Bab 20
Abah dan bonda menghantar mereka
sepuluh minit menghampiri pukul enam setengah petang, saat ramai pelajar pulang
dari bandar. Kepulangan mereka menangkap banyak mata. Qistina cuak, pasti bala
menunggu esok. Selesai bersalam dengan keduanya Qistina bergegas meninggalkan
tempat itu.
Adam tahu Qistina melarikan diri
darinya. Mulanya dia ingin mengejar Qistina dan mendapatkan penjelasan tetapi
apabila melihat kelibat beberapa teman lain yang memandangnya dengan pandangan
yang pelik, Adam membiarkan Qistina terus mengatur langkahnya dengan laju.
Adam selamat daripada sebarang
pertanyaan daripada beberapa orang teman lain apabila Syiera, Niza, Helmi dan
Ijam turun daripada bas yang membawa mereka pulang dari bandar.
“Hang pi mana dengan parents?” Mereka memang tahu, sejak
sebulan yang lalu ibu bapa Adam akan menjemputnya untuk keluar makan atau
membeli apa-apa keperluan.
Mereka bimbang apa-apa yang
tidak diingini berlaku tambahan pula dengan situasi yang penuh tekanan untuk
menghadapi SPM.
Adam menjawab hanya dengan
senyuman. Mereka berpisah dengan Syiera dan Niza di pintu pagar yang memisahkan
ASPURA dan ASPURI.
Hati Adam disayat pilu apabila
melihat mereka berempat saling berbalas lambaian. Kenangannya dengan Qistina
menyapa pandang, tanpa disedarinya Qistina memerhatinya dari jauh disebalik
kain-kain diampaian. Hatinya juga rindukan Adam, tapi cemburu Adam sangat
menyiksa hatinya. Dia mampu menahan semua tohmahan orang, tapi tidak daripada
Adam.
Kadang-kadang dia bertanya
sendiri, apakah aku yang bersalah? Dia sendiri tiada jawapannya.
Pihak sekolah mengadakan
Majlis Penutup untuk pelajar-pelajar tingkatan lima seminggu sebelum menempuh
peperiksaan besar yang bakal menentukan hidup mereka. Tiada apa yang istimewa,
sekadar makan-makan, berbual dan persembahan daripada pelajar.
Guru-guru juga memberi sepenuh
peluang kepada pelajar-pelajar beramah mesra dan bergurau senda. Qistina banyak
menghabiskan masanya dengan Lisa. Jika bersama Syiera dan Niza pasti hatinya
akan terasa hiba. Cemburu melihat hubungan masing-masing yang makin mekar, tanpa
halangan jika mahu dibandingkan dengan dirinya. Lisa amat memahami dirinya,
terasa sangat dekat sehinggakan kadang-kadang mereka berbual dan mengulangkaji
berdua sehingga tertidur berdua di atas satu katil bujang yang sempit.
Lampu di dalam dewan sedikit
malap, memberi ruang dan perhatian ke atas pentas. Bersilih ganti teman-teman
membuat persembahan. Ada yang mempersembahkan dikir barat, boria, nyanyian
ala-ala akustik, pantomim dan macam-macam lagi. Dalam keriuhan itu, hatinya
tercari-cari sang arjuna hati. Namun hampa.
Dalam tercari-cari Lisa
mencuit bahunya, Qistina mengalih pandangannya.
“Dia ada kat luaq. Ada benda
yang dia nak bincangkan dengan hang. Tak boleh tidak.” Lisa membisikkan ke
telinganya sebiji-sebiji.
Qistina menarik nafas panjang
dan melepaskannya...kedengaran seperti mengeluh.
“Babe, pi la. Kesian kat dia.” Ternyata, hari ni Lisa meneyebelahi
Adam. Tidak neutral seperti selalu.
Hampir lima minit Qistina
membatu, berfikir dan akhirnya dia bangun menuju ke tempat Adam menunggunya.
“Assalamualaikum.” Salam yang
diberi Qistina mengejutkan Adam.
“Waalaikumsalam.” Perlahan
Adam menjawab, bagaikan tak percaya matanya sendiri melihat kelibat Qistina.
“Awak tak sudi duduk dengan
saya?” Adam memberi ruang kepada Qistina untuk melabuhkan punggung di sisinya
di atas bangku di bawah pohon buluh.
Tanpa menjawab, Qistina
melabuhkan punggungnya.
Masing-masing berdiam,
bagaikan mencari idea untuk memulakan perbualan.
“Awak...” Lembut Adam
memanggil.
Tanpa menjawab Qistina
berkaleh.
“Saya membayangkan awak takkan
mai jumpak saya malam ni. Saya merasakan saya makin kehilangan awak.” Akhirnya
terluah juga rasa hatinya malam ini.
Qistina menunduk. Dia tahu,
dia rasa bersalah. Tapi dia tak mampu.
“Masih adakah ruang di hati
awak untuk saya?” terdengar Qistina mengeluh.
Suasana masih sepi, Qistina
masih belum bersuara.
“Saya masih Qistina yang sama,
cuma saya rasa saya perlukan sedikit ruang untuk bernafas. Saya tak bencikan
awak, tapi...” Qistina tak tahu bagaimana mahu mengatur ayat untuk tidak
melukakan Adam.
Adam dapat rasakan nada yang
tidak seimbang antara mereka.
“Awak...saya tahu, hubungan
antara kita telah ditetapkan...saya pohon pada awak... tolonglah berikan saya
sedikit ruang...tidak...kita sedikit ruang untuk menilai kembali hubungan kita.
Andai masih adanya cinta di hati kita, insya-Allah kita akan terus bersama.
Tapi masa la, saya pohon...biarlah saya dengan hala saya dan awak dengan hala
awak.” Adam menunduk menyembunyikan matanya yang berkaca.
Hatinya hancur, tapi dia tak
mahu mengalirkan air mata di hadapan seorang perempuan kerana seorang
perempuan.
“Terima kasih.” Ucap Adam dan
terus beredar.
Qistina terpaku dengan
tindakan Adam. Adam tak pernah meninggalkannya begitu.
‛Ya Allah...kejamkah aku?’ Qistina buntu.
Perlahan-lahan Qistina bangun
dan mengatur langkah masuk kembali ke dewan. Melihat dia masuk, dewan tiba-tiba
menjadi riuh. Qistina hairan, tanpa memperdulikan mereka Qistina kembali ke
sisi Lisa.
“Jodoh pertemuan di tangan
Allah, semoga masa menentukan andai jodoh milik kita. ” Dengan diiringi Ijam
dan Helmi, Adam mula memetik gitarnya dan mendendangkan lagu yang meruntun
hatinya Qistina. Lagu kegemarannya dengan Adam, Truly Madly Deeply dendangan asal kumpulan Savage Garden
berkumandang.
I'll be your dream, I'll be your wish I'll be your fantasy
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need
I love you more with every breath truly madly deeply do
I will be strong I will be faithful 'cause I'm counting on
A new beginning.
A reason for living.
A deeper meaning.
I want to stand with you on a
mountain
I want to bathe with you in the sea
I want to lay like this forever
until the sky falls down on me
And when the stars are shining brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven then make you want to cry
The tears of joy for all the pleasure in the certainty
That we're surrounded by the comfort and protection of
The highest powers. In lonely hours. The tears devour you
Oh can't you see it baby?
You don't have to close your eyes
'Cause it's standing right here before you
All that you need will surely come
Qistina menyeka air matanya.
‛Maafkan saya, berilah saya ruang. Insya-Allah...andai kuat jodoh
kita...kita bakal bersatu.’ Qistina meninggalkan dewan kerana tak mahu ada yang melihat air matanya.
Tiada kurangnya kasih Adam
padanya. Kadang-kadang dia terfikir sendiri, adakah dia sangat kejam melayani
Adam....adilkah dia kepada Adam dan adakah dia sangat mementingkan diri
sendiri?
Memiliki cinta Adam bukanlah
sesuatu yang mudah, Adam antara bintang di sekolah, seorang pemain hoki
peringkat negeri dan juga anak orang berada, diminati dan menjadi igauan ramai
gadis-gadis namun hanya cintanya yang ditagih pemuda itu.
Qistina bertanya sendiri,
adakah dia seorang yang tak tahu bersyukur dan menghargai orang lain, dan orang
lain itu ialah Adam. Qistina tak punya jawapan.
Benarkah dia mangsa keadaan,
bukannya Adam?