mencengkam kuat pergelangan tangan Qistina.
“Tolong lepaskan tangan dia.” Abang Tuah cuba berhemah dengan Adam.
“Adam, lepas Qis.” Arahan abah melonggarkan pegangan Adam.
Qistina merentap tangannya.
“Bonda, abah.” Qistina masih tahu menghormati kedua bakal mertuanya.
Tapi situasi itu sangat-sangat tak menyenangkan.
“Ni jurulatih silat Qis. Abang Tuah.” Qistina memperkenalkan Abang Tuah kepada mereka. Mereka bersalaman.
“Abah rasa, lebih baik kawan Qis balik dulu. Nanti abah hantaq Qis balik ke sekolah. ” Dengan secara lembut dan hormat abah berkias untuk Abang Tuah beredar.
“Baiklah, abah. Abang Tuah, Que minta maaf. Tapi Que balik dengan family Que.” Walaupun cuba membantah, Abang Tuah terpaksa menurut kehendak Qistina apabila tuan badan sudah membuat keputusan.
Dengan berat hati, Abang Tuah meninggalkan mereka.
Qistina hanya menurut langkah Adam dan ibu bapanya. Tangannya masih memegang patung beruang yang tinggi hampir 2 kaki pemberian Abang Tuah tadi. Adam memandang dengan perasaan berbuku. Patung Sylvester pemberiannya hanyalah separuh saiz patung beruang itu.
Qistina lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah lah yang dijawab. Abah membawa mereka mengambil angin di Kota Kuala Kedah. Melihat peninggalan Kota sambil mengambil angin laut.
Kota Kuala Kedah juga dikenali Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah.
Pintu besar kota Kuala Kedah ini dibina di atas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778-1789) dan bermula dari 10 Safar 1185H (Mei 1771M) dan siap pada tahun 1194H (1780M) sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II.
Baginda bersemayam di sini pada 1803. Setelah pihak Inggeris mengambil alih, pihak Inggeris membina sebuah pintu gerbang empat segi yang mengadap ke arah jambatan Alor Melaka.
Kota Kuala Kedah merupakan salah sebuah daripada kota yang dibina oleh orang-orang Melayu di Malaysia.
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780.
Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.
Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.
Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.
“Abah dengan bonda tak tau apa masalah hangpa dua orang. Tapi, kami amat berharap ikatan la akan membawa ke perkahwinan macam yang kita janjikan. Two hearts that have been merged is marriage; two souls that have been merged is fate. Dugaan bertunang memang banyak, abah dan bonda nak anak-anak kami kuat dan tabah. Jangan mengalah dengan dugaan sebab dugaan berumahtangga nanti lebih hebat. Umur, bukan satu ukuran tapi kematangan adalah satu ukuran.” Adam dan Qistina hanya mendiamkan diri.
“Bonda sayangkan anak-anak bonda dan Qis pun bonda dah anggap macam anak bonda sendiri. Qis tahukan, kami takdak anak perempuan? Bak kata orang marriage is made in heaven, but so is thunder and lightning. Tak ada hubungan tanpa pasang surut, tiada kemanisan dalam satu-satu hubungan kalau semuanya mendatar. Tapi, jangan sampai terlalu berombak.” Bonda menyambung nasihat abah dalam kiasan.


Terlanjur Cinta -35-

Tuesday, September 27, 2011

| | | 0 comments

Bab 35

Zuhrin bersandar di dinding sambil berbual kosong bersama ayah, bapa-bapa saudara dan sepupu-sepupu lelakinya. Perbualan bertambah rancak apabila dihidangkan dengan kopi panas dan makanan ringan seperti kacang.
“Murah rezeki hang no, Ayen. Balik-balik saja teruih dapat kerja. Orang lain melambak-lambak dok tanam anggoq lagi.” Pak Tam menepuk bahu Zuhrin.
“Alhamdulillah, rezeki.” Zuhrin sememangnya amat bersyukur kerana Zaim memberinya peluang sebelum dia kembali ke tanahair lagi.
‘Rezeki isteri dengan anak-anak.’ Sambung Zuhrin di dalam hati.
Dia tak sangka perbualan singkat dengan Zaim semasa kenduri di rumah Nurin menyambut kepulangannya balik ke Malaysia sewaktu cuti yang lalu membuahkan rezeki. Panggilan telefon daripada Zaim kepadanya di Adelaide memberi ruang kepadanya untuk berfikir dan merebut peluang yang ada. Gaji yang ditawarkan juga lumayan. Allah membukakan pintu rezeki kepadanya selepas perkahwinan mereka.
“La ni kan susah nak dapat kerja. Ingatkan lepas Ayen balik dari Australia, dia kena tolong kami meniaga dulu.” Ayah menyampuk, terselit rasa bangga di hatinya dengan kejayaan anak lelaki bongsunya itu.
“Tu maknanya, bolehlah kahwin cepat.” Usik pak cik.
Pak cik merujuk kepada pertunangannya dengan Iffah yang telah lama dilangsungkan.
Zuhrin ternganga. Nurin yang berada tidak jauh daripadanya juga tersentak. Reaksi Zuhrin mengundang gelak tawa semua. Zuhrin sempat melempar pandang kepada Nurin, dia perasankan reaksi Nurin yang berubah. Zuhrin tak sedap hati. Dia takut Nurin terluka, tambahan pula Nurin amat dikenali sebagai seorang yang suka menyimpan perasaannya sendiri mungkin kerana sudah terbiasa hidup sendirian.
“Hang ni. Orang suruh nikah macam suruh makan racun.” Pak Long menepuk paha kiri Zuhrin apabila melihat wajah kelat Zuhrin.
Zuhrin menelan liur apabila melihat Nurin beredar. Nurin ke dapur, membantu apa yang patut. Dia tak mahu mendengar perbualan mereka tentang perkahwinan suaminya dengan wanita lain. Hatinya terluka, pedih. Baru sekejap Nurin ke dapur untuk membantu menyusun pinggan mangkuk yang di cuci maksu, Nurzaiham menangis.
Cepat-cepat Zuhrin bangun dan mendapatkan puteranya. Nurzaiham terdiam sebaik sahaja berada di pangkuan Zuhrin. Nurin tak jadi ke ruang tamu apabila mendengar tangisan anaknya yang mereda.
Zuhrin kembali ke kelompok mereka sambil meriba Nurzaiham. Zuhrin mengacah Nurzaiham. Telatah mereka menarik perhatian semua.
“Jaga budak pun pass dah. Hm...boleh nikah dah ni.” Usik Pak Long lagi.
“Bukan takat boleh nikah, dah boleh jadi pak orang dah ni. Untung budak Iffah tu no.” Gurauan Pak Tam hampir membuatkan Zuhrin termengkelan.
“Lepaih ni, kita berkumpul ramai-ramai balik kenduri hang nanti la kot no.” pakcik menambah perisa.
Zuhrin terasa mukanya panas. Dia serba salah, dia juga takut Nurin terluka andai perkara ini sampai ke telinga isterinya. Walaupun Nurin mengetahui tentang rancangan ibubapanya, namun Nurin masih belum tahu tentang ikatan pertunangan antaranya Iffah yang telah termetri sekian lama.
“Benda lambat lagi, tak payah pikiaq lagi la.” Zuhrin mengambil jalan selamat.
Kata-kata Zuhrin disambut dengan gelak tawa semua.
“Mak la ni bukan main seronok lagi bila dapat jumpak Nurin.” Pak Long berkata apabila melihat tok meriba Nurzaihani sedangkan Nurzaiham masih di atas ribaan Zuhrin.
“Alhamdulillah, mak syukur sangat. Walaupun mak tak dapat tengok depa nikah, tak dapat jaga Anis dalam pantang sekurang-kurangnya mak berpeluang jaga Nurin dengan cicit-cicit mak.” Tok tersenyum, bahagia.
“Dah kahwin lari dengan tunang orang, mana berani balik.” Mak Zuhrin menyindir sinis.
Zuhrin tersentak.
“Benda dah lepaih, tak payah la ungkit. Orang-orang tu pun dah takdak.” Ayah cuba meredakan suasana.
Sebagai seorang suami, sebenarnya ayah agak terasa. Mak masih berdendam kepada adiknya sendiri kerana merampas tunangnya. Selepas berpuluh tahun berkahwin, isterinya masih belum dapat memaafkan adiknya, bagaimanakah perasaannya sebagai seorang suami?
Mak menarik muka masam.
“Itu yang dikatakan jodoh.” Mak Long cuba meredakan suasana.
“Bila suami Nurin balik, mak?” Pak Long mengubah topik perbualan mereka, dia tak mahu suasana yang meriah bertukar tegang.
“Tak tau lah. Bila mak tanya dia, dia kata nanti dia akan kenaikan kita semua dengan suami dia.” Tok tak dapat menyembunyikan keinginan hatinya untuk mengenali suami cucu yang kini menjadi cucu kesayangannya.
“Kalau la dia tak nikah lagi, kan baguih kita nikahkan dengan Ayen.” Kata-kata tok walaupun perlahan, sempat ditangkap oleh telinga yang lain.
“Awat pulak Ayen?” Ayah bertanya pantas.
“Sebab kisah lama perlu diselesaikan. Tak taulah, hati mak berkenan betoi bila tengok depa dua.” Suara tok masih perlahan.
“Tapi sayangnya Nurin dah kahwin, dah ada dua anak dah pun.” Tok mengeluh.
Zuhrin termengkelan.
‘Tok ni, tau apa-apa ka?’ Fikirannya celaru, hatinya berdebar.
“Apa yang penting, depa hidup bahagia. Lagipun Ayen kan muda empat tahun dengan Nurin tu.” Ayah cuba memujuk hati mertuanya.
Tok mengangguk-anggukkan kepala, setuju. Apa yang penting, cucu-cucunya hidup bahagia.
Nurin kembali ke ruang tamu bersama maksu dengan menatang goreng pisang. Dia senang bersama maksu yang hanya tua dua tahun daripadanya. Sememangnya mereka sekepala. Berpantang di rumah tok juga mengeratkan hubungan mereka, terasa bagaikan kakak sendiri.
“Wah, ralit la kita menyembang macam ni.” Kata-kata Pak Tam di sambut dengan tawa yang lain.
Nurin dan maksu berpandangan.
“Nurin tidoq sini lagi malam ni?” Tok bertanya lembut.
Nurin mencuri pandang kepada Zuhrin. Zuhrin juga kelu.
“Tak apalah, tok. Malam ni saya balik rumah saya lah. Bukan jauh mana, dekat ja.” Nurin cuba menolak dengan baik.
“Alah, balik rumah pun bukannya ada sapa. Lagipun, malam-malam nak balik dengan anak-anak kecil kan ke susah.” Mak Long menambah.
Semua yang ada mengiyakan kata-kata Mak Long. Nurin serba salah. Dia tahu, dia tak punya pilihan untuk menolak. Dalam sekilas dia nampak Zuhrin menganggukkan kepalanya perlahan. Nurin tahu, dia terpaksa akur untuk bermalam semalam lagi.
       Tok riang kerana dapat menghabiskan masanya bersama anak cucunya. Nurin melepaskan keluhan 


dalam diam, dia rindukan suaminya.


Followers